Wednesday, September 22, 2010

Summary Kes Datuk Sosilawati

Berita Kes Datuk Sosilawati Mati Dibunuh. KEJAM!!

suspek2

(Scroll bawah untuk lihat artikel terbaru di Berita Semasa. Artikel ini akan menjadi FEATURED CONTENT)

[Sambungan kes Datuk Sosilawati Mati Dibunuh] - UPDATE pada 16 September 2010!! Sebelum ini, polis telah mengesahkan Datuk Sosilawati Lawiya, 47, dan tiga orang lagi mati dibunuh dan kesemua mayat mereka dibakar sebelum abunya dibuang di sebuah sungai berhampiran Ladang Gadong, Tanjong Sepat. Antara kata-kata ketika pertemuan terakhir ketika bersama adiknya sebelum Datuk Sosilawati dilaporkan hilang dan mati dibunuh :

BATU PAHAT: "Aku dah kena tipu. Kau bayangkan, setiap bulan kebelakangan ini untung meniaga tak nampak...lepas bayar duit elektrik dan air, sudah tidak ada duit simpanan. "Aku tidak suka orang tipu aku. Kalau nak duit minta, jangan curi. Jangan buat aku macam ini," itu sebahagian daripada kata-kata jutawan kosmetik, Datuk Sosilawati Lawiya.

Antara nama dan butiran suspek yang terlibat dalam berita kes Datuk Sosilawati mati dibunuh?

  • DATUK PATHMANABHAN A/L NALLIANNEN (NRIC NO : 690211-10-5525) - kiri gambar
  • SURENDREN A/L NALLIANNEN (NRIC NO : 720801-10-5773) - kanan gambar
  • 5 suspek awal diberkas Jumaat lalu (10 September 2010)
  • Peguam berstatus Datuk dan adiknya diberkas pada Sabtu lalu berumur 38 tahun (11 September 2010). Polis turut menahan seorang remaja berusia 19 tahun yang turut dikaitkan dengan pembunuhan berkenaan
  • Seorang peguam berusia 41 tahun yang dikenali ramai di kawasan Banting dan bergelar "Datuk", adik lelakinya, dua wanita serta empat yang lain, termasuk pekerja ladang mereka.
  • Polis berjaya menahan seorang lagi suspek, dipercayai bekas pengawal peribadi kepada Datuk berkenaan (14 September - 11 pagi)
  • Jumlah setakat ini yang ditahan adalah 9 orang (Update pada 16 September)

Kemudian, polis mengesahkan kempat-empat mangsa dipukul sampai mati sebelum dibakar dan abu dibuang ke dalam sungai berdekatan Ladang Gadong.

chennai

USHARANI bersama Allal Kathan Muthuraja dan anak mereka yang berusia tiga tahun.

  • Suami kepada S Usharani hilang selepas jumpa peguam 18 Januari lalu
  • S Usharani mendakwa suaminya, Allal Kathan Muthuraja, 34, tiba di Malaysia pada 18 Januari lalu untuk bertemu rakan karibnya iaitu dua beradik yang juga peguam yang disyaki terbabit dalam kes pembunuhan Sosilawati.
  • Sebaik tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA), suaminya menelefon dan memberitahu beliau dijemput dua beradik itu. Mereka saling mengenali sejak 10 tahun.
  • Dalam perbualan itu, selain bertanyakan khabar anak perempuan mereka berusia tiga tahun, beliau juga memberitahu dua peguam terbabit akan membawanya ke ladang milik mereka di Banting.
  • Keesokan harinya (19 Januari), S Usharani cuba menghubungi telefon bimbit suaminya beberapa kali tetapi gagal.
  • S Usharani bimbang keselamatan suaminya lalu menghubungi Pejabat Pesuruhjaya Tinggi India di Malaysia, namun tiada maklum balas sehingga sekarang
  • Muthuraja antara empat individu yang hilang sejak setahun lalu selepas berurus niaga dengan peguam bergelar Datuk di Banting.
  • Pada 12 Februari lalu, S Usharani menerima panggilan misteri seorang lelaki yang mendakwa dirinya polis dan memaklumkan suaminya ditahan polis kerana kesalahan memiliki dadah dan meminta RM1 juta untuk membantu menyelesaikan kes itu. Bagaimanapun S Usharani tidak mempedulikannya.
  • Pada 20 Februari, S Usharani menerima satu lagi panggilan daripada seorang yang turut memperkenalkan dirinya sebagai polis dan meminta RM1 juta untuk tujuan sama. Dia meminta RM500,000 sebagai pendahuluan.
  • S Usharani tiba di KLIA pada 8 September 2010 lalu dan membuat laporan di Balai Polis Banting. Selepas sahaja S Usharani memaklumkan suaminya pernah menyebut dia dibawa ke ladang milik seorang peguam di Banting kepada pihak polis, polis terus menyerbu Ladang Gadong sebelum menemui lokasi Sosilawati dan tiga rakannya dibunuh dan dibakar.

