Thursday, July 31, 2008

Matriks ITM.

Entry bawah citer pasal sekolah. Entry ni citer pasal tempat belajar lepas sekolah plak. 4 tahun lebih aku jadi dak ITM. Time aku tu belum jadi ITM tau. Dah nak hujung² baru jadik UITM. Ingat nak letak logo ITM yang lama kaler ijau tu. Tak jumpa plak. Huhuhu.

Apa kes la plak nak citer pasal ITM plak ni. Sama kes cam entry kat bawah. Sabtu ni pun ada gathering gak tapi budak² 1st batch Matriks ITM je. Buat kat restoran seafood kat titiwangsa. Ni pun aku berat hati nak pegi gak sebabnye ada orang yang aku tak suka bebeno akan pegi gath tu. Aku memang tak suka gigiler minah tu sampai nampak bayang dia jer pun dah leh buat aku menyumpah.

Tapi kengkawan besh aku pegi belaka. Dilemma aku dibuatnya. Pikir² dah jadi cam aku ni anti sosial. Memang pun sebenarnya. Ala² serik nak campur ngan orang sangat. Kalau bersosial kat alam siber ni memang aku ske la. Tapi nak jumpa + lepak² memang dah lama terkeluar dari list apa yang aku nak buat.

Ntah ler. Esok aku decide la nak pegi ke tak.

Hmmmm....

SMRPB.


Ini la badge yang aku kena pakai selama lima tahun dari 1990-1994. Apsal tetiba nak buat entry pasal sekolah plakkan? Sebenarnya sabtu ni ada reunion alumni kat sekolah aku. Ada keluar notis kat harian metro 3 minggu sudah. So ada la kawan² yang call tanya nak pegi ke tak. Aku teringin gak nak pegi tapi ntah ler...

Bukan sebab aku tak kawen lagi ke apa tau. Walaupun boleh dikatakan 90% kawan² aku dah kawen + ada anak 2,3 orang. Tengok kat FB kan main letak gambar anak macam² gaya + aksi. Tapi ntah la. Kalau gath untuk batch tahun aku jer mungkin aku akan berlari pegi tapi ini semua yang dah jadi alumni. Berkemungkinan lagi ramai tak kenal dari kenal yang datang. Tu yang jadi tak rajin tu. Lagipun kena balik perak. Hati aku tak rasa nak balik kampung lagi.

Wednesday, July 30, 2008

Wudhuk zahir dan batin.

Seorang ahli ibadah bernama Isam Bin Yusuf, sangat warak dan khusyuk solatnya. Namun, dia selalu khuatir kalau-kalau ibadahnya kurang khusyuk dan selalu bertanya kepada orang yang dianggapnya lebih ibadahnya, demi untuk memperbaiki dirinya yang selalu dirasainya kurang khusyuk.

Pada suatu hari, Isam menghadiri majlis seorang abid bernama Hatim Al-Assam dan bertanya, "Wahai Aba Abdurrahman, bagaimanakah caranya tuan solat?"

Hatim berkata, "Apabila masuk waktu solat, aku berwudhuk zahir dan batin." Isam bertanya, "Bagaimana wudhuk zahir dan batin itu? " Hatim berkata,"Wudhuk zahir sebagaimana biasa iaitu membasuh semua anggota wudhuk dengan air". Sementara wudhuk batin ialah membasuh anggota dengan tujuh perkara :-

* Bertaubat
* Menyesali dosa yang telah dilakukan
* Tidak tergila-gilakan dunia
* Tidak mencari/mengharap pujian orang (riya ' )
* Tinggalkan sifat berbangga
* Tinggalkan sifat khianat dan menipu
* Meninggalkan sifat dengki."

