Thursday, September 18, 2008

Spread The Love.

This award is for those bloggers who are nice people; good blog friends and those who inspire good feelings and inspiration also for those who are a positive influence on our blogging world. Once you’ve been awarded please pass it on to others who you feel are deserving of this award.

Aku dapat award ni dari Syah. Maceh syah!!! Ari tu JM ada bagi award akak maness tu tapi tak perasan. Sowi JM sbb terlepas pandang..

Award ni kena bagi kat orang lain so mari kita lihat siapa yang kena.

* ada sorang dak lagi aku nak letak tapi blog dia dah mati la plak...

Wednesday, September 17, 2008

Siksanyer dia..

Benda ni dah jadi sejak sebelum puasa lagi. Roomate aku selalu susah nak bernafas. Tersekat2 aku tengok dada dia bila nak tarik nafas sampai ada satu hari tu aku terpaksa bekejar balik ke rumah dari keje sebab dia menangis2 dalam telefon. Risau aku dibuatnyer.

Asma ke plak dia ni? Kalau asma biasanya memang dari kecik. Aku memang tau sangat yang dia alah pada habuk tapi tak pernah pulak dia kena camni. Kalau banyak habus dia akan selsema teruk. Nak kata rumah aku banyak habuk tak la jugak sebab dia memang dok bersihkan selalu tapi memang kat area umag aku ada construction tengah buat sekolah. Habuk yang diterbangkan angin mungkin akan datang dari tu. Tingkap kat umah jarang2 terbuka luas. Buka sikit jer.

Aku terfikir juga mungkin sebabkan kehadiran Obi + Uju tapi dia ni la yang sebabkan aku jadi suka kat kucing. Sejak kecik lagi dia memang asyik main ngan kucing. Tido ngan kucing pun selalu. Kenapa plak skang dia alah ngan kucing plak. Mungkin juga sebab pasir litter kucing tu kot. Untuk pastikan sebab pasir untuk kucing yak tu jadi punca aku tukar guna kristal tapi dia tetap sesak nafas gak. Ishk..

Banyak kali aku ajak dia gi klinik tapi dia kata tak de apa kot. Degil tau dia ni. Last2 gi gak klinik sebab dah tak tahan asik sesak nafas sampai tak leh nak tido. Cadangnyer nak gi Alam Medik tapi petang tu doktor tak sampai lagi la plak. Terpaksa la pegi klinik Fazliana. Berat hati dia nak pegi situ sebab dia tak berapa rasi dengan ubat kat situ. Doktor fazliana kata dia gastrik + bukan asma. Heran plak aku camner gastrik leh sampai sesak nafas. Terima jer la kata doktor tu.

Bila makan ubat ilang la sesak nafas dia tu. Habis jer ubat datang balik sesak nafas. Tak tertanggung dah rasanyer so petang tadi pegi plak ke Alam Medik. Pegi situ doktor terus suruh dia guna nebulizer. Saspen tros la dia tapi dia kata lepas guna nebulizer tu tros dada rasa lapang. Tengok dia pakai nebulizer tu tros teringat Marilyn Manson. Hik.. hik..

Doktor kata ni memang tanda awal nak kena asma + sebaik2nya jarang berada dekat dengan kucing. Ayakkkk!!!! Camner ni?? Apa yang harus dibuat?? Takkan nak give away cicit kesayangan ku itew??

Fenin dah aku..

Cam gini la rupanyer bila kena guna nebulizer..

Taiko no tatsujin @ Taiko Drum Master.

Aku skang tengah gigiler main game ni kat Jusco Equinne tu. Kot boleh nak main hari2. Dah lama aku usha game ni tapi cam segan nak try. Ada satu hari di bulan ramadhan ni aku saje jejalan kat jusco tu sebelum berbuka. Lagi sejam nak berbuka rasanyer. Aku saja singgah tempat game tu + try main benda alah ni. Tak de orang plak time tu. Apa lagi belasah la. Sekali best la plak. Tros la aku jadi gian. Wahahahah...

Cute sungguh kekatunnyer...

Kot ada yang tak penah tengok ini la rope gamenyer.. Layan siott!!

PSP pun ada wei.. Teringin aku nak beli..

Gini la gayanyer main guna PSP. Kayu pemukul tecit jer. Ihik..

Wargh kah kah. Orang Japang memang gilos!! Err.. Mana nak carik topi ni?? Hihi

Aku kalau leh memang nak layan cam awek ni.. Sepenuh perasaan tu.. Eheh..


