Wednesday, November 12, 2014

Topokki (kek beras) pedas-pedas manis sangat yummeh



Aku start tau pasal topokki atau kek beras ni masa tengok Runningman. Street food yang selalu derang makan. Nampak cam sedap jah so aku pun try la order kat Dubu Dubu. Not bad rasa dia tapi mahal beno pulak nak membayonya jadi aku pun tanyalah pokcik Googel acaner nak buat. Rupanya bahan2 memang senang nak dapat kat Malaysia ni. Ingat susah nak cari so jadinya ini antara menu Korean food yang selalu sangatku masak sebabnya tersangat la senang dan sedap.

Bahan2 yang diperlukan :

1. frozen tteoboki sekampit (boleh beli kat Jusco Aeon memana tapi tak de kat Jusco Aeon Taman Equine.. Darn it

2. Sos dalam peket leh rujuk kat gambar kat bawah kang. Yang ni mana Jusco Aeon pun ada jual. Beli yang dalam gambar ni tau. Jangan beli yang lain

3. Bahan2 tambahan ikut apa yang korang suka. Contohnya fish cake ke, fish ball ke, fried fucuk ke

4. Bijan 



Camni lah rupanya frozen topokki. Ada jugak yang tak frozen tapi kena g hartamas beli kat kedai Korea. Nak buat sendiri pun boleh sebab guna tepung beras ngan air jah tapi leceh kot sebab kena kukus bagai. 


Camni rupanya yang bukan frozen. Beli2 tros masak ye. Kot tak berkulat. Tak pun tros simpan dalam freezer.


Nindia sos yang boleh di beli kat Jusco Aeon tu. Beli kat bahagian jual barangan Korea/Jepun.

 

Ini antara bahan2 penyedapnya. Fucuk goreng yang dah dipotong2.


Fish ball + fish cake yang dah dipotong2.

___________________________________________________________________________

Ok. Meh kita start masak.


Rebus topokki dalam 5 minit atau sampai agak lembik topokki tu. Boleh la try tekan2 nak rasa lembik ke idak tu.


Bubuh semua sos ke dalam kuali yang ada topokki yang agak lembik tu. Boh semua jangan tinggal setitis pun.


Tambah air dalam 2 cawan pastu tunggu sampai mengelegak.


Campakkan saja bahan2 penyedap itu ke dalam kuali.



Campak lagi.


Api tak yah besar2 tau. Kemudian tunggu sampai mengelegak cam video bawah ni.

video


Siaplah sudah. Boleh dihidang. Sebelum makan tabur bijan dulu.

Macam gitu jer nak masaknyer kome. Senangkan? Harus senang.... Selamat mencuba!!