Seterusnya Hatim berkata, "Kemudian aku pergi ke masjid, aku kemaskan semua anggotaku dan menghadap kiblat. Aku berdiri dengan penuh kewaspadaan dan aku rasakan:

1. aku sedang berhadapan dengan Allah
2. Syurga di sebelah kananku
3. Neraka di sebelah kiriku
4. Malaikat Maut berada di belakangku
5. aku bayangkan pula aku seolah-olah berdiri di atas titian

' Siratal mustaqim' dan menganggap bahawa solatku kali ini adalah solat terakhir bagiku, kemudian aku berniat dan bertakbir dengan baik." "Setiap bacaan dan doa didalam solat, aku faham maknanya kemudian aku rukuk dan sujud dengan tawadhuk, aku bertasyahud dengan penuh pengharapan dan aku memberi salam dengan ikhlas. Beginilah aku bersolat selama 30 tahun." Apabila Isam mendengar, menangislah dia kerana membayangkan ibadahnya yang kurang baik bila dibandingkan dengan Hatim.

Table lamp special.

Apa yang specialnya? Kalau korang gi Ikea korang try cari sarung lampu yang kat bawah ni.



Sarung lampu ni untuk lampu gantung tapi telah dikreatifgunakan (ada ke word ni?) oleh buah hati aku untuk jadi sarung lampu meja..


Jadilah table lamp tu special. Kalau korang nak cari kat Ikea @ kat mana² kedai lampu memang tak de la. Unless korang gi rumah aku @ buat sendiri.

(^^)

23 tahun sudah punya mixer.

Semalam aku gi Subang umah kakak buah hati nak hantar multicooker yang kitaorang pinjam sebelum beli dapur. Lewat gak gi sebab tanak tempuh jem. Pukul 10 lebih baru gerak dari rumah. Alhamdulillah jalan clear walaupun banyak kete. Sejam kendian baru sampai umah kakak dia.

Ingat nak singgah kejap jer tapi sebab dah lama tak jumpa kakak dia macam² la kitaorang sembang + for sure la citer pasal rice cooker yang dah cair disebabkan nak masak kek tu. Huhuhu. Bila citer yang aku pukul adunan kek tu ngan tangan kakak dia tros bagitau yang dia ada mixer yang tak digunakan. Maklumlah orang dah 7 bulan ngandung. Anak kecik ada 2 orang. Tak de masa de nak masak² kek ni. Dia pun offer la nak bagi kitaorang mixer tu. Seronok la aku!!

Buah hati aku tak sangka yang mixer tu wujud lagi dalam bumi tu sebab dia ingat lagi masa memula mak dia beli mixer tu masa dia tadika. Lama giler tuh! Ingatkan mak dia dah campak ke mana dah mixer tu. Rupanya dah sampai ke rumah kakak dia.

Fuhhh!! Memang dasat. Mixer zaman paleolitik tu masih berfungsi dengan baik + cantik lagi. Jimat duit aku nak beli baru. Aku memang respek la famili derang ni. Barang² semua dijaga dengan baik sampai leh tahan bertahun². Kalau gi rumah dia memang dah rupa muzium pun ada. Heheheh.




cantikkan mixer ni? i like!!

Pasni makin rajin la aku buat kek. Yeslah!!!

Tuesday, July 29, 2008

aku berjaya masak kek!!

terima kasih kerana berkhidmat dengan baik masa aku sakit.

Apa kes citer pasal kek tapi letak gambar rice cooker?? Heh heh. Ari khamis lepas aku ada buat entry pendek. Ini la kisah sebenarnye. Aku baca kat net yang boleh masak kek dalam rice cooker. Aku pun tros la try masak guna rice cooker kat atas ni. Sekali hangus + lebur akunyer rice cooker tu. Rupanya rice cooker yang ada function untuk masak bubur jer yang boleh masak kek. Cisss.. Ni gara² excited terlebih la ni. Habis aku kena perli berhari² dek my other half tu. Huhuhu..

Since rice cooker tu dah 100% rosak sampai melebur. Kena la aku beli rice cooker baru sebab kalau nak masak atas dapur gas nasi jadi tak berapa nak sedap. Lain la kalau masak atas dapur arangkan? Tak sanggup la plak aku. Uhuk.. Uhuk..

Bermula la rice cooker hunting di merata tempat yang ada jual rice cooker. Cadang memang nak beli yang leh masak bubur tu sebab aku nak jugak masak kek. Aku sampai call Harvey Norman tanya berapa harga rice cooker tu. Kot² ada lesskan?? Sekali tak de la plak.