sngai

Inilah sungai iaitu Sungai Panchau, Kampung Kanchong Laut di mana suspek membuang abu mayat selepas dibakar di ladang ternakan ayam (Ladang Gadong, Tanjung Sepat) tersebu dan pasukan penyelam Polis Marin manjalankan operasi mencari bahan-bahan bukti untuk siasatan kes pembunuhan jutawan kosmetik, Datuk Sosilawati Lawiya dan tiga lelaki lain. Sungai itu terletak di Kampung Endah, kira-kira dua kilometer dari Ladang Gadong Tanjung Sepat.

  • Jam mahal milik jutawan kosmetik, Datuk Sosilawati Lawiya, 47, yang diambil salah seorang penjenayah sebagai 'kenang-kenangan' selepas mangsa dibunuh menjadi petunjuk paling penting berhubung kes arwah Datuk Sosilwati mati dibunuh dan dibakar bersama-sama tiga yang lain.

sungai2

Seorang suspek lelaki dibawa ke atas jambatan sungai itu bagi menunjukkan di mana dia mencampakkan sesuatu dari atas jambatan berkenaan.

Antara bukti-bukti yang ditemui ditemui pihak forensik adalah di Sungai Panchau, Kampung Kanchong Laut ........

bukti

  1. cebisan tisu anggota tubuh, termasuk rambut selain tulang hangus manusia yang dipercayai milik mangsa yang hilang
  2. tinggalan abu dipercayai milik mayat empat mangsa dibunuh
  3. 3 utas jam tangan berjenama. Masing-masing dua jam tangan termasuk jenama mewah Rolex dan Longines serta seutas jam tangan Seiko.
  4. 6 keping zink ditemui di Sungai Gelanggang Buaya, Kampung Kelanang (digunakan untuk membalut atau menutup mayat sebelum dibakar)
  5. pisau sepanjang 30 sentimeter
  6. dua telefon bimbit itu ditemui dalam tali air berdekatan sebuah restoran makanan segera di sekitar Banting (pemilik sebenar kedua-dua telefon bimbit itu masih belum dapat dipastikan)
  7. sebatang besi
  8. dua telefon bimbit jenis Blackberry (dalam tali air berdekatan sebuah restoran makanan segera di sekitar Banting)
  9. kayu yang mempunyai kesan terbakar
  10. kunci BMW X5 ditemui berhampiran Angsana USJ 1
  11. polis sedang mencari besi cangkuk sawit yang dikatakan digunakan untuk membunuh keempat-empat mangsa berkenaan

Bagaimana kronologi Datuk Sosilawati mati dibunuh bersama-sama 3 lagi mangsa bunuh yang lain?

