Showing posts with label aku. Show all posts
Showing posts with label aku. Show all posts

Wednesday, November 5, 2008

Tindakan kurang bijak.


Hari ni buat sekian kalinyer aku dah buat tindakan bijak. Dalam erti kata sebenarnya tindakan bodoh. Memang bodoh piang punya tindakan. Aku tanya pada diri sendiri bila dah balik rumah. Lepas kena marah ngan roomates tersayang yang sebetulnyer bila citer kat dia. Huhuhu.. Aku tanya pada diri aku "kenapa la aku bodoh sangat nih???" Perkara ni tak boleh dibiarkan berulang lagi. Nanti aku yang kena tanggung akibatnya.

Mula saat tadi. Saat lepas kena bebel time aku tengah prepare nak buat sup ayam lepas balik keje tadi. Aku akan tekadkan hati yang aku tidak akan sekali-kali benarkan tindakan bodoh tu berulang. TIDAK! CUKUP! Roomate tersayang kata aku takkan berani de sebab dengan dia jer aku berani melawan. Ngan orang lain aku takut. Adehhh terbakar hangus keningku kena fire dol..

Ya Allah Ya Tuhanku. Aku memohon padamu untuk memberikan aku kekuatan serta keberanian untuk tidak ditindas lagi. Kuatkan imanku. Tabahkan hatiku. Sesungguhnya aku tergolong dalam orang-orang yang teraniaya. Amin ya rabbal alamin...

I need to be more serious. PERIOD!




Ok. I'll try harder.

Monday, October 13, 2008

Nak! Nak! Nak!


Aku dah lama sebenarnya tergilakan cup cake ni tapi sekali pun aku tak penah beli @ makan. Maksud cup cake tu yang decorationyer cecantik cam gambar kat atas ler.

Agaknyer mungkin nak kena buat sendiri baru aku akan makan cup cake.

Rasa cam nak berlari skang ke Harvey Norman beli oven.

Friday, October 10, 2008

Confirm hilang.

Ntah kat mana la aku tercicirkan camera tu.. Camner la leh tercicir tu yang aku heran. Bukannyer camera latest model yang slim² tu tapi ni zaman ais punya camera. Jenuh aku cari sampai aku pusing car park masa tengahari rembang tadi. Kot memang tercicir kat situ memang sah takkan ada dah. Tapi aku just try my luck kot ada. Luck aku memang tak de nampaknyer. Try tanya kat tukang sapu kat situ tapi tak paham bahasa la plak. Huhuhu..

Maka aku kena bersedia kena bebel balik umah kang sebab cuai sangat boleh bagi camera tu hilang. Dah la roomate kesayangan tak bagi bawak gi opis sebab dia nak guna. Dek sebab aku degil + benda tu hilang plak. Mesti kena bebel kaw².. Padan ngan muka aku.

Ya Allah kuatkan la semangat aku nak menempuhnyer.

Amin.


ps: cam biasa bila ada rasa tensi.. akan gi JP untuk tenangkan fikiran..

mana la peginya??

Ishk bengang betul bila hilang barang ni. Rabu malam aku letak dalam beg nak gi keje siap² sebab takut terlupa bawak. Pagi khamis aku siap² gi keje pastu terus gi management pasal motor kena clamp. Beg keje aku tinggal dalam kete jer sebab bukan ada orang pun situ. Kete dah semestinya la aku kunci.

Lepas setengah jam sembang ngan management mintak bukakan clamp tanpa bayar denda + berjaya aku terus pecut gi keje sebab dah lambat.

Sampai tempat keje terpaksa la parking jauh sebab dah lambat tadikan so aku bawak beg tu cam biasa kat bahu sampai ke opis. Sampai opis aku letak beg dalam laci. Sebelum tu aku kuarkan apa yang patut dari beg. Masa tu aku tak perasan benda tu tak de.

Dah petang lepas call orang tersayang itu baru aku teringat pasal benda tu + cari dalam beg. Sekali tak de la plak. Eh?? Camner leh tak de??

