Friday, July 11, 2008

kesihatan aku.


Dalam entry sebelum ni aku ada bagitau yang aku sakit. Aku start sakit masa sehari selepas konsert AF6 yang 1st tu. Maknanya dah 15 minggu aku sakit. Lama dahkan? Sekarang aku masih lagi sakit + alhamdulillah memang dah semakin baik. Aku dah boleh gerakkan bibir belah kanan walaupun tak 100%. Muka aku dah tak nampak senget sangat. Hidung belah kanan masih tak boleh dikembangkan. Sama gak ngan dahi belah kanan. Masih tak boleh kerut. Apa pun aku bersyukur sebab sakit aku ni makin pulih. Ini semua atas pertolongan seorang weather consultan aka tukang urut yang tolong urutkan muka aku. Dah 12 kali aku urut ngan pak cik tu. Hasilnya memang nampak jelas + aku sangat² berterima kasih pada dia.

Doakan aku sembuh 100% dengan segera ya. Aku dah rindu sangat nak senyum lebar.

No comments: