Friday, June 18, 2010

Gossip² dari internet pasal perceraian SB.

Ramai orang nak tau kenapa SB (Sultan Brunei) ceraikan isteri keduanya Azrinaz Mazhar Hakim so aku cuba try korek kat memana yang patut.

Antara source utamanya dah tentu la di forum kesayanganku.

Ada 3 thread yang ada boleh dirujuk tapi semuanya ada Reading Access.

1. Betul ka sultan brunei ceraikan azrinaz??

2. Azrinaz Mazhar Diceraikan Sultan Brunei

3. Azrinaz Mazhar Hakim sudah diceraikan SB

Antara yang sempat aku baca :

Dari forumer Izsdbx :

"Informer aku ckp Azrinaz dah langgar peraturan n protokol istana... kes tak besar mana pun masa informer aku bagitau lah...kecik punya hal lah.. (bagi aku rakyat biasa nie lah) .. tapi dah melibat do and donts peraturan istana..(nie kes besar cos dah di warta kan sebagai peraturan) so dah buat kena lah tanggung risiko nyer.. tapi bukan kes curi atau skandal ngan ex bf dia..

SB masih sayang kan Azrinas, even Permaisuri pun sayangkan Azrinas..

wallahualam.."

Dari forumer Xenodragonz:

Assalamualaikum,
Lama sudah rasanya tidak posting arah cari.Jadi lurker saja. Minta maaf kalau terdapat bahasa yang kurang difahami.


1. Betulkah orang Brunei tidak suka Azrinaz
Memang tidak dinafikan segelintir orang Brunei yang tidak suka Azrinaz terutama kaum perempuan mungkin kerana mereka kesian terhadap Raja Isteri yang dimadukan. Ini adalah pendapat daripada kawan2 saya sendiri dan bagi kami lelaki langsung tidak ada hal tentang Azrinaz. Perkara ini sama juga berlaku terhadap Hjh Mariam. Orang Brunei kutuk Azrinaz bukan beerti Bruneian benci dengan Malaysia. Dulu Sultan Bolkiah cerai dengan Mariam pun orang Brunei kutuk beliau.

2.Mengapa orang Brunei begitu mempertahankan kedaulatan Raja.
Sejak dari bangku sekolah lagi orang Brunei dididik untuk bersyukur terhadap kemudahan2 yang diberikan oleh kerajaan Kebawah Dulu kepada rakyatnya seperti subsidi yang tinggi, elaun2, pencen tua, sekolah dan hospital percuma dan sebagainya. Saya sebagai yang baru graduate juga berterima kasih kepada kerajaan Brunei kerana memberikan kemudahan belajar seperti elaun dan sebagainya.

3. Betulkah kebebasan bersuara di Brunei disekat?
Actually negara Brunei mengamalkan prinsip negara demokratik berlandaskan Melayu Islam Beraja. Sebenarnya rakyat Brunei boleh menyuarakan pendapat mereka terhadap kerajaan asal saja tidak melibatkan kedaulatan raja. Sejak parlimen dibuka sudah rakyat Brunei boleh memberi suggestion atau menyuarakan ketidakpuas hati.

4. Mengapa berlakunya penceraian antara Sultan Hassanal Bolkiah dan Azrinaz?
Sebenarnya gossip pasal Azrinaz ini pada bulan march tahun ini saya sudah dengar dan tak tahulah betul atau tidak. Walaupun saya sedikit keturunan kerabat diraja kerana nenek saya ialah Pengiran Anak, aku pun masih tidak pasti apakah sebenarnya yang berlaku. Bermacam2 gossip yang ku dengar dan tidak tahu mana sumbernya sebab dari satu sumber cerita itu berputar belit. Saya beberapa kali berjumpa dengan Azrinaz dan memamng beliau nampak seorang yg baik. Mungkin ada perkara yang kita tidak tahu mengapa penceraian itu berlaku.

5. Apakah benar orang Brunei berfikiran kolot?
Kepada yang menghina Brunei seperti tidak maju dan close minded, fikir lagi sekali. Sekarang ini semakin ramai Bruneian yang berfikiran terbuka dan negara Brunei bercita2 akan menjadi 10 negara yang terkaya di dunia pada tahun 2035 tanpa hasil minyak dan gas. Brunei pun sudah mempunyai industri methanol yang bertaraf dunia. Banyak perkembangan pesat sudah di Brunei. Tidak semua Bruneian berfikiran kolot. Kadang2 saya pun tidak setuju perkara yang dibuat oleh sesetengah kerabat diraja seperti Pg Jefri and Pg Azim yg banyak membazir duit.

Ok terpulang kepada anda untuk mempercayai atau tidak.

Kepada Orang Malaysia kalau boleh berhentilah mengutuk orang Brunei. Biarlah perkara itu antara Sultan Brunei dan Azrinaz. Malaysia Dan Brunei kan bersaudara Cuma segelintir saja yang mempunyai perangai yang kurang elok.
Dan kepada Bruneian juga kalau boleh biartah kitani jaga ulah masa masa berforum. Mungkin ada yang inda suka pasal tulisanku. Minta maaf kalau ada yang terkasar bahasa. Jaga sopan santun kitani sebagai Bruneian walaupun cuma sekadar dalam internet. Kadang2 realiti memang menyakitkan.
Ok Peace

Ada banyak lagi tadi tak sempat nak baca.