Aku assume aku terletak benda tu dalam beg lain so tak per la. Balik rumah aku cari dalam beg lain. Tak de pun. Aduhhh!!! Jauh dalam kete ke? Malas plak nak turun gi check. Gi keje esok aku cari ler.

So aku pun tido dengan perasaan pelik. Mana plak peginya benda alah tu.

Pagi tadi lepas mandi bagai. Aku terus turun gi cari benda tu. Tak de jugak!! Ah sudah. Camner leh tak de dalam kete ni. Aku naik atas balik bagitau roomate kesayangan yang benda tu dah tak de. Kena bebel sekejap tapi aku terus cabut kata nak gi keje + rasa benda tu mungkin ada dalam laci. Tercicir dari beg.

Memecut la aku gi keje + dapat la parking dekat sebab sampai sebelum pukul 9. Kelam kabut aku naik tangga ke opis. Sampai jer terus melutut buka laci. Lacinyer rendah so terpaksa la melutut. TAK DE!!!

Ya Allah ya tuhanku. Camner leh jadi camni. Tang mana plak tercicirnya benda tu. Ishk!! Mati la kena bebel karang bila dia dapat tau benda tu tak de. Dah la dia nak guna benda tu.

Tensi! Tensi aku dibuatnyer. Ni yang rasa nak berkampung kat JP ni. Camner nak buat keje kalau dah susah hati camni.. Aduh....

Thursday, October 9, 2008

Super busy.

Hari ni belum super lagi tapi bila dah start Sehati Berdansa nanti. Aku rasa aku akan super duper busy. Huhuhuhu..


Wednesday, November 21, 2007

Jambans di rumahku.

Weekend ari tu housemates aku balik kampung belaka so aku pun amik kesempatan menyenap gambar jamban derang. Ya ampun!! Kalau tengok dalam gambar ni memang tak berapa nak nampak tapi dengan sedihnya aku nak bagitau yang housemates aku tak rajin cuci jamban belaka. Huhuhu

Jamban di atas dibawah pemuliharaan housemate aku yang perasan dia la yang paling lawa dalam dunia. Camera phone aku dah la cikai pastu over expose plak. Nampak cam bersih jer la jamban dia.. tapi tengok la lantai + dinding tu. Sah tak penah berus. Berus atas tangki tu untuk hiasan je. Dia ni duk kat level 1 bilik paling besar. Jamban dalam bilik.


Anugerah jamban terkotor jatuh kepada jamban di atas ni. Orang yang bertanggungjawab memelihara jamban ni baru je duduk sebulan lebih kat umah sewa aku tu. Sejak dia masuk tak penah sekali pun dia cuci bilik air apatah lagi jamban tu. Memang rasa nak pitam aku snap gambar jamban ni. Atas tangki tu kotak sabun yang dah lenjun + kotak kosong. Susah sangat ke nak buang? Ayokk!! Dia ni duduk bawah. Bilik kat dapur so dia assume semua orang guna jamban dia sebab kat bawah tu yang tak kuasa dia nak cuci tu. Memalukan sungguh!

Haa.. Ni jamban bersih sket walaupun berkerak. Uhuk! Uhuk! Memang dia ni aku penah nampak cuci jamban tu tapi jarang² la. Tengok atas tangki tu siap ada lilin wangi lagi. Ada buat mandian romantis la tu. Disebabkan jarang² mencuci lantai dekat² jamban tu pun leh tahan berkerak gak tapi kira ok la jamban dia. Berani la aku nak tumpang guna. Heh.. Heh.. Dia ni pun duduk level 1 sebelah bilik tuan jaga jamban yang atas sekali tu. Kawan baik tau derang ni. Nyampess.. Bilik dia kecik + jamban tu bakal dikongsi dengan penyewa baru kat umah aku tu. Habis la ko. Budak baru tu nampak cam tak peduli jer pasal bersih membersih ni..


Last sekali dah tentu la gambar jamban aku yang duduk kat atas sekali. Ala² loteng gitu + ada jamban. Ruang jamban ni yang paling kecik antara ruang² jamban yang ada kat umah ni. Amacam? Bersih tak? Ni aku belum cuci lagi tau. Atas tangki tu ada bekas sabun untuk upacara rendam merendam sebelum basuh + shampu aku. Macam tak adil jer gambar jamban aku tu cam disnap jarak jauhkan? Bukan per ruang kecik. Nanti aku snap dekat sket. Baru leh banding.

