Bahan-bahan :
1 cawan Nutella
10 sudu tepung ( atau ikut citarasa anda )
2 biji telur
Cara-cara membuat :
1. Campurkan ketiga-tiga bahan di atas.
2. Masukkan ke dalam bekas muffin atau brownies.
3. Masak di dalam ketuhar bersuhu 180 darjah Celcius selama 30 minit ataupun sehingga masak. Nak tahu dia masak ke tak, cucuk brownies dengan garpu ditengah-tengah. Kalau tiada adunan melekat pada garpu, maknanya brownies anda sudahpun masak.
Hidangkan panas-panas begitu sahaja ataupun dimakan bersama aiskrim.
Tips : Anda bole menghias brownies dengan kekacang walnut atau hazelnut ataupun marshmallow.
Will try to bake this very very soon!! *excited*