Sebelum aku gi cc ni tadi aku singgah jap kat jusco tu. Dekat je ngan cc ni. Seberang jalan je. Masa tu lagi 20 minit sebelum jusco tutup. Gigih tu nak gi main gak game ni. Sampai nyaris tak kena halau sebab dah pukul 10.30. Derang dah nak tutup. Hhahahah..

Pada yang belum penah try tu aku memang recommend habis untuk try. Memang tak rugi. Seronok woo main pukul2 ni. Leh hilang tensi + stress serta merta. Percayalah.. Tak caya pun tak per.. heh heh..

Gambar IC..

Dapat gak snap gambar muka dak2 bulu ni dari depan. Tu pun jenuh. Ntah berapa banyak snap untuk dapat gambo ni..

Obi yang selalu buat muka cam dirasuk. Mata terbeliak gitu. Kengkadang cumil + kekadang seram. Huhuhu..

Uju plak selalu buat muka sedey. Apa la yang sedey beno tu? Mama jaga dia elok2 per..

Shot ni yang paling aku ske.. Obi termenung memikirkan plan seterusnyer supaya mama leh jadik lagi tensen. Mencik!

Tuesday, September 16, 2008

Ala.. Nak cuti gak..

Semalam ada orang bagitau aku yang esok cuti sempena Nuzul Al-Quran. Aku terkejut sebab camner aku leh tak tau bila cuti. Aku bab cuti² ni memang suka jer. Sapa tak cuka cuti meh bagitau cepat. Bohong la tu.

Jadinyer bila dah tau esok cuti aku pun plan la memacam. Hari ni wat keje pun cam lemau jer sebab semangat nak cuti esok. Wakaka. Tapi tadi aku dapat keje yang datelinenyer hari jumaat. Aku cam buat muka pelik kat boss kecik aku. Giler apa nak buat editing untuk promo nak siap hari jumaat. Dah la esok cuti. Itu la makna ekspresi muka aku kat boss kecik + obviously dia tak faham cam biasa.

Aku jadi heran. Mengarut apa minah ni? Betul ke dak esok cuti ni? Aku pun search kat net. Ayakkk!!! Mana ada cuti esok sebab opis aku ni kat KL.

Uwaaaaaaaaaaaaaaaaaaa!! Punah la segala rancangan aku. Huhuhu...


ps: lain kali kompenkan dulu pasal cuti tu baru buat plan. Skang dah sedey. Camner nak wat kije? Erk... Alasan lagik..

Saturday, September 13, 2008

Berbuka 13 Ramadhan.

Cadangnyer hari ni nak berbuka kat Ikea tapi tengok menu cam tak menarik so kitaorang gi ke satu lagi tempat peberet kalau nak makan kat Ikano.



Menu berbuka aku. Memang menu ni jer yang semedang aku order. Aku memang suka makan daging. Biasa orang makan seafood kalau kat steambot tapi kitaorang memang julung kali amik menu seafood. Ntah ler kenapa. Akunyer menu harganye RM10.90. Dan biasanya aku akan amik clear sup. Julung kali gak amik tom yam.


Menu berbuka dia. Ayam as usual. Kalau ayam biasanya boleh pilih clear sup @ kari. Karinyer masyaAllah sedapnyer tapi jarang2 la amik kari sebab lemaknyer hal. So terpaksa amik amik sup. Dia prefer tom yam so aku la kena amik tom yam + switch.


Ni la rope supnyer. Lupa plak nak snap kuah tom yam tadi. Lupa gak nak snap masa sup tu mengelegak. Sedap wooo..

Sekian untuk hari ni. Esok tatau nak berbuka kat mana plak sebab weekend aku memang tak masak untuk berbuka.

Friday, September 12, 2008

TARA 3 ~ Leg 1


Neena + Amit dari India team yang last sekali sampai kat pit stop + derang was eliminated from the race. Yeay!!! Nyampah tengok gaya si Neena yang bossy tu. So irritating.

Race kali memang betul2 tough ler. Derang dilepaskan kat Thailand pastu awal2 dah kena makan katak,kala jengking,ulat goreng yang pemes kat Thailand tu. Yuck!!! Ramai betul yang muntah sampai aku pun rasa nak termuntah tengok. Editing tak besh btol time tu. Tak yah le fokus kat orang yang muntah tu. Agak2 Ida Nerina makan ke katak tu yang sah2 kita tak leh makan.