Ini baru jamban tau. Belum masuk sinki + lantai lagi. Belum kira katil, almari, bantal. Macam tak caya aku duduk dengan perempuan semuanya. Hmmm... Kalau ada kesempatan lagi aku akan snap lagi. Apa yang pasti budak² kat umah aku ni memang la tak leh dibuat bini. Melaram pandai la derang tu. Nak ngemas? Jangan harap!!

Tuesday, November 20, 2007

jackie chan cafe

Aku dapat voucher RM100 untuk dispendkan kat Jackie Chan cafe yang baru bukak tu. Cafenyer kat muse floor starhill. Kalau tak de voucher tu agaknyer tak de la aku sampai ke starhill tu. Tak kuasa aku nak gi KL. Sesak!!

ni la vouchernyer.. ada 2 keping..


logo cafe yang leh tahan dasat!! 

menu.. poyo jer muka jackie.. huhu


Since cafe ni baru bukak, makanan yang ada pun tidaklah memberangsangkan @ dalam ertikata sebenar.. Tak de makanan yang besh untuk diorder. So aku dan dia orderlah sandwich. Padahal masa tu aku dan dia lapar tak hengat.


Cheese + ham sandwich dia order.





Tuna sandwich. Aku order.



Frap choc. Blend sekali ngan brownies. Sedap.


Ice lemon tea yang pahit tapi ok la.


Bila makanan dah sampai. Aku dan dia pun makan la dengan separuh perasaan sebab sebelum sampai tadi expectation tinggi. Cafe tu depan lift. Pastu meja² kat sidewalk level tu. Orang yang lalu lalang dok pandang la aku dan dia ni makan. Apa kes??



Pisau tu sompeh.. Ape da..



Ni la totalnya.. Memang tak berbaloi.

Disebabkan voucher yang aku ada ni RM100 so memang bajet makan termasuk tax untuk RM100 lah. Air 2, sandwich 2, kek 3 + 1 apple pie. Sandwich tu aku buat pun leh dapat rasa yang sama @ lebih sedap. 3 kek tu memang tak dapat lawan secret recipe yang murah tu. Kek sepotong RM12. Lupa nak snap sebab yang tu aku tapau. Apple pie tak makan lagi. Ada dalam fridge. Air plak frap choc tu ok tapi ice lemon tea tu lagi sedap kat oldtown.

Untuk cafe ni aku kasi 2 bintang secara keseluruhan. Eceh! Cam rate movie plak. Lebih kurang sama la kan? May be cafe ni baru so tak de banyak makanan lagi untuk dicuba. Mungkin akan datang ada makanan yang sedap² kat sini. Kena la aku tunggu voucher lain plak.. Heh heh..

Dek kerna dah sampai ke starhill, aku dan dia pun pegi la melawat pavillion. Mak oii.. Mau lumpuh kaki kalau nak tour satu pavillion tu.. Acah jer. Tempatnyer memanglah untuk orang² yang banyak duit. Cam aku dan dia ni setakat bersiar² jer la. Nak usha panggung tapi belum bukak lagi. Sampai dah la aku ke starhill + pavillion. Tak de la nanti kot orang bercerita aku akan jadi cam orang ting tong tak penah jejak kaki ke situ. jadi laaa....

gambar ni ditujukan pada kak datin sebab dia suka snap lampu kat tempat dia gi makan. cantik tak???

Friday, November 9, 2007

Cuti satu hari.

Konon nak bangun pagi dan belikan dia breakfast tapi aku gagal bangun. Heh.. Heh.. Semalam dia merajuk sebab aku tertido 3 jam. Bengang dia aku terus tido lepas tengok movie. Aku rasa dia nak ajak aku lepak kat McD macam biasa. Maklumlah hari ni cuti so leh stay up late tapi aku bantai tido plak. Pukul 2.00 am baru aku terjaga. Itu pun sebab dia gerak aku. Alamak sorry la buchuk. Ntah ngape ngantuk plak malam tadi. Itu la sebabnye aku nak beli breakfast untuk dia pagi tadi tu. Huhuhuhu.. Sib baik bila dah nak tido tu dia dah kurang majuk. Kalau tak jenuh le aku. Ayakkk..

