Alhamdulillah pagi tadi opis mate aku dah kembali ke asal. Tegur cam biasa. Walaupun aku ada rasa sikit aura tak besh gak ari ni tapi tak sedasat semalam. Alhamdulillah semua dah back to normal. Ye ke?? Heh heh heh..
ni la rupa aku di waktu pagi. tengah wat keje. aku rajin tau. ihik
Hmm.. Susah hati gak aku kenang²kan pasal keje ni. Bos masih tak de bagi kata putus apa yang perlu dibuat so hari ni + esok ala² terbazir gitu jer. Bukan tak de keje tapi kurang. Lagipun machine untuk buat keje tu antar service. Ntah bila nak dapat balik tu. Opis mate aku confident jer Sony akan amik masa kurang dari seminggu. Semalam aku dengar dia call technician yang sepatutnya hantar machine tu ke kilang belum pun hantar lagi. Hai ntah la.. Aku menurut perintah je la. We will see what happen.
Tetiba aku teringat buffet Ramadhan kat Ikea. Dah 2 kali aku pegi. Jumaat + ahad lepas. Bayar RM15.99 sorang dan boleh makan buffet kat restaurant Ikea kat atas tu. Dia + aku memang suka makan kat situ so apa lagi. Masakan kat situ memang sedap². Sumpah tak tipu.
amacam? banyak tak makanan yang dia + aku amik??
Banyak giler dia + aku makan buffet kat Ikea tu. Fuhhh sedap semuanya!! Berbaloi sungguh RM15.99 tu. Aku rasa cam nak ajak dia pegi lagilah weekend ni. Kalau tak de aral. Hari ni pun aku rasa nak pegi tapi tak sanggup plak nak menempuh jem ke sana tu.
No comments:
Post a Comment