Monday, December 31, 2007

Versace - Bright Crystal



I am so gonna buy this soon. Before new year. Oh i'm gonna buy it tomorrowlah. (^^)

Sunday, December 23, 2007

Very cool teaser!!


If i get my hands on this, it will make my day completely!!

Saturday, December 22, 2007

Punah harapan aku nak balik KL petang karang.

Jalan ke Dataran Merdeka ditutup, halang demonstrasi
21-12-2007 08:59:47 PM

KUALA LUMPUR: Polis akan menutup jalan menghala ke Dataran Merdeka di sini pagi esok bagi menghalang satu perhimpunan haram yang dirancang di situ pada malamnya.

Ketua Polis Daerah Dang Wangi ACP Zulkarnain Abdul Rahman memberitahu pemberita hari ini bahawa polis akan juga membuat sekatan jalan raya sebagai langkah berjaga-jaga.


Beliau memberi amaran kepada orang ramai supaya tidak menyertai perhimpunan itu kerana penganjurnya tidak mendapat permit.

"Kita tak akan teragak-agak untuk mengambil tindakan tegas terhadap mereka yang berdegil," katanya. BERNAMA

Oh tidak!!!!! Mesti KL jem teruk karang. Road block merata2. Aiseh!! Aku tanak balik ahad. Tensennyer aku!!!

ulu control macho.




Uwaaaaaaaaaaaa!!! Sedihnya aku nak tinggalkan ulu lagi. Uwaaaaaaaaaaaa!! Aku sayang giler kat ulu ni tapi aku tak leh bawak dia gi kl. Uwaaaaaaaaaaaaa!!

Cucu mak aku.



Ini dua orang budak... Ya Allah tatau aku nak cakap macamana nakal lagi buasnya. Masa tecit2 harmless jer. Dah besar sikit ni. Fuh!! Tak terkawal. Especially si abang tu. Mak oiiii!! Memang tak sabar aku dibuatnyer. Sib baik la ko budak tecit + cucu mak aku. Kalau tak memang dah lama kena rendam dalam air basuh beras.

Abang + adik @ hafiz + hakeem.. 



ni la si abang @ muhammad zulhadfiz. umo 4 tawun. mulut dia memang patut kena ikat. sekali ngan kaki dia. mau pingsan kalau kena jaga sehari. sian mak aku.



ni plak si adik @ muhammad zulhakeem. umo 3 tahun. bijaknye bercakap sama cam abangnye. kes haru gak kalau nak kena jaga sehari sebab dia tanak berenggang ngan mak dia.

Aku sayang budak2 ni. Masa derang kecik dulu tiap kali aku balik kampung (selalunye derang pun balik gak time tu) aku mesti belikan derang memacam. Sekarang pun aku ada gak tapi cam jarang2 ler sebabnyer budak2 ni tak makan saman. Degil plak tu.

Aku balik kampung memang tensen selalu sebab budak2 ni memekak semedang. Kalau derang tak memekak, mak derang + mak aku yang memekak sebab terjerit2 dengan kerenah budak berdua ni. Tengok gambar cam budak baik jekan? Tapi sebenarnya mau tercabut bumbung rumah mak aku kalau dibiarkan tak dilarang.

Friday, December 21, 2007

Selamat Hari Raya AidilAdha.

Alhamdulillah tahun ni aku masih dapat sambut hari raya qurban. Biasanya aku tak balik kampung tapi tahun ni aku balik. Orang biasa masak rendang bagai sehari sebelum raya tapi aku + mak masak pagi raya tu. Bukan rendang pun tapi ayam masak kicap. Makan ngan lemang. Boleh? Hehehehe..

Sori ler aku tak snap gambar ayam masak kicap tu sebab bila kat kampung aku tak teringat langsung pasal blog sebab kat kampung line streamyx tak sampai. Huhuhu..

Tuesday, December 18, 2007

mau tukar kereta.


Setelah berfikir dengan masa yang lama (dalam 10 minit.. heheheh) aku bercadang nak tukar kancil aku ke kereta lain. Pilihan yang paling tepat pada aku ialah Myvi. Masalah utama sekarang ialah full settlement kancil aku yang sangatlah banyak. Huhuhu. Ni abah aku punya hal la ni. 4 tahun sudah nak gak suruh aku beli kancil 660 manual. Masa tu aku berkeras nak kancil 850 auto. Since masa tu abah aku yang nak kuar downpayment. Terpaksa la aku ikut cakap dia. Sekarangkan dah susah. Kancil aku tu ala² tak de value bila nak trade in. Uwaaaa..