Hari ni macam2 plan dah dirancang patutnye tapi since dia majuk semalam dia nak batalkan semua plan tu. Sampaikan ajak makan pun tanak. Aiseh ni dah kes berat ni. Nasib baik dah nak petang tu dia nak gak kuar g makan. Pastu aku dan dia pegi Alamanda. Tukar sesuatu kat situ. Uhuk!! Uhuk!!

Kuar dari Alamanda dia tanya aku nak ke mana? Aku kata la nak teruskan plan semalam. Dia tanak mulanya tapi akhirnya dia setuju so aku pun tros zoom ke Damansara. Plannye bukan apa pun. Nak lepak kat satu cc kat area rumah lama aku dan dia. Punya la jauh nak g cc tu. LOL! Apa nak buat kat area rumah aku dan dia sekarang cc yang ada semuanya jadi tempat budak2 main game semata. Lagipun tak leh nak isap rokok.

So skang aku kat cc yang besh ni la. Dia siap pilih pc yang ada wide screen monitor lagi. Ada 2 sebenarnya tapi yang aku nak guna tu rosak la pulak. Tak pe la. Kasik la dia guna. At least tak de la ralat dia merajuk semalam. Heh.. Heh..

Aku nak lepak situ 5 jam sebab RM10 je tapi dia kata tak sanggup plak so akhirnya aku dan dia set 3 jam je. Pasni leh la g makan kat uptown. Aku suka chicken chop kat situ.

Hopefully hari ni akan berakhir dengan riang + gembira.

Amin.

Tuesday, November 6, 2007

Yum!! Yum!!

Sebelum pindah ke rumah (ala² nereka) skang, aku dan dia stay kat Kota Damansara. Aku dan dia memang suka sangat² pegi Ikea. Suasana kat situ memang besh sesangat pada aku dan dia. Kalau aku dan dia ada bajet yang cukup memang akan borong barang kat situ. Bukannya mahal sangat pun kat situ. Kena pandai pilih la.

Aku dan dia memang suka makan so salah satu sebab utama yang aku dan dia suka sangat pegi Ikea dah tentu la makanan² lazat lagi murah kat restoran kat tingkat satu tu. Sabtu lepas aku dan dia pegi sana + order makanan kegemaran masing². Makanannya sama. Hik.. Hik..


Smoked salmon with broccoli.

Daim cake.


Add on brocolli. Ni aku yang mintak.

Bill yang very reasonable.

Kalau boleh memang aku dan dia nak makan menu ni hari² untuk dinner tapi since Ikea tu dah jadi jauh tak dapat la. Sebelum menu ni aku dan dia gilakan meatballs yang enaks itu tapi dah muak. Aku dan dia memang ada persamaan kat situ. Akan suka satu menu dan akan makan menu tu sampai muak. Sebenarnya itu peel aku tapi dia dah terikutkan peel aku tu. Heh.. heh..


aku yang dah terlalu lapar..


Kalau aku ada dan dia ada rezeki lebih memang akan pindah balik ke Kota Damansara. Tak kisah la tempat keja jauh. Aku dan dia suka sangat² duduk area tu.



Friday, October 12, 2007

29th ramadhan + dah cuti raya dah!!

Hmm.. Rasa macam baru semalam start puasa. Hari ni dah tinggal lagi sehari jer puasa tahun ni. MasyaAllah.. Cepat betul masa berlalu.

Dah berapa hari aku tak up date blog ni sebabnya aku tak boleh nak login kat opis. Tatau apsal. Tensen btol rasanya. Gmail pun tak leh bukak. Apa hal ntah. Last friday ada technician installkan Vegas 3.0 kat pc aku sebab nak buat keje tapi ada benda yang tak cukup so dia kena donlodkan. Masa tu dah pukul 4.30 plak. Aku ni memang akan balik on time punya bulan puasa ni. Tambah la dia dah tunggu aku. Kisahnya aku tatau la apa technician tu buat kat pc aku sampai tak leh login blogger + gmail. Ciss!! Banyak perkara dah jadi weekend ari tu tapi dah jadi basi aku nak citer skang..

