Saturday, April 26, 2008

WWF vs MAKNA



Korang pernah tak masa jejalan kat shopping complex tetiba ada orang approach bagi brochure untuk derma pada badan2 kebajikan kat atas ni? Mesti pernahkan? Kalau tak pernah tu maknanyer korang jarang2 le gi shopping complex la tu. Heh heh..

Aku bukan nak pertikaikan pasal badan2 kebajikan ni cuma skang derang dah sediakan skim untuk potong gaji kita tiap2 bulan untuk didermakan pada derang + kita akan dapat potongan cukai berapa percent yang ntah berapa aku tak ingat.

Aku dah di approach ngan MAKNA lebih dari 2 kali + aku terpaksa tolak sebab masa tu aku belum keje lagi. Camner nak potong gaji akukan? Early this year yang aku tak ingat bulan berapa (uhuk) aku gi The Curve ngan buah hati pengarang jantung. Kalau korang biasa pegi kat ruangan tengah The Curve tu memang selalu ada jer aktiviti + time tu derang buat pameran pasal haiwan2 yang hampir pupus. Disebabkan aku ni boleh la dikirakan pencinta haiwan (thanks to my darling dear) aku pun dengan berminatnye tengok la senarai haiwan2 yang dah nak pupus tu. Bila tengok gambar rimau tingat kucing aku kat kampung. Huhuhu..

Time tu ada sorang ah beng approach aku + tanya samada aku nak potong gaji untuk didermakan untuk kebajikan haiwan2 yang dah pupus tu dibawah WWF. Aku terus la teringat kat MAKNA. Skang aku dah keje so gaji aku dah boleh dipotong tapi aku tak terus register time tu sebab nak pikir dulu. Ah beng tu kata no problem sebab kalau nak register anytime jer.

Lepas blah dari pameran tu aku + buah hati pengarang jantung pun create satu argument. Kalau kita nak potong gaji kita rasanyer tak mampu untuk didermakan pada 2 badan kebajikan ni secara serentak. Jadinyer nak pilih badan yang mana satu??

Soalan aku - Nak selamatkan haiwan @ manusia?

Kalau nak selamatkan haiwan pilih la WWF. Kalau nak selamatkan manusia pilih la MAKNA. Buah hati pengarang jantung aku terus jawab tanpa pikir panjang nak selamatkan manusia. Aku pulak nak selamatkan binatang. Kat sini la mulanya argument tu. Buah hati pengarang jantung aku heran kenapa pulak aku pilih nak selamatkan haiwan plak?

Reason aku simple jer. Haiwan yang dah nak pupus tu adalah disebabkan manusia amik tempat derang + derang tak boleh nak buat apa untuk halang tindakan manusia tu. Kot la haiwan2 tu cuba nak halang memang sah la kena tembak.

Kalau manusia yang kena kanser, memang kebiasaannya kita tau yang (kalau aku salah fakta maaf ye) ianya diwarisi @ dihidapi atas tindakan2 yang manusia itu sendiri lakukan. Tidak semestinya tindakan2 itu dia sendiri yang lakukan tapi dilakukan oleh manusia dan rasanya bukan haiwan. Errr.. Faham tak? Huhuhu.. Jadinya manusia boleh jauhi kanser atas kehendak sendiri. Maknanya ada tindakan yang boleh manusia lakukan untuk elakkan kanser.

Berbeza dengan haiwan2 yang dah pupus tu. Tak de apa yang boleh derang lakukan. Untuk reason ini haiwan2 lah perlu diberi keutamaan untuk diselamatkan berbanding dengan manusia. Mungkin orang akan anggap apa hal nak selamatkan binatang. Aku pegang satu jer. Allah jadikan setiap makhluk ciptaannya dengan tujuan2 tertentu dalam sistem hidup kita. Setiap makhluk ada peranan masing2 didunia ni so kalau ada haiwan2 yang pupus, tidakkah ini akan mengganggu sistem hidup tu???

Buah hati pengarang jantung aku diam sekejap + setuju jugak dengan pendapat aku tu yang dia pun tak terfikir.

Korang plak nak pilih yang mana??


ps: sampai skang aku masih belum sempat nak register kat mana2 badan kebajikan untuk potong gaji aku. ini akan masuk dalam senarai resolusi yang perlu aku laksanakan tahun ni jugak. InsyaAllah.

Thursday, April 24, 2008

31 sudah..

Alhamdulillah..

Aku harap dapat raikan hari ni ngan kekasih tercinta + kucing tersayang.

camni agaknyer gaya Ulu sambut besday ngan mama ..


ps: rindunyer kat Ulu!!!

ps2: last year aku terlupa nak ucap terima kasih kat mak aku bila birthday aku sampai.. tahun ni rasa cam nak buat2 lupa jer.. ntah la..

ps3: aku buat awal post ni sbb takut tak dapat online.. heh heh..

aku + bell's palsy..

Aku memang tak pernah dengar langsung pasal penyakit ni apatah lagi jumpa orang yang kena penyakit ni. Sebulan yang sudah. Sehari selepas konsert pertama AF6, aku tetiba rasa bibir belah kiri aku kebas. Masa tu aku tengah tengok wayang citer 1000 bc. Apa hal la plak bibir kebas plak. Balik dari tengok wayang tu aku nak minum pun cam susah. Air meleleh kat bibir kanan aku. Pastu bila aku sebut O mulut aku cam senget sket.. Eh!! Apa dah jadik. Malam tu nak tido aku rasa sakit tinger kanan. Aku abaikan jer.

Esok paginyer aku teragak2 nak gi klinik ke tak sebab tinger yang sakit ni. Dah separuh jalan nak gi keje aku kona balik gi klinik yang aku biasa pegi kat area umah aku. Dokter kata dalam tinger aku ada jerawat besar tapi cam dah nak meletop so dokter bagi aku ubat titis dalam tinger + ubat tahan sakit jer.

Kat opis aku pun buat la keje cam biasa. Banyak video aku kena edit. Masa aku ngedit videos tu mata belah kanan aku asik berair. Runsing aku dibuatnyer. Opismate aku tetiba tegur muka aku yang nampak semacam. Ala2 tertarik sket. Aku memang terasa semacam kat muka aku + aku snap gambar anto kat buah hati pengarang jantung. Dia kata aku sengaja buat senget. Huhuhuhu.

Elok la pulak hari tu bos aku datang ke opis aku. Dah berbulan dia tak datang. Hari tu dia datang plak nak bincang apa yang patut. Bos aku tros tegur muka aku + aku cakap la sebab jerawat dalam tinger tu. Bos aku kata takkan la sebab jerawat leh jadi gitu. Dia suh aku gi jumpa dokter lagi.

Balik keje aku pun tros gi balik klinik yang aku gi pagi tadi. Dokter tu buat muka cuak giler tengok muka aku yang dah senget. Dia tros bagi surat suh aku gi jumpa specialist. Dia syak aku kena Bell's Palsy. Sakit apa la plak tu??

Aku gi klinik lain yang ada kat situ utk 2nd opinion. Maklumlah aku tak yah kuar duit. Selamba jer la gi klinik lain. Hehehhe.. Dokter 2nd klinik tu tros confirmkan yang aku kena Bell's Palsy. Dia bagi aku ubat + cuti sakit. Dia kasik aku cuti sehari jer.

Aku pun cuti la sehari. Surat dokter yang suruh gi specialist tu aku ala2 abaikan. Lepas cuti sehari tu aku gi la keje. Masa tu memang muka aku senget sebelah. Orang memang heran pandang muka aku. Aku gi la ngadu kat sorang akak kat tingkat 2. Masa tu ada sorang akak yang penah patah kaki. Dia tengok muka aku tros dia suruh aku gi jumpa specialist sebab dia penah kena gi klinik kata tak de apa2 padahal kaki dia dah patah.

Aku tros la bergegas ke specialist yang dicadangkan. Aku jumpa pakar neurologi Dr. Ng Wai Kok kat Sunway Medical Center. Dokter Ng kata aku memang sah kena Bell's Palsy + tros bagi aku cuti seminggu + ubat2 yang tak berapa nak banyak. Dia nak bagi aku 2 minggu tapi aku kata seminggu la dulu sbb aku tengah banyak keje. Rest la aku umah seminggu. Rest2 pun aku ada gak buat keje kat umah. Huhuhu

Aku search kat net pasal sakit ni + cari cara rawatan. Salah satu cara rawatannya ialah dengan buat akupuntur. Aku pun search la akupuntur kat net. Jumpa satu tempat kat kl. Namanyer The Tole Acupuncture Herbal Medical Centre kat Menara KH, Jln Sultan Ismail. Aku gi la situ + buat rawatan sampai sekarang.

Tadi cam beria aku nak cerita ngan detail tapi tetiba tros potong jer.. Aku dah penat sebenarnyer. Heh heh. Mata pun dah start berair jer ni.

Dah 27 hari aku buat rawatan kat The Tole tu + makan ubat yang dokter Ng bagi. Alhamdulillah aku makin pulih. Mata leh tutup banyak dah. Bukan macam2 awal tak leh berkedip pun. Mulut dah tak berapa senget walaupun masih senget. Hidung dah leh kembang sikit jer belah kanan tu.

70% dah sakit aku ni berkurangan. Kalau tak gi buat akupuntur tu agaknyer lagi lambat la aku baik. Kat bawah ni ada gambar aku amik dari net. Tak sanggup nak letak muka aku yang sebenar. Segan. Ihik tapi aku ada letak sipi2 muka aku yang sedang buat treatment akupuntur.



cam gini la muka aku selepas 48 jam diserang Bell's Palsy.

Muka aku cam ni skang.


Ni aku tengah buat rawatan akupuntur. Besh!!!


ps: maafkan aku sbb lama bebeno tak hapdet. skang korang dah tau kenapa.. (^^)