Cari punya cari. Akhirnya kitaorang decide beli rice cooker yang memang terus ada function untuk masak kek.

Presenting... Drum roll... Please welcome our new magical rice cooker!!






Puas hati dah beli rice cooker ni. RM299 investment masuk ke dalam akaun Jaya Jusco 1U. Oleh kerana dah ada rice cooker ni aku pun dah gatal tangan nak masak kek. Malam semalam lepas balik dari urut. Terus la aku memukul adunan kek tu dengan tangan aku yang kecik ni. Mixer tak beli lagi so kena la guna tangan.

Hasilnya.........
ni rupanya bila dah masak. dalam periuk lagi tu. tunggu sejuk sket..

ni dah letak dalam pinggan. cantik jer rupanyer.

hiasan atas tu kerak kat dalam periuk. konon nak bagi cantik sket. heh heh


sudah sedia untuk dingap ke dalam mulut. yum.. yum..
Tak sangka menjadi!! Sedap plak tu. Lembut. Moist. Gembira tak hengat aku dibuatnyer. Buah hati aku pun suka sebab kek tu sedap. Lepas ni memang confirm aku akan buat kek lagi dan lagi.

Alhamdulillah.

Friday, July 25, 2008

Hurrah!!!


It's gonna be a very great weekend since gaji dah masuk. Yeahooo!!!

dari email terus ke dalam hati.



KALAU KORANG LAHIR PADA TAHUN 1973-1984.. MESTI KORANG INGAT NI

Kita membesar dgn menonton G-Force, Transformers, Thundercats, Silver Hawk, Woody Woodpecker, Chipmunks n Mickey Mouse. Not to forget Ninja Turtles, Mask, Smurfs dan Voltron. lg satu Gaban.

Berus gigi time waktu rehat kat skolah rendah?...hmm, mesti pegang cawan warna-warni kan . mencangkung kat tepi parit dgn classmates semua kat seblah...

ingat tak, misi kat skolah masuk kelas dgn list dentist appointment.
Pastu bunyi gigi member kite kene gerudi kat bilik sebelah. ada gigi yang berlubang, kene laa tampal.

ni sure korang igt...program minum susu di skolah. nak galakkan budak2 time tuh minum susu. sekotak 30 sen jek beb...

cikgu2 kalau nak denda, mesti guna pembaris panjang warna kuning tu.
Pukul tapak tangan... kan ?

semangkuk mi sup ke, mihun sup ke, 50 sen jek kat kantin.

time skolah menengah, korang sure beli kasut skolah Bata BM Turbo atau Pallas Jazz. ada yang suka kasut high-cut yang buatan china tu...ada yang suka stoking tebal laaa....

internet? email? Menda alah ape tu?

CD? ape tu? kaset tape penah laa dgr.. Tiket wayang pun 5 inggit je..

kite pegi kedai runcit, beli Chickerdis, Mamee , Kum Kum, UFO, O-Ya, Ding Dang chocolate balls yang ada mainan kat dlm die, 'telur' keras warna warni, 'rokok' chewing gum, KIKI Bubble Gum. tak dilupakan, 'Ti Kam'. bile dah abih exam, main Monopoly la, Donkey la, Happy Family laa dlm class.

tapi bunyi loceng laa yang paling best skali. boleh beli aiskrim ngan apek kat luar skola tuh...

lagi satu loceng masa nak pegi rehat. tinggal kan keje skolah, jom kita pegi makan. budak2 yg dpt Rancangan Makanan Tambahan (RMT) mesti kluar awal.

lagi satu yang seronok mase time Pendidikan Jasmani, PJ. main bola laa, rounders laa...

permainan kegemaran, main guli, batu seremban, penutup botol, batang aiskrim, 'Pepsi Cola one-two-three' , 'Police & Sentry', main kejar2 duduk...

kita hilangkan dahaga dgn aiskrim 10 sen. Yang tube aiskrim, ada byk2 color tu.kalau nak makan, kene patahkan kat tengah2 die!

lipat kertas kecik2, pastuh buat lastik. hmmm..ni pun kita main dulu ni.
baling2 kapur laa.

hmm...budak2 skarang, bagi diorg, diorg mane penah dgr lagu 'We Are the World, We Are the Children...' dan lagu 'Uptown Girl' yang diorg tau, yg Westlife nyanyi....bkn Billy Joel nyanyi...

bagi diorg, ada satu je Jerman kat dunia ni, dan ade satu je Vietnam.