Picture10

  • Pada mulanya dipukul dengan kayu kriket dan senjata tumpul lain dengan tujuan melemahkan mereka sebelum tangan diikat menggunakan dawai.
  • Ditikam menggunakan senjata tajam oleh sekumpulan penjenayah hingga mati berlumuran darah.
  • Ada mangsa yang dikatakan dikerat-kerat tubuhnya sebelum dibakar
  • Tubuh mereka dilumur dengan tahi lembu. Tahi lembu digunakan untuk mempercepatkan proses pembakaran
  • Mencurahkan petrol sebelum membakar mayat mangsa sehingga menjadi abu bertujuan menghilangkan bukti jenayah di ladang kelapa sawit milik suspek berdasarkan bukti awal yang di mana lokasinya terletak Sungai Gadong, Tanjung Sepat.
  • Sebelum dibakar, mangsa dibalut pula dengan dengan zink!!!
  • Penjenayah kemudian mengutip cebisan dan abu mayat semua mangsa yang dimasukkan ke dalam guni atau bekas tertentu sebelum dibuang ke Sungai Panchau
  • Suspek dipercayai turut membuang senjata yang digunakan untuk membunuh mangsa di dalam sungai yang sama. (LAPORAN Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman, Datuk Sri Bakri Zinin)

Pathma-Nalli-&-Partners.Pathma Nalli & Partners merupakan firma guaman milik suspek Jalan Sultan Alam Shah ditutup dan diletakkan garisan polis

Apa yang berlaku pada 30 Ogos 2010 sebelum Datuk Sosilawati mati dibunuh bersama 3 yang lain?

  • 10 pagi: Sosilawati memasuki pejabatnya di Kampung Baru, Kuala Lumpur.
  • 4 petang: Membeli kerepek di Kampung Sungai Lang, Banting.
  • 5 petang: Kamaruddin menghubungi anak saudaranya, Khairul Izuan Ismail.
  • 5-6 petang: Sosilawati menghantar SMS kepada suami memberitahu dia ke Banting.
  • 8.15 malam: Noorhisham menelefon isterinya, Suzana Radim Pangat.
  • 10 malam: Keempat-empat mangsa dibunuh dan dibakar di Ladang Gadong, Tanjung Sepat, Banting.

Picture1-5Lokasi pembunuhan Dato Sosilawati Lawiya bersama 3 yang lain (Sumber The Star)

Teori & motif pembunuhan sehingga Datuk Sosilawati & 3 yang lain mati dibunuh?

  • Datuk Sosilawati telah menggunakan khidmat firma guaman suspek sebelum ini (Pathma Nalli & Partners) untuk mengemukakan tender tawaran untuk membeli sebidang tanah di Pulau Pinang
  • Berkemungkinan besar (hasil siasatan polis) selepas usaha untuk mendapatkan tanah terbabit dipercayai gagal, Datuk Sosilawati Lawiya mendesak suspek utama iaitu peguam bergelar Datuk mengembalikan wang miliknya di mana ketika itu suspek mengatur pertemuan dengan Datuk Sosilawati di pejabatnya di Banting, Selangor pada 30 Ogos lalu kononnya untuk memulangkan wang milik mangsa.
  • Untuk mengelakkan diri Datuk Sosilawati tidak ditipu, beliau dikatakan membawa bersama pemandu yang juga pembantu peribadinya, Kamaruddin Shamsudin, 44; pegawai bank CIMB, Noorhisham Mohammad, 38, dan peguam peribadinya, Ahmad Kamil Abd. Karim, 32, untuk menemaninya berjumpa dengan suspek
  • Akibat dihantui rasa tamak, suspek yang berusia 41 tahun itu dikatakan enggan memulangkan wang tersebut dan hilang sifat kemanusiaan sehingga tergamak membunuh keempat-empat mangsa.
  • Berkemungkinan juga, suspek yang mungkin tidak menyangka Datuk Sosilawati membawa ramai pembantu kemudian mengajak kesemua mangsa pergi ke ladang miliknya di Ladang Gadong, Tanjung Sepat, Banting untuk berbincang di situ kerana kononnya pejabat guamannya sudah ditutup
  • Dan di sini episod pembunuhan negeri telah berlaku.......

