Wednesday, September 24, 2008

Minyak turun seposen..

Harga petrol, diesel turun 10 sen

PUTRAJAYA: Harga petrol dan diesel mengalami penurunan sebanyak 10 sen berkuat kuasa esok (tengah malam ini).

Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi mengumumkan harga runcit petrol RON97 turun sebanyak 10 sen seliter kepada RM2.45 seliter daripada RM2.55.

Harga RON92 juga diturunkan sebanyak 10 sen kepada RM2.30 daripada RM2.40 berkuat kuasa mulai esok. Diesel juga turun 10 sen seliter kepada RM2.40 seliter daripada RM2.50 juga berkuat kuasa mulai esok.

Pagi tadi, mesyuarat Kabinet telah membincangkan perkara berkenaan.

Ini merupakan kali kedua harga runcit bahan api itu diturunkan selepas mengalami peningkatan besar pada Jun lalu.

Jun lalu, kerajaan menaikkan harga petrol kepada RM2.70 seliter dan diesel kepada RM2.58 seliter ketika harga minyak mentah dunia meningkat sekitar AS$125 setong.

Pada 23 Ogos lepas harga petrol dikurangkan sebanyak 15 sen kepada RM2.55 seliter daripada RM2.70.

Semalam, Perdana Menteri berkata, adalah menjadi harapannya harga petrol dan diesel dapat dikurangkan daripada harga semasa berikutan harga minyak mentah dunia yang kini berada pada paras kira-kira AS$100 setong.

Bagaimanapun, Perdana Menteri berkata, perkara tersebut perlu dibincangkan terlebih dahulu di dalam mesyuarat Kabinet hari ini.

Sabtu lalu, Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna Datuk Shahrir Abdul Samad berkata, keputusan sama ada kerajaan akan menurun atau mengekalkan harga runcit petrol dan diesel bakal diketahui pada mesyuarat Kabinet.



Ini jer yang mampu kabinet bagi pada rakyat?? Seposen jer??

4 comments:

Syah Shah said...

mase naik dulu kemain terus sampai dekat lapanploh sen... bile nak turun, seposen, seposen jek... tensen aku... heh.

AyuG said...

itu la pasalnyer.. macam² alasan derang bagi... nyampes!!!

kErAmBiT said...

sabo uya...
janji turun...
kalo naik katanya lg naya...

AyuG said...

mana leh sabo bit.. sikit beno turunnyer.. koman² pun 30 sen turun.. baru betul...