AIDS wujud sejak diorg lahir.

CD pun wujud time diorg lahir.

Michael Jackson dah putih dah time tu.

Diorg percaya Spiderman dgn Incredible Hulk tu filem2 baru.

Diorg tak bley bayangkan skrin hitam putih utk sebuah komputer.

Diorg tak penah tau pun 'Atari' dgn 'Game & Watch'.

Diorg tak percaya penah ada TV hitam putih.... dan diorg skarang tak reti nak switch on TV kalau xde remote control.

dan diorg tak paham macam mane kite boleh survive dkt universiti tanpa handphone...

hmm...jom kite check, kite ni dah tua ke:

1. korg paham ape yang korang baca kat atas ni, dan korg sure tersenyum

2. kebanyakan member2 skolah menengah kite dah kawin

3. korg sure pelik bile nengok bdak2 kecik main komputer, selamba je

4. kita geleng kepala bile nengok bdak2 skolah menengah guna handphone

5. kita dah tak byk sembang2 dgn member melalui telefon lagi setiap hari


6. bile jumpe member lame dari semasa ke semasa, seronok bile bersembang pasal cerite2 lame, cerite2 kelakar yang kite alami mase dulu time kecik2, nakal2 dulu...

7. last skali, bile dah bace testimonial ni, korang akan terpikir utk forwardkan dkt member2 lame korg.Sure diorg suke punye laa...heheh

tapi apa yang pentinglahkan. .bila kenangkan saat ni semua dgn mendalam..
mgkin ada diantara kita mengalirkan air mata..
yelah mana taknya bebudak zaman skrg walhal anak sendiri pun takkan lalui zaman yg sebegitu lagi..
sayangnya masa begitu pantas berlalu...Dimanakah kita???


ps: masa aku try nak search gambar untuk letak kat entry sekali aku terjumpa blog senior aku kat sekolah. nak nangis aku tengok gambar² derang gath. tak sangka derang ada buat blog + aku jumpa blog tu ari ni. tu gambar kat atas tu derang la. senior yang paling besh di dunia. heh heh.

2 budak nakal.



Ni dia 2 orang budak yang suka menyakat orang kat opis. Especially yang pakai baju kaler merah tu. Ada jer idea nak menyakat orang. Sabar jer la. Aritu dia datang opis aku pastu curik biskut aku sebalang bawak gi opis dia. Jenuh berbalas email bergambar ngan dia tapi dia tanak gak pulangkan biskut tu. Dah la opis dia jauh nak gi amik biskut tu. Jauh sampai kena naik kete tau. Jalan kaki pun boleh tapi jenuh la berpeluh naik bukit.. Huhuhu..

Tapi orang² camni la yang memeriahkan suasana kat opis. Bila dah tensen buat keje derang ni akan jadi ala² joker aka badut nak bagi orang ketawa. Heh heh.. Pastu kalau ada besday sesapa derang la yang akan ingatkan + hantar email kat semua orang. Pastu ada je yang akan beli kek utk celebrate birthday orang tu. Kendiannya collect duit 2 hinggit sorang. Meriah!!

Sayangnyer aku ni kat opis lain so tak merasa la nak celebrate birthday sesapa. Dah la masa birthday aku ari tu aku sakit plak. Aku dapat tau derang dah plan nak beli kek sebab ingat aku balik opis masa birthday aku tu tapi aku masih sakit so aku tak balik opis la. Tak per la. InsyaAllah next year aku ada lagi kat opis ni.

Farid + Muzzamil, korang memang clown but a cool clown. LOL.

Thursday, July 24, 2008

mira nak kawen.



