Friday, July 11, 2008

J card members day at JJ Equinne Park.

Cam yang aku bagitau kelmarin, semalam aku amik cuti sebab nak g shopping kat JJ Equinne Park. Ingat nak jadi orang 1st la sekali tersalah masa plak. Ingat start pukul 10 pagi. Rerupanyer pukul 9 daaaa. Akhirnya pukul 12 baru sampai sana.

Wahhh!! Memang ramai la orang time tu sebab dah lunch hour tapi alhamdulillah dapat parking. Dekat ngan lift plak tu. Apa lagi. Kitaorang pun serang la. Memula sekali gi serang bahagian cadar. Mesti harga murah giler. Ingat nak borong banyak la tengok tak banyak yang 300+ thread yang harga murah. Aku amik satu jer. Itu pun yang 280 thread. RM33.90 queen size.

Itu jer yang aku dapat citer sebab kalau sambung lagi memang tak cukup satu page blog ni. Miahaha.. Yang pasti semalam memang kitaorang buat rawatan terapi habis²an. Tak sampai RM1000 pun spend semalam tapi puas hati.


ni entrance kat atas. aku tegah rehat kat kusi.


hehehe.. ni je barang² yang aku beli.

payung tu dapat pree..

ada orang nyuruk belakang trolley..

sajer mengada la tu.. hik hik



ps: trolley tu membe aku curi dari tesco Damansara. Aku plak curik dari dia. Heheheheh

kesihatan aku.


Dalam entry sebelum ni aku ada bagitau yang aku sakit. Aku start sakit masa sehari selepas konsert AF6 yang 1st tu. Maknanya dah 15 minggu aku sakit. Lama dahkan? Sekarang aku masih lagi sakit + alhamdulillah memang dah semakin baik. Aku dah boleh gerakkan bibir belah kanan walaupun tak 100%. Muka aku dah tak nampak senget sangat. Hidung belah kanan masih tak boleh dikembangkan. Sama gak ngan dahi belah kanan. Masih tak boleh kerut. Apa pun aku bersyukur sebab sakit aku ni makin pulih. Ini semua atas pertolongan seorang weather consultan aka tukang urut yang tolong urutkan muka aku. Dah 12 kali aku urut ngan pak cik tu. Hasilnya memang nampak jelas + aku sangat² berterima kasih pada dia.

Doakan aku sembuh 100% dengan segera ya. Aku dah rindu sangat nak senyum lebar.

Wednesday, July 9, 2008

sticker at FB.


It's SO true!

LOL!!





Tingat kat Ulu masa kecik. Camni la rupa dia.

Esok aku cuti

sebab aku nak gi shopping kat Jusco Equinne. Boleh? Hehhehe.. Esok J Card members day kat situ. Yeahooooo!!!

bila kekasih merajuk.

kot boleh pujuk camnikan besh..

Aku ni bukannya reti nak pujuk orang merajuk. Padahal berkali² dah diberitahu camner nak pujuk hati dia tapi masih gagal nak pujuk setiap kali dia merajuk. Aduyai... Adakah ini kerana ego aku yang tinggi tak tentu pasal? Ego sebab aku rasa aku tak salah apa² yang boleh menyebabkan dia jadi merajuk tu. Padahal memang salah aku pun. Letih la jadi diri sendiri camni. Tolonglah terima yang diri tu dah buat salah so dah tentu la kena minta maaf + jangan nak bagi alasan lagi. Tolonglah!!! Kenapa la aku jadi macam ni ye? Kesian buah hati aku kena sabar ngan kerenah tak reti nak ngaku salah ni. Ishk!! Camner aku nak buat ni. Dah berkali² aku cakap dengan diri sendiri yang aku kena berubah. BERUBAH!!

Runsing la jadi diri sendiri. ('_')

Monday, July 7, 2008

home sweet home.

Aku dah pindah rumah. Yeay!! Dok apartment 3 bilik 2 bilik air kat tingkat 8. Rumah aku tak jauh sangat dari tempat keje. Alhamdulillah aku memang bersyukur sangat dapat rumah ni. Sewanyer RM450 sebulan. Aku dok berdua jer.

Dah sebulan lebih aku pindah sebenarnya tapi sebab aku tak update blog citernya jadi terdelylah. Masa memula masuk memang kosonglah sebab aku tak de beli barang² keperluan sebelum ni sebab housemate dulu (dak biol tu) dah ada lengkap segala.

Jadinyer masuk umah korang jer. Ada la kotak². Almari pun almari plastik jer. Hehehe..

2nd week aku dok situ kitaorang tros beli fridge + washing machine. RM2000 habis kat Harvey Norman untuk dapat 2 benda penting dalam hidup tu. Kira murah tau sebab fridge + washing machine tu kitaorang beli yang latest technology. Penghantaran free plak tu. Alhamdulillah. Seminggu pertama aku anggap 2 benda alah tu cam anak sebab balik jer tros cakap "hye sayang²ku mama dah balik." Gilerkan? Hahahah..

Tapi aku tak pulak snap gambar fridge + washing machine tu. Gambar dari official websitenyer adalah. Tengok bawah ni ha...