Hari ni aku start cuti raya dah. Subuh tadi pukul 6.00 aku bertolak dari rumah. Sampai rumah dia pukul 9.00. Alhamdulillah perjalanan sangat lancar. Skang dia tengah tidur sebab tak sihat. Dapat la aku update blog aku ni. Kalau tak jenuh la berebut sebab PC ada satu jer. Sian dia.. Sakit plak dah nak dekat raya ni. Tadi dia kena cucuk kat montot. Huhuhuhu

Wednesday, October 3, 2007

pembuka selera berbuka


Macam biasa pukul 3pm time² bulan ramadhan ni aku akan langkahkan kakiku ke cafe. Time tu makanan untuk berbuka dah dihidangkan untuk dijual. Kalau ikutkan aku memang tak berminat pun nak pegi tapi rugi la tak guna meal cardkan? So hari ni aku guna 2 chop (5 inggit) untuk beli kuih je. Banyak gak tu sampai memula aku tak tau nak beli kuih apa.


Dah lama sangat dah aku tak makan roti jala rasanya. Tu yang aku beli 2 inggit tu. Harap² kuah kari tu tak mengecewakanlah. Amin. Dedulu opah aku selalu masak roti jala ni + aku memang selalu tolong. Benda² yang melibatkan api ni aku memang suka sangat masa kecik² dulu. Tak kisah la memasak sekali pun. Janji ada api. Ishk! Tiba² teringat plak kat opah + tok. Lama gak tak menjenguk depa kat kampung tu. Bila last sekali pun aku dah lupa. Apa punya cucu la aku nikan?? Huhuhuhu


Harap² opah + tok sihat² selalu walaupun usia dah lanjut dah. Tak sabar plak rasanya nak balik beraya ni. Nak jumpa opah, tok, mak ina + acu. Lama giler aku tak jumpa depa sampaikan mak ina dah tambah anak sorang lagi dah. Huhuhuhu..


Dari cerita roti jala dah tukar pada citer nak balik raya plak. Aku memang betul² laparlah hari ni.. Tak leh minum coklat shake jer untuk sahurlah gini.. uhuk..

20th Ramadhan

10 hari je lagi. TIDAK!! Aku tanak Ramadhan berlalu tinggalkan aku secepat ini. Nampaknya tak sempat la aku nak khatam gini. Baru baca berapa ain jer. Huhuhu..

Alhamdulillah pagi tadi opis mate aku dah kembali ke asal. Tegur cam biasa. Walaupun aku ada rasa sikit aura tak besh gak ari ni tapi tak sedasat semalam. Alhamdulillah semua dah back to normal. Ye ke?? Heh heh heh..

ni la rupa aku di waktu pagi. tengah wat keje. aku rajin tau. ihik


Hmm.. Susah hati gak aku kenang²kan pasal keje ni. Bos masih tak de bagi kata putus apa yang perlu dibuat so hari ni + esok ala² terbazir gitu jer. Bukan tak de keje tapi kurang. Lagipun machine untuk buat keje tu antar service. Ntah bila nak dapat balik tu. Opis mate aku confident jer Sony akan amik masa kurang dari seminggu. Semalam aku dengar dia call technician yang sepatutnya hantar machine tu ke kilang belum pun hantar lagi. Hai ntah la.. Aku menurut perintah je la. We will see what happen.

Tetiba aku teringat buffet Ramadhan kat Ikea. Dah 2 kali aku pegi. Jumaat + ahad lepas. Bayar RM15.99 sorang dan boleh makan buffet kat restaurant Ikea kat atas tu. Dia + aku memang suka makan kat situ so apa lagi. Masakan kat situ memang sedap². Sumpah tak tipu.

amacam? banyak tak makanan yang dia + aku amik??