Aku kenal mira rasanya tak sampai setahun tapi dia memang baik so on the spot kitaorang terus ngam. Masa aku kenal dia tu dia baru nak bertunang. Muda lagi si mira ni tapi dah nak bertunang. Baguslah bukan aku tak setuju lagipun memang rata² kawan aku yang memang orang KL muda² derang kawen. Kebanyakannya masih lagi berkawen bukan cam artis yang dok bercerai berai tu. So mira termasuk dalam golongan orang yang kawen muda dan insyaAllah kalau tak de aral melintang akan menikah pada tarikh keramat 8.8.08 nanti.



Nak tau siapa bakal suami dia?









Zain Ruffedge.

another false + stupid action.

I'll update later. It's too painful.

Wednesday, July 23, 2008

cry.

Before i close my eyes last night, i was crying. It's an action for my stupidity and uselessness. I keep hurting her feeling. Oh man. I am an idiot!!

Today at work i feel so bum. Everything seems so dull and slow moving. She still mad at me and i can do nothing to make her feel better.

I need to change. I need to be more alert. I need to care more. If not i'll ruin everything that we had.

Why am i so stubborn? Why? Why? Why?

Monday, July 21, 2008

sherry yang manja tapi buas!

Gambar kat bawah ni toten kat area umah aku. Manja btol ngan orang. Aku tak pasti la ada tuan @ tak. Ada sekali tu aku ajak dia naik lift + ikut aku sampai umah. Dia ikut jer. Masuk jer pintu tros minta makan. Aku pun tros rebuskan ikan untuk dia. Gaul ngan nasik. Lahap dia makan. Lepas habis makan aku kasik dia susu plak. Kenyang toten tu sampai terbaring. heh heh.. Lepas tu aku kuarkan dia dari umah.

Masa tu kitaorang tak bagi nama lagi. Esoknya kitaorang cari² gak toten tu + buah hati aku tros cakap "mana la sherry ni?" Tetiba jer kasik nama sherry tapi cute gak so tros la lekat nama sherry. Masa tu tak nampak plak dia. Mana ntah dia pegi.

Sabtu petang aku basuh kete kat tempat yang disediakan khas kat area umah aku ni. Ada la budak² main. Sekali aku nampak sherry lari lintang pukang tapi sempat jeling kat aku. Jahat btol dak² tu mesti selalu buli sherry.

Malam semalam balik dari cc tengok sherry ada kat lift tengah tunggu kitaorang. Wah!! Memang tanpa sebarang bunyi tros follow kitaorang sampai ke rumah. Sib baik ada ikan lagi. Dapat la ko makan lagi sherry.

Lepas makan sherry bantai lepak plak kat depan tv. Dia duduk kat ujung "sofa" je. Baiknyer tak naik pun atas "sofa". Kesian plak aku tengok dak toten ni. Siapa la tuan dia @ memang dia tak de tuan.

Bila dah sampai time tido aku which is pukul 3.00 pagi aku pun nak kuarkan la sherry. Dia tanak kuar plak. Beria tahan tangan dia kat grill pintu tu. Alamak camner ni. Aku memang suka jer dia kalau dia nak tido kat dalam umah tapi kalau dia nak u uh camner?

Jadinyer terpaksa la aku kuarkan gak dia. 2, 3 kali gak aku intai kat pintu tu. Sabar jer dia tunggu nak masuk. Hancur hati aku tetiba. Tak sampai hati nak biar dia kat luar. Sejuk pastu tido atas simen. Nampak dia cam tak berapa sihat. Lemah jer.. Alahai..

Last² aku letak lapik kaki kat luar pintu untuk dia tido. Aku blom berani amik risiko benarkan dia tido kat dalam.





Tengok pada bulu dia memang nampak cam kucing jalanankan? Silap² aku amik sherry ni jadi anak aku nanti tapi dia ni tak suka di pegang sangat pastu kalau main suka keluakan kuku. Aiseh..

hari sabtu lepas.