Kronologi dan perkembangan berita kes Datuk Sosilawati Lawiya mati dibunuh bersama 3 yang lain :

Picture9

  • 14 September 2010 - Waris keempat-empat mangsa bunuh dan bakar di Banting, Selangor menjalani ujian asid deoksiribonukleik (DNA) bagi membantu mengenalpasti identiti mangsa di Hospital Kuala Lumpur (HKL) dan juga memberi keterangan Balai Polis Dang Wangi dengan disertai isteri Noorhisham, Suzana Radim Pangat, 38.

Picture8

  • Polis merampas empat CPU komputer dan beberapa fail dipercayai mengandungi maklumat tentang transaksi tanah.
  • 15 September 2010 - Jutaan ringgit dimiliki di dalam akaun bank tempatan bagi kedua-kedua suspek tersebut dan ia telah pun dibekukan. Datuk Pathmanabhan A/L Nalliannen memiliki RM7.2 juta dalam satu akaun bank milik beliau. Transaksi yang berlaku ke akaun suspek datang dari negara seperti India, Thailand, Hong Kong, Indonesia dan Filipina
  • Keluarga Datuk Sosilawati Lawiya akan menghantar tulang dan cebisan mayat yang diperoleh daripada polis ke luar negara bagi ujian asid deoksiribonukleik (DNA) kedua bagi memastikan ia benar-benar milik ahli perniagaan itu dan juga dijadikan pendapat dan keputusan kedua berdasarkan ujian dibuat pihak berkuasa Malaysia

Picture7

Inilah restoran yang dikatakan mangsa dilihat makan bersama suspek (sumber : astro awani)

Jikalau anda menyemak 2 artikel kami mengenai kes pembunuhan Datuk Sosilawati Lawiya sebelum ini, kami tidak memaparkan, adakah Datuk Sosilawati yang sebenarnya ingin membeli tanah atau beliau mahu menjual tanah miliknya? Yang mana satu sebenarnya disebabkan terdapat percanggahan fakta daripada laporan akhbar dengan kenyataan daripada salah seoarang rakan karib Datuk Soslawati sendiri iaitu Datuk Suhaimi Ibrahim. Jadi kami paparkan kedua-dua kenyataan di sini :

Difahamkan, tanah berkenaan sebelum ini dibeli Sosilawati dengan anggaran RM25 juta sebelum mahu dijual RM200 juta berikutan harga pasaran semasa yang meningkat. Sumber MyMetro

VS

  • Datuk Sosilawati Lawiya sebenarnya bercadang menjual tanah seluas 4 hektar miliknya di Bukit Jambul yang bernilai RM12 juta, Pulau Pinang sebelum beliau hilang dan bukan mahu membeli tanah di negeri berkenaan seperti dilaporkan sebelum ini.
  • Pendedahan itu dibuat sahabat karib jutawan kosmetik terbabit, Datuk Suhaimi Ibrahim yang kali terakhir berbual dengan Sosilawati melalui telefon pada 29 Ogos lalu, iaitu sehari sebelum dia dilaporkan hilang.
  • Sosilawati berjumpa Datuk Suhaimi Ibrahim di Hotel Sheraton dan Hotel Park Royal di Kuala Lumpur untuk berbincang mengenai penjualan tanahnya di Bukit Jambul yang dibeli 6 tahun lalu dengan harga RM2 juta, selain mendapatkan nasihat mengenai cadangan mahu menyenaraikan syarikatnya di Bursa Malaysia.
  • Tanah milik Sosilawati terletak di kawasan bukit di belakang Universiti Sains Malaysia (USM)
  • Pada mulanya seorang pemaju dari Negeri Sembilan berminat membelinya, bagaimanapun urusan jual beli gagal kerana tanah berkenaan dikategorikan sebagai kawasan hijau dan mempunyai syarat terhad iaitu pokok di sekitarnya tidak boleh ditebang.
  • Apabila tanah terbabit gagal dijual, Sosilawati meminta peguamnya membantu mencari pembeli baru, tetapi Datuk Suhaimi Ibrahim dimaklumkan peguamnya tidak dapat mencari pembeli sesuai. Sumber : BERITA HARIAN