Banyak giler dia + aku makan buffet kat Ikea tu. Fuhhh sedap semuanya!! Berbaloi sungguh RM15.99 tu. Aku rasa cam nak ajak dia pegi lagilah weekend ni. Kalau tak de aral. Hari ni pun aku rasa nak pegi tapi tak sanggup plak nak menempuh jem ke sana tu.


Tuesday, October 2, 2007

19th Ramadhan

Sedar tak sedar tinggal lagi 11 hari jer kita kena puasa. Memang cepat betul masa berjalan sekarang ni. Tak terkejar rasanya. Hari ni aku baru berpuasa hari ke 9. Ayakk!! 10 hari aku tak leh puasa. Adeh la. Apa nak buat dah memang tak leh nak puasa.. huhuhuhuhu..

Anyway semalam memang ngantuk giler kat opis. Al maklum le tido lepas sahur. Heh heh.. Salah diri sendirilahkan?? ihik.. Tapi yang jadi lagi mandom kat opis ni dah tentu la sebab opis mate aku yang sorang ni. Hari ni lain macam plak dia. Ape ke kenenye ntah le. Aku ni plak jenis yang kalau aku dah tegur orang tu tapi orang tu buat tak layan. Alamatnyer aku tros buat tak layan gak la. Boleh gitu? Boleh la. Dah memang gitu diriku ini.

So aku buat keje aku. Dia buat keje dia. Macam biasa la tapi ada aura tak besh dalam opis yang cinoni ni. Malas aku nak pikir. Aku gunting rambut pun dia tak de tegur. Aku nak tanya pasal keje pun dah jadi serba salah. Tak per la. May be dia tak de mood ari ni. Tanaklah aku kaco dia.

4.25 pm aku dah cabut dah dari opis yang sejuk membeku ni. Gi toilet touch up make up sket. Biasa la ladies. Lagipun mesti la kena nampak cantik nak jumpa dia. Dia + aku nak gi berbuka kat luar pun sebenarnya.

5.10 pm sampai umah + tros gerak ke Putrajaya. Hari ni dia + aku nak berbuka kat Rasa Ayamas kat Alamanda. Itu memang peberet dia + aku tu. Dah bayar, book tempat semua. Apa lagi jejalan la. Ada lagi sejam lebih sebelum masuk waktu berbuka. Lagipun dia nak cari bandage. Pergelangan tangan dia sakit katanya. Dia beli kat guardian lepas masuk 3,4 kedai.

Alhamdulillah sedap masakan Rasa Ayamas ari ni. Ari tu pernah sekali dapat toge basi. Ada ke patut. Ciss.. Penuh orang makan kat situ. Budak pun ramai yang memekak. Dia tensen je. Aku kata sedia maklumlah. Ini Putrajaya ramai family yang duduk kat sini.

Blah dari Alamanda singgah Jusco Equine plak. Ada barang yang nak dibeli yang tak de kat Carrefour Alamanda tadi. Ingat nak beli makanan untuk sahur tapi dia + aku decide nak minum coklat shake jer untuk sahur. Kira ok la tu so beli la susu.

Sampai umah ingatkan tak de orang cam biasa. Rupanya slut ada kat umah. Biar la dia. Dah relax² dia luruskan rambut aku. Aku suka betul kalau dia buat apa² je kat rambut aku. Gentle + ada talentlah dia. Aku suka.

Gedebuk gedebak dah pukul 2.30 am. Aiseh tergaduh la plak. Macam biasa aku la yang buat hal. Huhuhuhu.. Aku pun pujuk dia.. Gedebuk gedebak jam dah pukul 4 am. Dia dah berjaya aku pujuk so dia + aku tros la sahur coklat shake yang dicadangkan tadi.

5 am baru aku lelapkan mata. Ngantuk wehh.. Padan muka cari pasal lagi.

Monday, October 1, 2007

dia dan aku..


Blog ni didedikasikan kepada dia dan aku yang selalu bersama dan akan sentiasa bersama hingga ke akhir hayat. InsyaAllah.

Tapi.. Ada gak la citer lain selain dari dia + aku. (^^)