Sabtu lepas ala² malas nak ke mana so dok melepek kat umah jer. Jadinyer aku masaklah. Masak simple jer sebab aku ni bukan la kategori orang yang pandai masak. Ihik.. 2 lauk jer aku masak ari tu. Sup ayam + ayamg masak merah. Sambil masak sambil tengok rerun Winter Sonata kat KBSW.

Aku baru teringat nak snap gambar lepas hidang. Err.. Maaf ler pasal sokabar tu. Blom beli lapik meja lagi. Heh heh..

Sokabar tu penting woo utk jaga meja baru beli tu.. heh heh..

Air rambutan sumbat nenas yang dalam tin yang dibancuh. Layan gak ler..

Ayam masak merah peberet buah hati.

Sup ayam peberet aku + dia.

Kenyang la jugak sampai ke petang lepas makan tu. Save bajet.

Hari ahad tengahari ayam masa merah ganti dengan ikan masak merah. Sayur pak coy bersos tiram yang ayamnyer ditumis ngan butter. Yum.. Yum.. Sup ada sikit lagi sebab semalam tu aku masak banyak tapi aku tambah ngan pindang ikan. 1st time try masak pindang ikan tu. Alamak tak berapa nak jadi ler. Huhuhu..

Kira boleh la kan??

Ari tu aku kata nak paste gambo suasana dapur tempat masak yang dah berubah wajah tapi aku tak sempat plak nak snap lagi. Kot ada masa nanti aku paste.

my new muse.



Ali Michael.

- Her real name is Alexandra Nicole Michael
- Ali won the 2005 'Fashion!Dallas/Kim Dawson Model Search' contest
- Favorite Designer: Marc Jacobs
- Favorite Tv Show: America's Next Top Model


Wow!! Me + Ali have something in common. We both love ANTM. Yeay!!

Ruslana Korshunova was really pretty.


the ad that make her a star!!


Just found out from a great male friend who is a die hard fan of high fashion model that Ruslana Korshunova was found dead in NY. She commited suicide. What a waste. Such a pretty creature.

Sunday, July 20, 2008

muvis yang aku baru tengok kat panggung.



hell's boy: the golden army aka kisah cinta teragung gitu..


hancock aka mangkuk.


wanted yang sangat mengecewakan. huh!!

Wednesday, July 16, 2008

dapur..


aku tak terpikir nak beli lemari untuk letak kat dapur so rak² ni la yang jadi lemari.


dapur murah gini jer aku mampu beli skang. aku tengah simpan duit nak beli dapur ada over. ini pun jadi le kan??


ni la dia fridge yang aku beli tu.. tak banyak magnet kat situ.. blom lagi. hehehe


ni plak mesin basuh.. ala cutenyer dia.. hik hik

Gambar² kat atas tu aku snap hari ahad.. Hari ni suasana kat dapur + rak² tu dah berubah sket. Esok insyaAllah aku paste gambonyer. Bersyukur sangat dah ada benda² ni..

perkakas dapur yang aku beli kat ikea.









Ini bebarangnyer yang aku beli sabtu lepas. Aku beli kat ikea sebabnyer murah. Hehehe.. Barang² ni aku dah guna dah pun.

Sunday, July 13, 2008

Masa dah time.

Lagi 4 minit tinggal sebelum tamatnya masa aku selama 3 jam kat cc ni. 3 jam rasa sekejap sesangat. Pasni tros balik umah. Mandi + tido.

Esok nak tengok wayang buat pertama kalinya kat Alamanda Putrajaya.

Rasanya esok mau gado ngan buah hati samada nak tengok Wanted @ Hancock.

Aku nak tengok WANTED!!!!

Saturday, July 12, 2008

Hot gossip??



By now aku rasa memang 1 Malaysia dah tau pasal kes derang berdua ni tapi ntah la siapa yang salah. Kita tunggu jer la keputusan mahkamah nanti.

Well sebenarnya aku tak amik pot sangat hal artis cerai berai ni. Banyak bebeno + aku tak kuasa nak layan. Kahwin tu cam benda memain jer derang buat. Apa la nak jadikan??

