Monday, January 12, 2009

Mawi + Ekin 1001 malam di POTGH.

Kad jemputan yang cantik. I like!! Pada la pun dengan majlisnyer. Dasat!!

Raja + permaisuri ala padang pasir gitu. Mahal giler baju derang tu weh!!

Semalam selesai la sudah majlis gilang gemilang cemerlang terbilang persandingan kali ke 3 pasangan overrated di M'sia Mawi + Ekin di Palace of The Golden Horses. Persandingan yang lebih kepada persembahan pada aku sebab ada drama bagai. Dasat!!

Seawalnya aku memang tak de terlibat langsung untuk turun padang di mana2 majlis Mawi + Ekin ni. Tapi hari Isnin lepas senior exec tanya aku kalau aku free untuk rekod red carpet masa majlis kat POTGH tu. Since dia kata perlu rekod untuk red carpet je, aku pun setuju. Bukan susah sangat punkan. Orang jalan nak masuk aku rekod. Senang keje pacak jer tripod. Aku pun tak pernah jejak kaki kat POTGH tu. Takat lalu kat driveway main enterence jer penah sekali. Tu pun rasa cam gi tempat gergasi jer sebab aku ni drive kancil so rasa cam kecik sangat. Rasa cam hilang pun ada bila lalu kat situ. Serba besar kat situ. Huhuhuhu.

Anyway Sabtu pagi tu aku dah sibuk call + sms sana sini tanya pasal tag + aturcara sbb x diberi lebih awal. Bijak sungguh exec aku tu.. Ishk! Sib baik aku geng ngan dak2 MURAI tu. Kot tak haru gak jadinyer.

6.00 petang aku sampai kat POTGH + parking kat basement. RM5 kena bayo parkingnyer per entry. Sib baik tak mahal. Tak per leh claim nanti tu. Majlisnyer buat kat Le' Marquee, laman tasik hotel itu. Ada khemah putih besar tempat para VVIP bakal bersantap sambil mengadap mempelai. Cantik. Itu yang terlintas di kepala aku masa memula sampai kat situ. Nampak meriah ngan ramai orang. Sapa la orang2 yang ramai tu selain dari crew2 la. Rupanyer orang ramai yang datang nak tengok dari luar sebab buat kat open air.

Dipendekkan cerita sebab aku dah tak rajin nak menaip secara detail apa yang jadi semalam. Akhirnya aku dapat gak merasa duduk kat meja bersantap tu. Thanks Elly sebab tak lupakan kitaorang. Patutnyer orang yang dapat kad jemputan jer leh masuk dalam khemah tu + makan tapi since banyak tempat kosong, kitaorang pun dipanggil join sekali. Ngan aku yang dah serabai sebab berpeluh2 buat keje terkejar ke sana sini tu selamba je duduk kat situ. Orang tak peduli pun. Bukannyer aku bogel ke apakan? Heheheh..

Memang mewah sungguh suasana kat dalam khemah tu. Jambangan bunga ros segar yang dihias cantik atas meja + memang semuanya cantiklah. Takkan la tak cantik plakkan? Makanan plak superb! Sampai senak perut aku dibuatnyer. Walaupun aku makan sikit je. Time makan didendangkan plak dengan lagu2 yang besh dari dak2 AF tu. Ada gak yang cam tak besh tapi aku tak pedulik dah sebab syok makan. Kuang kuang kuang.

Alhamdulillah dapat gak merasai suasana majlis yang gempak habis tu. Sebelum aku terlupa aku memang kesian sungguh tengok kuda2 yang ketakutan bila dengar bunyi letupan2 confetti tu. Nasib tak jadi apa2 tapi kesian btol aku tengok kuda2 tu. Ishk.. Ishk.. Sekali sekala tak pe la kot. Boleh gitu.

Berakhir la sudah saga majlis perkahwinan Mawi + Ekin. We'll see what will happen next. Ihik..