bengkel

  • 16 September 2010 - Salah seorang mekanik bengkel di pekan Banting pernah beberapa kali ditetak manakala isterinya telah dibunuh di depan rumah sendiri
  • Selain dari menjalankan urusniaga kereta, P.Balasandram ni juga menjalankan aktiviti CETI HARAM. P.Balasandram ini menjalankan KERJASAMA urusan pinjaman wang dengan SUSPEK UTAMA (suspek 2 beradik) sejak tahun 2006. P. Bala mengaku, dia bertindak sebagai peminjam wang mencecah berpuluh ribu ringgit, manakala suspek menyediakan dokumen perjanjiannya. Namun kata P. Bala, keadaan bertukar menjadi masalah apabila ada peminjam tidak melunakan bayaran dalam tempoh yang dijanjikan.
  • Masalah timbul apabila peguam itu mendakwa P.Balasandram PULA MENGUGUT PEMINJAM, menyebabkan peminjam tidak mahu bayar. Ekoran itu, saya telah ditahan lokap di Balai Polis Telok Panglima Garang beberapa hari atas dakwaan mengugut atas laporan palsu yang dibuat suspek. Bala juga mendakwa, pada tahun 2008 peguam itu telah mengupah dua lelaki menyerangnya di bengkel keretanya. Dia ditetak dengan parang. Kemucaknya pada April 2009 isterinya dibunuh di kawasan rumah mereka.
  • "Kepala pembunuh" diupah RM5,000, manakala konco-konconya diberikan RM1,500 setiap seorang. Polis ketika ini masih mencari suspek berumur 19 tahun yang dipercayai bertindak memotong dan mengerat tubuh badan mangsa.
  • Bukan 8 atau 10 mangsa tetapi dilaporkan setakat ini antara 17 hingga 20 yang menjadi mangsa kepada kegiatan yang didalangi suspek utama yang bergelar datuk ini hasil pengakuan salah seorang suspek. Salah seorang mangsa dipercayai telah dihumban ke dalam kandang seekor beruang yang dipelihara oleh suspek utama.

bengkel2

ANGGOTA polis dari unit forensik mendulang serpihan tulang atau barangan lain yang dibuang ke dalam sungai Panchau oleh suspek pembunuhan Datuk Sosilawati dan tiga individu lain dekat Tanjung Sepat.

  • Polis dan Jabatan Peguam Negara sedang dalam proses menyiapkan kertas pertuduhan. Polis juga menganggap kes itu sudah selesai dan dijangka akan menghadapkan suspek kes pembunuhan jutawan produk kosmetik Datuk Sosilawati Lawiya dan tiga pengirinya di mahkamah dijangka minggu depan
  • Peguam bergelar 'Datuk' yang merupakan suspek utama kes pembunuhan Datuk Sosilawati Lawiya dipercayai mengeluarkan RM180,000 bagi membeli gelaran tersebut.
  • Suspek utama, Datuk Pathmanabhan a/l Nalliannen dilaporkan memiliki nilai kekayaan sekitar RM100 juta

ne_04.1

Gambar anak sulung Datuk Sosilawati Lawiya, Erni Dekritawati Yuliana Buhari

  • Kes kehilangan dan pembunuhan melibatkan 17 orang mangsa termasuk 4 warga India berlaku di antara tahun 1992 sehingga 2009 dikatakan mempunyai hubungkaitnya dengan pembunuhan sensasi ke atas Datuk Sosilawati Lawiya bersama-sama 3 yang lain.
  • Senarai mangsa kehilangan dan pembunuhan antaranya ialah : R. Thinakaran Raman (37), peguam senior awam SP Annamalai (59), Chew Chee Sien (39), peguam S. Pathmanathan (29) dan Triptipal Singh (60), A. Muthuraja (34), ahli perniagaan, businessman Syafik Abdullah

No comments: