Tuesday, July 30, 2013

Nutella muffin

Resepi brownies yang amat sedap ini hanya memerlukan tiga bahan iaitu Nutella, tepung gandum dan juga telur. Bagi anda yang teringin makan brownies mudah ni, bolehlah mencuba resepi ini! Ia juga sesuai untuk dihidangkan semasa minum petang ataupun semasa jamuan Aidilfitri nanti!


Bahan-bahan :

1 cawan Nutella

10 sudu tepung ( atau ikut citarasa anda )

2 biji telur



Cara-cara membuat :

1. Campurkan ketiga-tiga bahan di atas.

2. Masukkan ke dalam bekas muffin atau brownies.

3. Masak di dalam ketuhar bersuhu 180 darjah Celcius selama 30 minit ataupun sehingga masak. Nak tahu dia masak ke tak, cucuk brownies dengan garpu ditengah-tengah. Kalau tiada adunan melekat pada garpu, maknanya brownies anda sudahpun masak.

Hidangkan panas-panas begitu sahaja ataupun dimakan bersama aiskrim.

Tips : Anda bole menghias brownies dengan kekacang walnut atau hazelnut ataupun marshmallow.



Will try to bake this very very soon!! *excited*