Friday, August 1, 2008

3rd cake.

Sila rujuk gambar ikut urutan.













6 gambar terawal aku amik dari net cara² nak masak kek ni. Selebihnya gambar kek yang dah siap aku masak. Cam rupa cheese kek pun ada. Lembut jer.

8-9 pagi @ 8-9 malam @ 2-3 pagi.


Itu la waktu tayangan rerun Friends kat Starworld skang. Every monday to friday. Dah tentu la aku takkan lepas tengok. Ini one from many tv series peberet aku. Selalunya memang aku tengok yang time awal pagi tu sebab time² lain tak sempat nak tengok. Maknanya hari² aku tido pukul 3 pagi ke atas.

Demi friends. (^^)

Susuk The Movie.


Sekian lama aku tunggu filem ni kuar kat panggung. Sampai dah habis tayang siri tv Susuk kat tv dah. Dengarnya nak ada season 2 lagik. Baru filem ni lepas tayang kat panggung. So far review² yang aku baca memang memberangsangkan + wajib tonton. Hmmm.. tapi aku dah tak berapa berani nak tengok filem seram skang ni. Masuk official websitenyer pun dah serem..


Camner ni??

Cicit.


3 minggu sudah aku + dia decide nak bela kucing. Memang cadang nak bela jer Sherry tapi dah 2 minggu tak nampak si sherry tu. Ntah mana la dia pegi. Jadinyer aku + dia sibuk la tanya sana sini sapa yang ada anak kucing untuk bagi kat kitaorang. Rata²nya nak bagi kucing yang dah besar. Siap ada yang nak bagi 7 sekeluarga lagik. Alamak tak mampu nak bela reramai. Huhuhu.

Tanya punya tanya ada orang nak bagi. Yeahooo!! Tapi dak tu dia balik kampung so nanti bila dia dah balik sini baru dia nak snap gambar untuk kitaorang tengok + pilih. Cam pilih apa jer bunyiknyer. Huhuhu..

Seminggu aku tunggu dak tu contact aku. Risau pulak aku dia tak contact² sebab janjinya hari senin. Sampai semalam tak de berita. Akhirnyer dah lewat nak balik keje semalam lepas aku meeting baru dia contact + send sekali gambar dak² tu. Lahai comel² belaka. Tengok gambar derang kat bawah ni..

Jaja Bink

Clay

Puteh

Didi

Dumu

Aku memang tros jatuh chenta tengok si Jaja Bink tu. Tiut nak mamps!! Sekor lagi si Puteh. Ala manjanyer muka dia. Kitaorang nak amik 2 jer. Cadangnya nak amik jantan jer sebab tanak jadi breeder tapi dalam reramai kat atas ni ada sekor jer jantan. Si Clay yang rupa ngantuk jer tu. So mungkin kitaorang akan amik Clay + Jaja Bink @ Puteh. Tatau lagi. Ahad nanti aku akan gi s.alam untuk amik anak² baru ni.

Tak sabarnyer tunggu ahad!!