Tuesday, July 29, 2008

aku berjaya masak kek!!

terima kasih kerana berkhidmat dengan baik masa aku sakit.

Apa kes citer pasal kek tapi letak gambar rice cooker?? Heh heh. Ari khamis lepas aku ada buat entry pendek. Ini la kisah sebenarnye. Aku baca kat net yang boleh masak kek dalam rice cooker. Aku pun tros la try masak guna rice cooker kat atas ni. Sekali hangus + lebur akunyer rice cooker tu. Rupanya rice cooker yang ada function untuk masak bubur jer yang boleh masak kek. Cisss.. Ni gara² excited terlebih la ni. Habis aku kena perli berhari² dek my other half tu. Huhuhu..

Since rice cooker tu dah 100% rosak sampai melebur. Kena la aku beli rice cooker baru sebab kalau nak masak atas dapur gas nasi jadi tak berapa nak sedap. Lain la kalau masak atas dapur arangkan? Tak sanggup la plak aku. Uhuk.. Uhuk..

Bermula la rice cooker hunting di merata tempat yang ada jual rice cooker. Cadang memang nak beli yang leh masak bubur tu sebab aku nak jugak masak kek. Aku sampai call Harvey Norman tanya berapa harga rice cooker tu. Kot² ada lesskan?? Sekali tak de la plak.

Cari punya cari. Akhirnya kitaorang decide beli rice cooker yang memang terus ada function untuk masak kek.

Presenting... Drum roll... Please welcome our new magical rice cooker!!






Puas hati dah beli rice cooker ni. RM299 investment masuk ke dalam akaun Jaya Jusco 1U. Oleh kerana dah ada rice cooker ni aku pun dah gatal tangan nak masak kek. Malam semalam lepas balik dari urut. Terus la aku memukul adunan kek tu dengan tangan aku yang kecik ni. Mixer tak beli lagi so kena la guna tangan.

Hasilnya.........
ni rupanya bila dah masak. dalam periuk lagi tu. tunggu sejuk sket..

ni dah letak dalam pinggan. cantik jer rupanyer.

hiasan atas tu kerak kat dalam periuk. konon nak bagi cantik sket. heh heh


sudah sedia untuk dingap ke dalam mulut. yum.. yum..
Tak sangka menjadi!! Sedap plak tu. Lembut. Moist. Gembira tak hengat aku dibuatnyer. Buah hati aku pun suka sebab kek tu sedap. Lepas ni memang confirm aku akan buat kek lagi dan lagi.

Alhamdulillah.

No comments: