Sunday, November 30, 2008

Camner leh ke situ pulak??

Skang ni aku tiap2 ari beli paper Kosmo! sebabnyer murah + nak masuk kontes teka bola tu. Heheheh. Aku memang ske buat kontes2 ni. Ada gak menang banyak kali so aku try le teka bola tu.

Antara segmen yang aku suka baca dalam paper Kosmo! tu ialah bahagian sms yang orang ramai anto. Memacam komen ada. Kengkadang leh buat aku gelak membacanya. Maklum la ramai orang kat Malaysia ni yang nak bagi menyuarakan apa yang terbuku dalam hati tu so kat situ ler antara tempat nak diluahkan segalanya walaupun pendek jer.

Minggu ni ada satu sms yang kasik darah aku menyirap. Smsnyer lebih kurang cam gini. "Haruan makan anak makin berleluasa sebab undang2 berpoligami makin ketat. kalau lelaki tu dah kenyang tak de la nak makan anak tu." Boleh gitu? Ya Allah!! Kenapa la ke situ pulak yang dipikirnya?? Salahkan undang2 berpoligami plak. Undang2 poligami tu diketatkan supaya tak de la senang2 jer nak kawen padahal tak mampu. Tak mampu nak tanggung bini, anak bagai. Ntah2 diri sendiri pun tak tertanggung tapi disebabkan nak memenuhi permintaan nafsu kawen jugak. Ada ke patut?

Astaqfirullahalazim... Mengurut dada aku baca sms tu. Agak2 la lelaki ke perempuan yang hantar sms tu? Serius aku berani kerat jari yang hantar tu lelaki. Aku tak leh bayangkan seorang perempuan akan hantar sms cam gitu. Mana perempuan yang sanggup dimadu. Aku rasa perempuan lebih rela diceraikan kalau suaminya nak tambah satu lagi cawangan. Aku maksudkan perempuan yang suaminya sah2 tak mampu nak tampung hidup ngan sorang jer isteri + anak 2@3 tapi gatal gak nak kawen lagi.

Susah btol ngan orang yang anggap kawen tu senang. Berat tanggungjawabnya. Banyak perkara perlu difikirkan bila dah kawen. Nak kena jaga isteri/suami, kelakuan, bajet, mentua. Ishk.. Panjang senarainya hal2 yang perlu diambil berat bila dah kawen. Itu belum masuk lagi kalau dah ada anak. Fuhhhh... Bukan sikit punya hal kena pikir beb.

Lastnya aku jadik kesian kat orang yang hantar sms tu. Kesian sebab tak dapat berfikir dengan waras bila menyalahkan undang2 berpoligami bila kes haruan makan anak makin berleluasa.

Kesiankan? Rasanya ayat yang tepat ialah BODOH!! Huh!!

2 comments:

syah shah said...

itu namenye lelaki letak kepala otak dekat 'TOOT' dia. Bila berfikir, bercakap dan berbuat ape saje, semuanya menjurus kat situ aje... Aku benci lelaki bodoh dungu gila dan bebal macam gini... Huh. Rase cam nak aku lempang-lempang jek biar dia rase... Heyyy... bikin my blood go upstairsss sajek... Heh.

applegreen said...

walau pun dah terlambat nak bagi comment ni...tapi mmg sokong la...ni lelaki x cukup akal.

benciiiiiiiiiiii.......