Aku terpanggil nak buat entry pasal derang ni bukan apa. Petang tadi as usual bila weekend aku akan gi Ikea kat Damansara tu (kat mana lagikan?). Kira cam itu tempat aku hang out every weekend la. Damai jer tempat tu. Tu yang aku suka sangat pegi. Lagipun aku memang nak cari barang untuk penuhkan dapur aku yang kosong tu. Perkakas dapur yang ada jual kat Ikea tu memang aku berkenan sangat. Simple jer designnyer.

Aku sampai situ dalam area pukul 5 lebih. Gi makan kat Ichiban Ramen dulu kendian baru gi Ikea. Biasanya aku terus jer gi kat market hall tu tapi ari ni aku jejalan dulu kat showroom. Nak cari idea gak untuk hias dapur sekali. Nyeh nyeh. Cam la dapur besar nak hias bagaikan?

Dah habis pusing kat showroom turun la ke market hall. Turun jer dari lift lepas amik trolley, aku nampak ada sorang awek cun. Aku terus cuit buah hati pengarang jantung sambil muncung tunjuk awek cun tu. Itu dah memang jadi habit sebab kitaorang memang suka tengok awek cun. Heheheh.

Buah hati pengarang jantung aku pandang la awek tu dengan sepenuh perasaan. Eceh!! Itu dah adat dia bila tengok awek cun. Aku tak jeles pun sebab takkan dia tetiba nak gi ngorat awek tu depan aku. Nak jadi perang besar?? Hahahha..

Tetiba buah hati pengarang jantung aku buat muka terkejut. Apsal la plak?? Dia terus bisik kat aku. "Eh.. Itu bini beego la." Aku pandang awek tu sekali lagi. Ishk! Ye ke? Apsal lain plak rupa dia. Buah hati pengarang jantung aku terus follow awek tu ke bahagian sudu nak confirmkan tapi dia tak de la sergah ke apa. Dia gi dekat2 + buat konon2 nak tengok barang. Aku tak ikut dia. Kang nampak obvious sangat la plak. Aku terus gi kat bahagian cawan.

5 minit pastu buah hati pengarang jantung datang kat aku + kata memang sah awek tu intan, bini beego. Rambut dah pendek. Setau aku rambut intan ni panjang. Ala biasa lakan orang shopping kat Ikea tu. Bukan la apa sangat tapi yang jadi gossip hotnyer intan tu shopping berdua2an. Kot ngan mak dia ker.. Abah dia ker.. Mungkin tak jadi hal tapi dia shopping ngan pengkid!! Adakah ini puncanya dia nak bercerai tu. Sebenarnya dia dah tak de hati ngan jantan?? Wah gitu..

Sepanjang masa aku ngan buah hati pengarang jantung aku kat Ikea tu memang asyik la berselisih ngan derang berdua ni. Nampak derang mesra sangat + intan bermanja2 ngan pengkid tu. Kata buah hati pengarang jantung aku la yang dok pandang derang jer. Aku segan nak pandang. Kang intan tu kata aku usha pengkid dia plakkan?? Tak pasal jer nanti. Kot hensem tak per la gak tapi veteran. Tak taste la aku. Hik hik.

Masa kitaorang nak gi bayar sekali lagi berselisih. Derang bayar kat kaunter sebelah. Masa ni memang ingat dah tak jumpa dah. Buah hati pengarang jantung aku kata memang sah sangat la si intan tu sebab lubang hidungnya sama. Boleh gitu? LOL.

Kalau betul la intan tu ada affair ngan pengkid tu. Takkan la tetiba jer nak berkawan ngan pengkid. Aku agak mesti dah dari dulu lagi + memang dia sebenarnya tak de hati ngan beego tu. Derang bercinta tu untuk kaburkan mata family agaknya. Beego mungkin jadi mangsa je. Hohohoho..

Ntah la aku pun tak pasti. Memang kita tunggu jer la apa akan jadi next.

Errr... Hot ker gossip ni? Miahahahhaha..

Friday, July 11, 2008

HAPPY BIRTHDAY KAK DANIE!!


It's great blessing knowing someone so special like you. I hope you'll have a great one.