Her face looks great tapi tengkuknyer.. Sudah tua maaa.. Huhuh

Beauty queens tak de masalah ler sebab derang memang orang Thai.

Dah sudah makan mende2 menggelikan itew derang kena plak cuci bas dua tingkat yang kotor tak hengat. Mak oi memang penat giler la. Macam2 style ada. Ada gak yang cam ngelat. Huhuhu. Tetiba hujan turun. Melompat kegembiraan la derang. Team yang 1st siap cuci bas ialah team adik + abang dari M'sia. Horeyyy!!! Go henry + bernie!!

pewitttttttttttttttt!!! Natalie in action. Hot!!

Dah cuci bas bersusah payah derang kena naik bas tu ikut urutan bas + pegi ke satu temple yang cam graveyard untuk cari klue seterusnyer. Dah lama malam tak nampak apa pastu tempat tu seram jer. Menggagau derang cari. Ida Nerina + partner asik miss jer klue tu.. Alahai..

Dah jumpa clue derang kena naik bas tu balik dan gi ke Chiang Mai yang sejauh 8 jam perjalanan. Giler btol 8 jam weh!!! Sampai Chiang Mai ada detour plak. Race @ rice. Ramai yang pilih rice sebab ingat mesti kena masak ke apa. Sekali kena tumbuk beras sampai lumat. Melecop ker tangan2 derang yang halus gebu tu. Hahahah... Race plak kena bawak buggy sejauh 8km. Enjoy habis sapa yang pilih task tu.


geoff + tisha looking hot. both of them.


Henry the cook memang cool jer. Cayalah!!

Dah sudah bekerja keras menumbuk beras derang kena berkejar ke pit stop kat Ratchaphruek Garden World. Cantik tempat tu. Yang paling besh ada someone very special ada bersama Ellen tunggu derang kat pit stop.

Paula yang cun tak hengat dari TARA 2. She so pretty!!

Team yang memula sampai ada 2 tapi derang osom so team Thai (Mai + Oliver) menang so derang la pijak mat tu dulu. Baik betul team Pinoy tu nak main osom plak tapi derang buat gitu katanya sebab team Thai tu banyak tolong derang. How generous of them sebab yang sampai 1st kat pit stop dapat hadiah...

Aku tak ingat urutan team yang sampai tapi team adik abang M'sia dapat no 3 + team Ida Nerina dapat n0 6 ke 7 cam gitu.

Tak sabar aku nak tengok next week. (^^)

Neena + Amit kena balik India. Tata!!

Thursday, September 11, 2008

Sotong goreng tepung.

Eimma tanya resepinyer so aku buat la entry ni.. (^^) Tapi tak de gambo cam nak buat sup ayam tu yer..

Bahan².

1. Sotong (pilih yang besar²)
2. Telur putih
3. Tepung gandum
4. Tepung goreng kentaki
5. Ajishio pepper
6. Garam
7. Minyak

Cara².

1. Sotong dipotong bulat. Telur putih yang dicampur garam dipukul hingga kembang. Tepung gadum, tepung goreng kentaki + ajishio pepper dicampur kendian digaul sehingga sebati. Campakkan sotong ke dalam telur. Dah tu campak plak dalam campuran tepung. Pastikan minyak betul² panas tapi api mesti kecik. Gaulkan sotong ngan campuran tepung tu sampai tak de bahagian sotong yang tak bertepung. Campaklah sotong dalam minyak panas itew. Masak dalam 10-15 minit + angkat. Dah boleh makan dah.

Menu berbuka hari selasa lepas.

Selasa lepas aku balik cam biasa dari keje pukul 4.30. Memang dah plan nak masak sebab since start pose tak berkesempatan langsung nak masak untuk berbuka. Sebelum sampai umah singgah kedai beli sup bunjut. Pukul 5 lebih sampai umah. Tukar baju, layan Obi + Uju jap, lek² depan tb dulu kendian pukul 6 baru start masak.

Menu yang aku plan :- sup ayam, sotong goreng tepung + kacang buncis goreng. Dah siap letak sup atas dapur + simpan ayam dalam fridge sekali ada orang request nak ayam masak merah plak. Jadi menu bertambah satu lagi lauk.

Dalam pukul 7.05 minit semua dah siap masak + ngan air bandung. Nyaris terlupa masak nasik sebab sibuk nak masak lauk. Huhuhu..