Semalam konon nak naikkan sket value kete, aku dan dia polish kete tu. Kalau orang tengok (sebelum polish) orang memang tak sangka kete aku tu dah berumur 4 tahun. Bila dah polish semalam jangan cakap la. Nampak cam kete baru tu.

Petang ni aku balik umah mak aku + akan uruskan hal kete ni. Masa aku bagitau abah aku yang aku nak tukar kete dia tros kata suh tukar Daihatsu Aura. Aku pun search la kat net. Ya ampun abah aku ni. Ada ke suh aku tukar ke kete lagi tua. Tak patut sungguh! Aku bagitau mak aku pasal rancangan abah tu. Mak aku tros cakap hish! Tros setuju aku tukar myvi.

Mintak² urusan nak tukar kete ni berjalan lancar la. Amin.

Sunday, December 16, 2007

mengantuk tapi..

Aku ngantuk sangat ni tapi tak leh nak tido lagi sebab aku ter"render" satu klip. Gilerkan bawak balik keje ke rumah. Dah la cuti. Huhuhuhu..

Alamak.. Ada lagi 20 minit. Mau aku tersembam depan laptop ni. Oleh itu aku pun hapdet blog. Nyeh nyeh.. Sib baik kat umah dia ni ada wifi. Sonang idup den. Ihik. On jer laptop dah leh surf. Kalau la aku ada laptop behnye.. Bajet tak cukup nak beli plak.. Uwaaaa..

Malam semalam aku pegi kenduri kawen schoolmate dia. Meriah gak la. Cun gak kawan dia tu. Lakinya muda setahun orang Sabah. Kira sepadan gak la. Aku ada snap hidangan yang ok ok jer tu tapi malas plak nak tarik dari phone. Tak yah lah.

Tengok orang kawin cam hepi jer cam beh gak tapi tak per la. I think i can't commit to any marriage with any man. Huru hara jadinya nanti tapi dalam masa yang sama aku tetap pikir yang kalau dah sampai jodoh. Aku terima. InsyaAllah.

Lagi 10 minit tinggal so aku nak gi minum air dulu pastu titon!!

Saturday, December 15, 2007

the fog!





This was the view on North Highway yesterday morning. I'm on my way from KL to Perak. I am scared because the car in front of me kinda disappeared. Spooky!! Thank God it was not all the way home. If not I'll be driving 20kmj. Huhuhuhu. That is not my usual speed on highway. Heheheh.. Anyway alhamdulillah i reached home in one piece. (^^)

Friday, December 14, 2007

Akak Vince yang seksi!!!




Fulamak ai!!! Cun meletops minah ni weh!!! Ni photoshoot untuk FHM pinoy..

Saturday, December 8, 2007

TARA 2 Leg 3

Sori naik lori sangat sebab tak hapdet untuk leg 2. Ini adalah kerana time aku nak hapdet official website TARA tak upload gambar lagi. Tak besh la hapdet tak de gambarkan? Untuk leg 3 ni cepat plak derang hapdet gambar. Last week web developernyer demam kekura kot.

Anyway mari cerita pasal leg 3 semalam. Memang exciting sungguh leg 3 ni. Tak berenti² ngan exciting challenges! Memula jabs aku nak ingat. Ha.. Memula derang kena naik flight ke Hong Kong. Walaupun masa berbeza² tapi semua naik flight yang sama. Masa nak tunggu flight berlepas derang lepak² ler. Sekali si Terri tengking laki dia. Nangis laki dia kat situ. Sian plak aku tengok. Buruk pun ada sebab dah tua nangis bila kena tengking bini. Huhuhu..

Dah sampai Hong Kong berlari la semuanyer nak kena cari clue plak kat satu tempat tu.. Semua orang naik tren kecuali team Indon. Derang sampai dulu pastu derang kena gi Standard Chartered Bank untuk kira dulu selambak atas meja ikut currency HK. Kena bagi jumlah yang tepat. Team yummy mummy excited nak kira. Berkali² salah. Huhuhu.. Pening² derang kira duit tu sampai Rovilson cakap " I don't ever want to see money again." LOL. Team yang dapat jumlah yang tepat memula team adik beradik Jepun. Yang last sekali team S'pore. Gelabah derang.

Destinasi derang seterusnya ialah negara Kiwi!! Sekali lagi derang semua naik flight yang sama. Sampai airport kena cari kete yang ada flag plak. Dalam kete ada klue nak kena gi mana. Orang lain semua dah menggagau cari jalan team Indon tak jumpa kete lagi. Siannyer. Marc + Rovilson ngan team S'pore bernasib baik sebab dapat cari orang yang sanggup tunjukkan jalan. Kekadang aku rasa cam derang yang lain tu tak terpikir ke nak buat camtu padahal derang mesti dah tengok amazing race yang lain. Aper da..

Derang kena pegi satu tempat cam nak kata muzium pun bukan tapi cam tempat yang derang kumpulkan benda bersejarah tapi dalam satu kawasan. Ntah tatau nak cakap camner. Kat situ derang kena snap 3 gambar pastu bawak kat sorang judge tu. Judge tu cam patung siot. Serem aku tengok.

Time ni ramai yang bekerjasama swap gambar. Bagus gak derang ni. Dah dapat snap semua 3 gambar kena buat roadblock. Kena buat bungee kat Auckland Bridge. Dalam kete si Terri dah nangis dah sebab dia tatau nak kena buat bungee. Ha tu la tadi kasik hasben nangis skang ko plak nangis. Hehehehe.

Team M'sia yang terjun Ann + Vanessa. Cambesh jer buat bungee nikan? Tapi aku ni penakut ya amatz. Mungkin boleh pingsan bila terjun tu. Hohohohoho..

Dah buat bungee ada detour plak. Nak buat rock climbing @ kayaking. Ramai pilih rock climbing tapi rata²nyer tak berdaya nak buat. Yang berjaya jejans macho jer. Team Pinoy macho + team S'pore. Yang lain² mmg try gak nak buat. Hancus!! Yang paling teruk dah tentu la team HK. Aurelia kena marah kaw² ngan Sophie sebab konon boleh buat tapi tak boleh. Dah buang masa. Huhuhuhu..

Bila semua dah selesai berrock climbing + kayaking tinggal team Indon yang lambat dapat kete tadi pastu masih kat tempat nak snap gambar. Alahai. Apa la nasib. Pastu nak try buat rock climbing plak tu. Adeh la. Nangis si Kinar yang seksi tu.

Untuk sampai pit stop seterusnyer derang kena cari hospital sakit jiwa yang dah jadi rumah berantu. Jauh gak kot sebab sesat larat derang dibuatnyer. Masa tengah cari jalan team hot chick M'sia kena langgar kete. Tergezut aku tengok. Aku pun tak sure salah siapa tapi orang yang langgar tu siap report polis bagai. Last season pun ada melibatkan polis gak tapi sebab langgar speed limit. Masa ni team hot chick dah rasa cam derang akan kalah sebab dah terbuang masa yang banyak.

Sampai kat umah antu tu memang kelakar campur seram masa tengok. Ada yang jerit. Ada yang buat bodo jer. Team yummy mummy memang selamba habis. Sikit pun tak terkejut. Hahahah.. Team S'pore jangan cakap la sebab si Adriankan pekak so camne nak terkejut. sabo jer la. Terri ngan Henry siap peluk lagi takut. Bila dah hujung ada sorang antu kasik klue. Terri gi peluk antu tu. Guling² aku gelak.

Pit stop mat ada kat belakang bangunan tu rupanyer. Kena lalu jalan yang seram gak sampaikan sapa ke nama pengacara tu pun cakap bisik². Takut la tu. Team hot chick M'sia dapat no 7. Terkejut derang sebab ingat dah terkeluar. Nangis si Vanessa yang cun melecun tu. Vince kat umah melompat agaknyer. Hehehehe. Team Hong Kong pun sama gak. Sophie + Aurelia tu. Ingat dah terkeluar. Tak percaya ada orang lagi suck dari derang. Aurelia tu memang funny la.

Bila semua dah sampai kat mat baru la tunjuk team Indon Kinar + Brett yang gagal nak buat rock climbing nak gi buat kayaking tapi tempat tu dah tutup. So derang diumumkan terkeluar. Tata!!

Gambar kat bawah ikut urutan team yang sampai.

cutenyer marc ni. rasa cam nak makan!! heh heh


adrian + collin (S'pore)


yummu mummy!!


Paulaku cayang dapat no 4. not bad!!

henry + terri yang kecoh..


Japanese sibling.
hot chick nangis pun lawa ingat dah terkeluar.


sophie + Aurelia.. sian sophie.. huhuhu



brett + kinar terkeluar..


Hambik kau!! Panjang giler citer pasal leg 3 ni.. Aku kat opis lagi ni. Sunyi sepi dah. Huhuhu

Year end.

Memang rasa cam mimpi jer tiba² dah Disember. Maknanyer aku dah keje kat company ni almost a year sebab aku start as a temp on march. Jadi permanent staff august. Ye la almost a year. Bulan ni orang yg dah confirm dapat bonus 2 bulan tapi aku next month baru confirm so no bonus for me. Huhuhuhu. Tak kisah la tu. Yang pentingnyer aku ada keje. Bertahun² aku dok tanam anggur sampai dah jadi vineyard dah kat belakang umah tu. Hahaha. If only la kan.

Bila dah cecah year end semua memang sedia maklumlah busy macam nak mati kat tempat keje. Jadinyer blog aku pun tersadailah almost 2 minggu. 2 minggu jugak la dia tak de kat sisi aku. Lagi la hidup jadi huru hara. Balik keje pegi keje. Itu jer la aktiviti hari². Dinner pun dah jadi tak rajin. Tak kuasa sungguh nak makan sengsorang. Baik tak yah makan. Kononlah. Padahal dah 2 kali aku lepak sorang² kat mcD equine tu sengsorang makan eskrem sambil baca paper. Macam besh jer tapi tak besh langsung sebenarnyer. Rasa cam loser ya amatz sebab duduk tempat lepak sorang².

Hari ni ada berita gumbira tahap ke bintang!! Dia nak balik sini. Yeahooo!! Excited tak ingat aku dibuatnyer. Malam tadi patut aku kemas apa yang patut tapi dek kerana penat sangat gi swimming. Aku bantai tido ngan tv, lampu, tingkap semua terbuka. Pukul 6 pagi terjaga. Mati la aku kena marah ngan dia nanti kalau dia baca entry ni.

Citer pasal swimming. Semalam officemate aku sorang ni beria² ajak aku swimming kat bukit jalil tu. Kena bayar RM4 jer katanyer. Nyesal plak aku tak suruh dia bayarkan semalam sebab dia yang ajak. Huhuhu. Anyway memang seronok giler pegi swimming kat situ walaupun hujan. Bukan seronok apa. Seronok sebab tak ramai orang. Biasanyer public swimming pool penuh dengan orang tapi kat situ tak. Aku bet sikit lagi ramai la orang kat situ sebab biasanyer kalau aku jumpa tempat yang besh memula memang aman damai tapi akhirnyer akan dipenuhi orang. We'll see betul atau tak telahan aku ni.

Sebelum gi swim semalam aku memang bajet mesti aku semput giler punya sebab dah la tak excersice langsung. dah 6 bulan tak berenang. Di tambah plak dengan kuantiti isap rokok yang agak banyak. To my surprise, aku tak semput pun. Kalau aku ada goggle semalam memang aku leh buat lap banyak. Sikit semput pun tak. Amazing sungguh rasanyer. May be sebab naik turun tangga opis + kat rumah sikit sebanyak pay off kot. Alhamdulillah. Opismate aku plak yang ala² mengah. Heh heh heh. Satu lagi yang besh kat situ klorin tak de la kuat sangat. Kalau swimming pool kat kondo lama aku dulu jangan cakap la klorinnyer. Boleh membunuh!!

Nampaknyer bulan ni punya bajet kena la ubah sebab ada tambahan barang yang nak dibeli. Aku nak beli swimming suit!! Yeay!!! Year end ni dah la banyak sale. Yeahooo!! Tak sabar nak gi beli.

Panjang ke entry ni? Tak kot. Rasa jer cam panjang tapi tak denyer panjang mana. Entry kat bawah ni testing leh letak gambar ker tak sebab dari ari tu aku nak letak gambar asyik gagal semedang.

Aku nak sambung keje balik ni. Patutnyer aku kena pick dia up pukul 7.30 kang so aku ada masa lagi nak selesaikan apa yang patut.

Seronoknyer sayang nak balik!!!! Rindu tak hengat aku kat dia.

Baek punya entry..



Need i say more?? nyeh nyeh nyeh