Tuesday, August 17, 2010

Puding caramel 1st time try masak..

Dah lama aku nak try buat caramel puding ni since kalau nak beli kat bazaar ramadhan kan main mahal lagik sepotong. Dah tu belum tentu sedap. Semalam aku sudah dapat resepi dari sorang akak tersayang (walaupun leh guna jer pokcik google tapi bila dapat resepi dari orang lagik besh)lepas berbuka aku pun masak la caramel puding ni..

Bahan2 utama :-

1. Telur 4 biji
2. Susu carnation 1 tin
3. Perasa (aku guna sunquick yg ada kat umah jer)
4. Gula 5 sudu besar
5. Air secukup rasa

Bahan2 tambahan utk bagi lagi besh makan :-

1. Peach dalam tin
2. Susu Ideal

Perkakas utama

1. Loyang bulat @ petak
2. Kukus


Jom tengok step2 bergambar.

Bahagian A

1. Bubuh air dalam kukus

2. Camni rupa kukus pada yg tatau kukus tu haper.. miahah

3. Bahan2 utama

4. Pecahkan 4 biji telur dalam bekas untuk diputar ngan susu

5. Masukkan susu satu tin ke dalam telur

6. Putar bagi sebati telur + susu

7. Ini sunquick perisa tropica (ini tips taw)

8. Masuk 2 sudu besar dalam susu + telur yg dah sebati tadi

9. Putar sampai berbuih baek punyer

---------------------------------------------------------------------------------
Bahagian B

1. Gula 5 sudu besar bubuh dalam pan/koli yg sederhana panas + air sket

2. Kacau gula sampai jadik kaler brown (api jgn kuat taw)

3. Lebih kurang camni boleh la kalau dah x koser nak kacau sampai jadik brown cantik

---------------------------------------------------------------------------------

Bahagian C

1. Nindia rupa loyang.. size tau sure

2. Letak gula yg dah jadi brown tu dalam loyang tapi kena cepat takut nanti keras

3. Tuang bahan dari bahagian A ke dalam loyang

4. Dah penuh tu bawak ler g ke kukus

5. Masuk dalam kukus

6. Tutup kukus + usha lepas 30 minit

7. Dah 30 minit nampaknyer dah masak

---------------------------------------------------------------------------------

Bahagian D

1. Potong la ikut rupa bentuk camner yang diidamkan dek jiwa selera

2. Aku potong senang jer + nampak nipis sbb loyang aku beso

2. Letak bahan tambahan bagi sedap (peach + susu Ideal)

3. Leh tahan menyelerakan tak???


Akhirnya berjaya!!! Alhamdulillah roomate tersayang cakap sedap. Yeay!!! Cuma aku rasa cam keras sket sbb telur aku guna tu size XXL. Patut guna 3 telur jer utk satu tin Carnation tu.

Pasni leh masak lagi + lagi...


No comments: