Saturday, November 22, 2008

biziness..

Khamis - kena record behind the scene sehati berdansa sampai pukul 11 malam. Dah le pakai videocam cam harem. Belakang studio tu dah le tak cukup cahaya. Mencik!!!

Jumaat - Tak leh datang lambat walaupun dah stay lambat semalam sebabnyer kena edit 10sec clip untuk insert masa malam sehati berdansa. Sebelum tu kena capture dulu. Sambil capture kena dengar apa yang derang cakap untuk dapatkan scene menarik. Ayakkkk!!!

Isnin - Kena la edit videos behind the scene tu. komputer dah la dapat yang tua. Monitor pun bukan flat screen. Kecik plak tu. video gelap + goyang sebab yang record tu bukan pro. Bukan aku sorang yang record. Ada sorang lain minah lampir yang konon hebat sangat tu record gak. Asik nak bercakap + tergelak masa record. Biol ke apa.. Runsing aku dengar suara tak sedap lagi memekak dia tu sampai rasa nak picah palo den.. Dah la tanak bincang dulu apa soalan nak tanya. Main redah jer. Yang nak kena editnyer nanti aku jugak. Mencik!!

Selasa - Semalam dah edit hari ni kena render plak. Dari AVI ke WMV yang busuk tu. Render guna Vegas so berejam nak tunggu. Dah tu kena upload video2 tu.

Rabu - Ada la relax sket tapi video2 lain kena upload gak. Dah jadi tertangguh plak. Patutnya kena buat catch up style. Nak2 Indian programme. Nak cepat aje. Huh!!

Lebih kurang gitu la cycle keje aku skang dari senin sampai sumaat. Tu blom campur meeting berejam @ tetiba. Kena buat banner bagai. Aduh.. Memang tak setimpal sungguh keje ngan gaji yang dapat. Terpaksa kena buat multitask. Orang lain tu gaji melampau banyak tapi wat keje jual ayo liyo jer.. Ni tak masuk lagi kot nak kena pegi Johor pasal nak record mawi kawen. Sah la aku tanak pegi walau apa pun terjadi. Aku tanak!!!

Aku benci Hazlan!!!!!!!!!!!!!!!!!!