Ni la rupanyer menu berbuka hari selasa lepas. Sup tak de dalam gambar sebab masih dalam piuk..

2nd time aku masak sotong goreng tepung + kali ni berjaya. Sebelum ni tak berjaya sebab sotong lembik + campuran tepung tak berapa nak besh.

Dah banyak gambar ayam masak merah kat blog ni.. Peberet orang tu la katakan..

Resepi sup ayam aku. Simple jer.

Bahan²:

1. Ayam potong 16.
2. Halia
3. Sup bunjut Adabi (adabi jer yang besh sebab tu selalu sold out)
4. Kayu manis
5. Bunga lawang
6. Asam keping
7. Air
8. Garam secukup rasa
9. Daun bawang
10. Bawang kecik

*leh tambah ubi kentang kalau suka.

Cara²nya:

Halia dipotong cam kat atas ni.

Masukkan bahan 3,4,5,6 dalam piuk.

Masukkan ayam yang dah dipotong kecik² tu.

Masukkan air. Terpulang banyak mana korang nak. Yang ni aku letak 1L. Masukkan garam secukup rasa. Pepandai la bajet sebab bulan pose tak leh nak merasa kecuali ada orang tak pose kat dalam umah tu.

Pasang api tak berapa nak besar + tunggu sampai sup mengelegak kecikkan api. Biar dia reneh lama sket.

Sementara sup tu direneh leh la potong daun bawang + bawang kecik tu. Daun bawang untuk tabur dalam sup sama dengan bawang kecik tu tapi bawang kecik kena la goreng dulu.

Kira makan besar gak la hari selasa tu. Alhamdulillah semuanya cukup rasa.

Semalam aku masak spegeti carbonara instant. Hari ni tatau nak masak apa plak.

Wednesday, September 10, 2008

Peluklah aku.

Tak de apa yang lagi best dari mendapat pelukan yang hangat bila diperlukan. Tak kisah la untuk apa pun pelukan tu. Tengah sedih, tengah happy, tengah penat balik dari keje, tengah basuh pinggan, tengah tido. Aku hampir yakin yang semua orang suka dipeluk. Bukan dipeluk orang sesapa jer. Dipeluk oleh orang tersayang @ orang yang dibenarkan peluk kita. BF + GF tak leh tau. Dose.

Aku seawalnya bukanlah orang yang suka dipeluk + aku cam pelik tengok orang yang suka peluk² ni. Apa kes nak peluk² plak ni? Itu yang selalu terlintas dalam kepala aku bila tetiba ada orang peluk aku. Salam jer dah la @ lambai jer dah cukup buat aku. Mungkin agaknye masa aku kecik dulu mak + pak aku tak berapa nak peluk aku tu yang aku jadi cam gitu. Kira aku ni anak yang kurang kasih sayang la senang cite. Sampai aku rasa aku ni ala² anti pelukan pun ada. Heh heh..

Bila masa makin berlalu + umur makin bertambah, aku realise yang pelukan tu satu perkara yang sepatutnya jadi keperluan setiap orang. Bila berada didalam pelukan seseorang akan timbul satu perasaan yang susah nak digambarkan dengan perkataan. Bukan stim tau. :P Terasa selesa, selamat + bahagia. Mungkin itu perkataan yang sesuai untuk gambarkannya.

Kat tempat keje aku ni ada sorang kawan aku yang tiap kali jumpa mesti akan peluk aku. Dari jauh lagi dah depa tangan. Dia bukan peluk aku jer. Leh dikatakan semua orang yang dikenal dia akan peluk bila jumpa. Dan dia memang disenangi + disayangi ramai.

Aku rasa anak yang selalu dipeluk mak@paknya sejak lahir akan jadi lebih rapat + mesra. Tak silap aku, 1st time aku peluk pak aku masa dia balik dari buat haji 4 tahun sudah. Itu 1st time. Tak heran la kitaorang tak mesra. Tapi since that day kalau aku jumpa dia aku takkan lupa peluk + cium pipi pak aku.

Ye la kan, kucing kalau dipeluk selalu pun akan sayang kita so kalau kita selalu peluk orang berkemungkinan besar orang akan sayang kita. Kecuali la kalau ketiak tu ada bau yang kurang best. Sapa pun takkan nak peluk punya.

Tetiba aku rasa cam nak peluk orang plak tapi sapa yang aku nak peluk skang? Naik naik level 2 lah jumpa kawan aku yang suka peluk orang tu. (^^)