Memang rasa cam mimpi jer tiba² dah Disember. Maknanyer aku dah keje kat company ni almost a year sebab aku start as a temp on march. Jadi permanent staff august. Ye la almost a year. Bulan ni orang yg dah confirm dapat bonus 2 bulan tapi aku next month baru confirm so no bonus for me. Huhuhuhu. Tak kisah la tu. Yang pentingnyer aku ada keje. Bertahun² aku dok tanam anggur sampai dah jadi vineyard dah kat belakang umah tu. Hahaha. If only la kan.
Bila dah cecah year end semua memang sedia maklumlah busy macam nak mati kat tempat keje. Jadinyer blog aku pun tersadailah almost 2 minggu. 2 minggu jugak la dia tak de kat sisi aku. Lagi la hidup jadi huru hara. Balik keje pegi keje. Itu jer la aktiviti hari². Dinner pun dah jadi tak rajin. Tak kuasa sungguh nak makan sengsorang. Baik tak yah makan. Kononlah. Padahal dah 2 kali aku lepak sorang² kat mcD equine tu sengsorang makan eskrem sambil baca paper. Macam besh jer tapi tak besh langsung sebenarnyer. Rasa cam loser ya amatz sebab duduk tempat lepak sorang².
Hari ni ada berita gumbira tahap ke bintang!! Dia nak balik sini. Yeahooo!! Excited tak ingat aku dibuatnyer. Malam tadi patut aku kemas apa yang patut tapi dek kerana penat sangat gi swimming. Aku bantai tido ngan tv, lampu, tingkap semua terbuka. Pukul 6 pagi terjaga. Mati la aku kena marah ngan dia nanti kalau dia baca entry ni.
Citer pasal swimming. Semalam officemate aku sorang ni beria² ajak aku swimming kat bukit jalil tu. Kena bayar RM4 jer katanyer. Nyesal plak aku tak suruh dia bayarkan semalam sebab dia yang ajak. Huhuhu. Anyway memang seronok giler pegi swimming kat situ walaupun hujan. Bukan seronok apa. Seronok sebab tak ramai orang. Biasanyer public swimming pool penuh dengan orang tapi kat situ tak. Aku bet sikit lagi ramai la orang kat situ sebab biasanyer kalau aku jumpa tempat yang besh memula memang aman damai tapi akhirnyer akan dipenuhi orang. We'll see betul atau tak telahan aku ni.
Sebelum gi swim semalam aku memang bajet mesti aku semput giler punya sebab dah la tak excersice langsung. dah 6 bulan tak berenang. Di tambah plak dengan kuantiti isap rokok yang agak banyak. To my surprise, aku tak semput pun. Kalau aku ada goggle semalam memang aku leh buat lap banyak. Sikit semput pun tak. Amazing sungguh rasanyer. May be sebab naik turun tangga opis + kat rumah sikit sebanyak pay off kot. Alhamdulillah. Opismate aku plak yang ala² mengah. Heh heh heh. Satu lagi yang besh kat situ klorin tak de la kuat sangat. Kalau swimming pool kat kondo lama aku dulu jangan cakap la klorinnyer. Boleh membunuh!!
Nampaknyer bulan ni punya bajet kena la ubah sebab ada tambahan barang yang nak dibeli. Aku nak beli swimming suit!! Yeay!!! Year end ni dah la banyak sale. Yeahooo!! Tak sabar nak gi beli.
Panjang ke entry ni? Tak kot. Rasa jer cam panjang tapi tak denyer panjang mana. Entry kat bawah ni testing leh letak gambar ker tak sebab dari ari tu aku nak letak gambar asyik gagal semedang.
Aku nak sambung keje balik ni. Patutnyer aku kena pick dia up pukul 7.30 kang so aku ada masa lagi nak selesaikan apa yang patut.
Seronoknyer sayang nak balik!!!! Rindu tak hengat aku kat dia.
No comments:
Post a Comment