Monday, July 7, 2008

home sweet home.

Aku dah pindah rumah. Yeay!! Dok apartment 3 bilik 2 bilik air kat tingkat 8. Rumah aku tak jauh sangat dari tempat keje. Alhamdulillah aku memang bersyukur sangat dapat rumah ni. Sewanyer RM450 sebulan. Aku dok berdua jer.

Dah sebulan lebih aku pindah sebenarnya tapi sebab aku tak update blog citernya jadi terdelylah. Masa memula masuk memang kosonglah sebab aku tak de beli barang² keperluan sebelum ni sebab housemate dulu (dak biol tu) dah ada lengkap segala.

Jadinyer masuk umah korang jer. Ada la kotak². Almari pun almari plastik jer. Hehehe..

2nd week aku dok situ kitaorang tros beli fridge + washing machine. RM2000 habis kat Harvey Norman untuk dapat 2 benda penting dalam hidup tu. Kira murah tau sebab fridge + washing machine tu kitaorang beli yang latest technology. Penghantaran free plak tu. Alhamdulillah. Seminggu pertama aku anggap 2 benda alah tu cam anak sebab balik jer tros cakap "hye sayang²ku mama dah balik." Gilerkan? Hahahah..

Tapi aku tak pulak snap gambar fridge + washing machine tu. Gambar dari official websitenyer adalah. Tengok bawah ni ha...


Kira boleh la kan?? 2 benda ni kitaorang beli guna duit tabungan selama setahun. Cam tak caya jer..

Dapur nak masak masih dalam perancangan sebab kitaorang tak de masa nak masak. Takat ada periuk masak nasi pun dah cukup la tu. Lauk tapau. Pelan² kayuh la kan? ihik..


Last week kitaorang gi survey nak beli meja makan la plak disebabkan tak larat nak makan bersila. Uhuk.. Uhuk.. Survey la kat merata kedai perabot. Sebenarnya memang dah aim satu meja makan yang affordable tapi cam kecik plak. Lagipun dengan harapan dapat la cari meja makan yang lagi murah. Meja makan yang kitaorang berkenan tu kat Cavenzi.

Survey punya survey memang tak jumpa meja makan yang boleh beat price kat Cavenzi tu. Bila sebut Cavenzi mesti orang kata wahhh tempat perabot mahal tu. Haa.. Korang jangan tak tau yang Cavenzi skang selalu buat sale. Meja makan yang kitaorang berkenan tu harga RM99. Last² kitaorang pegi la Cavenzi yang dekat area rumah kitaorang. Naik la plak harganya tapi abang kat kedai tu kata hujung minggu tu ada sale kat Cavenzi kat Jalan Klang Lama. Katil harga RM99 pun ada kat situ.

Kitaorang pun apa lagi. Sebelum buka Cavenzi tu kitaorang dah terpacak. Yess!! Dapat 2 benda lagi berharga RM228 sebab ada upah penghantaran RM30. Tengok kat bawah ni aku snap meja makan + katil yang masing² berharga RM99 tu. Cam tak cayakan??





Skang tinggal nak beli sofa + dapur jer untuk lengkapkan rumah kitaorang. Itu kena tunggu next month punya gaji. InsyaAllah sebelum puasa mesti beli dapur tu. Sofa tu tak tau ler akan dapat dalam jangka masa terdekat sebab bajet cam tak cukup jer. Tengok la ruang tamu kitaorang camner. Boleh la tu kot. hehehe..



ps: sekarang ni memang tak sabar² nak balik rumah dari tempat keje sebab umah dah besh. Alhamdulillah.

2 comments:

yusri zahir said...

salam..
nak tanya...meja makan tu beli kat mana? tp kerusi dua je yer? ada kerusi 4 x? berminat plak..contact sy pls..yuszas@yahoo.com - yusri

AyuG said...

yusri - meja makan tu beli kat Cavenzi.. yg ni mmg 2 kosi jer.. ada jugak yg 4 kosi... x pasti ada lagi ke tak meja makan ni... sila la pegi ke Cavenzi yg terdekat ngan rumah ko yer... :)