Tuesday, April 20, 2010
aku nak pakai blackberry!!!
Aku memang dah lama sangat berkenan nak pakai phone ni. Sejak azali rasanyer tapi tak berkemampuan disebabkan gaji tak seberapa. Huhuhu.. So bulan ni aku dapat performance bonus yang membuatkan aku mampu untuk memiliki blackberry sebijik. 2 bijik pun boleh. Wah gituu...
Jadiknyer since aku dah tau aku dapat bonus berapa aku asik la search net + bertanya kengkawan pasal apa kelebihan + kekurangan blackberry ni. Memang banyak kelebihannya especially part online 24 hours itew. Sungguh aku tertarik. Dah la memang aku berkenan sejak sekian lama.
Ahad lepas aku g survey harga kat The Mines. Harganyer memang mahal kat situ aku tau tapi sajer nak survey dulu sebab bukan nak terus beli. Gaji jumaat baru masuk. Heh heh.. Tengok pada bajet memang boleh beli dah ni nanti tapi aku nak beli kat tempat yang leh dapat murah sket.. Haruslahkan..
Memula ingat nak beli Curve 2 tapi atas nasihat Maya supaya jangan beli yang untuk skrol yang bebola tu sebab senang rosak katanyer. Better yang petak. So tros la aku bertukar pada Bold 2.
Link2 kat bawah ni la antara tempat yang aku usha untuk dapat info pasal blackberry ni.
Link 1
Link 2
Ada banyak lagi site aku pegi untuk dapat info tapi tak save plak linknyer.
Sebelum beli blackberry tu aku pegi la tanya dulu pasal line phone untuk subscribe BIS (Blackberry Internet Service). Since aku memang DIGI post-paid subscriber mungkin nasib aku lagi baik sebab DIGI baru jer launch DG Smart Plan minggu lepas. Dengan excitednyer aku pun pegi la kedai DIGI kat JJ Equinne Park untuk dapat penerangan lebih lanjut sebab masa aku call CSnyer, aku tak berapa nak faham sebab CS tu cam tak berapa reti nak explain. DUH!
Sekali orang jaga kedai DIGI kat JJ Equinne Park tu tak reti nak bagi penerangan. Dah la nak cakap Melayu@English pun tak berapa nak reti. HAMPEH! Terpaksa la aku pegi ke Giant Kinrara plak. Siba baik orang jaga kiosk DIGI kat situ bagi penerangan dengan terang + jelas. Bagus!!
Tetapi... Ada bad news plak!! Untuk DG Smart Plan hanya main line sajer yang boleh guna. Aduyai.. Aku sub line!! Mungkin 2,3 bulan lagi baru open untuk sub line. Nak buka akaun baru leceh la plak. Nanti tak dapat join family plan yang dah ada sekarang. Pening aku dibuatnyer.
Malam tu housemate aku yang paling BESH di dunia pun start hardcore searching pasal blackberry + BIS ni untuk dapat info lebih details lagik. Aku masa tu dah ngantuk. Thanks laling. :D
Lepas dia search + luahkan segala info yang didapat. Aku ada 2 keputusan untuk dipilih.
1 - tunggu jer la DIGI open BIS untuk sub line which means aku tak yah beli blackberry dulu.
2 - guna BIS Maxis walaupun mahal
Skang aku tengah berfikir2 pasal ni...
Tak sangka la pulak urusan nak pakai blackberry sampai camni sekali lecehnyer..
Adeh....
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment