Friday, November 7, 2014

Drama terbaru dari SBS Pinocchio



Adakah mereka berbaring di atas awan? Gula-gula kapas ke? Tak tahu la kenapa mereka ala-ala berbaring di atas benda gebu sebegitu, tetapi kesannya adalah sangat cantik. Inilah poster untuk drama terbaru SBS yang akan disiarkan pada Rabu-Khamis bertajuk Pinocchio, drama terbaru separuh fantasi , separuh realiti dari team yang sama untuk drama I Hear Your Voice yang merupakan drama separuh realiti juga tentang seorang pendakwa raya dan budak sekolah. Kali ini, wataknya adalah antara seorang wartawan rookie dan heroin yang sedu setiap kali dia berbohong.

Dalam drama ini nampaknya heronya Lee Jong-seok dan heroinnya Park Shin-hye akan berkongsi hubungan keluarga agak rumit - datuknya Byun Hee-bong (Flower Grandpa Investigation Unit)) mengambil Lee Jong-seok sebagai anak angkat yang merupakan seorang kanak-kanak kematian kedua ibu bapanya, tetapi atas sebab tertentu yang aneh, ia menganggap Lee Jong-seok sebagai anak sulung, padahal dia sudah mempunyai seorang anak lelaki yang lebih tua (Shin Jung-geun, Scent of a Woman). Jadi walaupun pada hakikatnya Lee Jong-seok dan Park Shin Hye adalah pada umur yang sama tetapi Lee Jong-seok merupakan bapa saudaranya dan Park Shin-hye adalah anak saudara beliau. Dan Lee Jong-seok merupakan abang kepada Shin Jung-geun, mengarut sungguh!


Berdasarkan kepada preview kat bawah ni nampak macam sebuah keluarga yang dinamik yang tidak konvensional seperti bentuk yang drama hujung minggu yang kelihatan seperti pasangan bertengkar comel-comel gitu. MEMANG nanti akan jadi kisah cinta yang rumit lagi berbelit, itu pasti. Tetapi oleh kerana tidak ada dalih tentang mereka yang berkaitan dengan darah, kita mudah-mudahan akan memintas kecemasan melo lebih konvensional dan hanya memberi tumpuan kepada faktor yang menghangatkan hati. Ayah dan atuk akan berbaik, kan?


Tayangan perdana - Rabu depan, 12 November.

So kita tunggu esoknyalah nak tengok kat dramago @ dramacool. (^_^)


Preview yang sangat pendek tapi memang tak sabar nak tengok.

Meh layan gambar-gambar still dari drama ni. Hazabnya rambut Lee Jong-seok masa zaman sekolah tu.. ohohooh











Sumber - Dramabeans