Kira boleh la kan?? 2 benda ni kitaorang beli guna duit tabungan selama setahun. Cam tak caya jer..

Dapur nak masak masih dalam perancangan sebab kitaorang tak de masa nak masak. Takat ada periuk masak nasi pun dah cukup la tu. Lauk tapau. Pelan² kayuh la kan? ihik..


Last week kitaorang gi survey nak beli meja makan la plak disebabkan tak larat nak makan bersila. Uhuk.. Uhuk.. Survey la kat merata kedai perabot. Sebenarnya memang dah aim satu meja makan yang affordable tapi cam kecik plak. Lagipun dengan harapan dapat la cari meja makan yang lagi murah. Meja makan yang kitaorang berkenan tu kat Cavenzi.

Survey punya survey memang tak jumpa meja makan yang boleh beat price kat Cavenzi tu. Bila sebut Cavenzi mesti orang kata wahhh tempat perabot mahal tu. Haa.. Korang jangan tak tau yang Cavenzi skang selalu buat sale. Meja makan yang kitaorang berkenan tu harga RM99. Last² kitaorang pegi la Cavenzi yang dekat area rumah kitaorang. Naik la plak harganya tapi abang kat kedai tu kata hujung minggu tu ada sale kat Cavenzi kat Jalan Klang Lama. Katil harga RM99 pun ada kat situ.

Kitaorang pun apa lagi. Sebelum buka Cavenzi tu kitaorang dah terpacak. Yess!! Dapat 2 benda lagi berharga RM228 sebab ada upah penghantaran RM30. Tengok kat bawah ni aku snap meja makan + katil yang masing² berharga RM99 tu. Cam tak cayakan??





Skang tinggal nak beli sofa + dapur jer untuk lengkapkan rumah kitaorang. Itu kena tunggu next month punya gaji. InsyaAllah sebelum puasa mesti beli dapur tu. Sofa tu tak tau ler akan dapat dalam jangka masa terdekat sebab bajet cam tak cukup jer. Tengok la ruang tamu kitaorang camner. Boleh la tu kot. hehehe..



ps: sekarang ni memang tak sabar² nak balik rumah dari tempat keje sebab umah dah besh. Alhamdulillah.

Sunday, July 6, 2008

ahmad zalulu.

Dah lama aku tak balik kampung. Akhirnya weekend ni dapat gak balik. Bila balik kampung, dapat la jumpa Ulu kesayangan mama. Ulu mama skang dah jadi abang toten yang macho. Tengok la gambar kat bawah ni. Macho siot tapi tetap maintain jambu. Ehehehe..






Kejikan aku sebab lebih rindukan abang toten dari ahli keluarga. Huhuhu.

Monday, June 30, 2008

happy 29th birthday my darling dear.


It's a beautiful day. I always pray that Allah will grand all of your wish. Especially on your birthday.

InsyaAllah.

Friday, May 2, 2008

Takziah Faizal + Nat.

Aku dapat tau pasal pemergian anak faizal hari selasa lepas. Aku dapat tau dari buah hati sebab aku ni dah lama sangat tak baca paper@tengok news@dengar hotfm@baca paper online. Aku memang terkejut ngan berita ni sebab aku tau baby dia tu baru lahir. Mesti Faizal + Nat sedih teramat sangat.

Faizal + Nat ni satu badge ngan aku masa kat itm dulu. Derang ni satu kelas tapi tak sekelas ngan aku. Dah nak final semester baru derang masyuk bercinta + akhirnya kawen. Sepadan la derang ni sebab karekter yang berbeza.

Aku menangis dengar cerita derang ni. Baby tu patut lahir lagi 2 minggu tapi dia lahir awal dari tarikhnya. Masa Nat mengandung dia asyik keluar masuk hospital + Faizal asyik cuti dari keje sebab nak jaga wife tercinta. Baby tu lahir sihat + comel. Derang ingat tak de masalah tapi kena demam kuning so dimasukkan ke hospital. Bila dah ok derang bawak balik. 2,3 hari kemudian baby tu kuning balik so dia kena la masuk hospital lagi. Baby tu ditinggalkan kat hospital kejap sebab Faizal nak mengirakan Nat kat umah yang masih sakit sebab masa lahirkan baby tu ada banyak komplikasi.

Tiba2!!! Faizal dapat call dari doktor kat hospital kata baby tu tenat.. Faizal pun bergegas la nak pegi hospital. Tak sampai 10 minit doktor call lagi. Baby tu dah arwah. Baby tu pergi tanpa mak + abah dia disisi masa tu. Aku dengar cerita ni dari buah hati aku yang baca dari paper kat bawah ni. Masa tu aku tak baca lagi.. Aku dengar cerita dari buah hati pun aku leh nangis. Aku tak dapat bayangkan camner perasaan mak + abah baby tu.. Ya Allah.. Ni menaip ni pun aku dah nak menitik air mata.


Kat bawah ni gambar baby tu. Comel sungguh tapi sayangnya dia dah kembali ke rahmatullah.

Aku harap Faizal + Nat dapat terima hakikat ni dengan tabah.



Al-fatehah.