Bahan².
1. Jagung 3 tongkol
2. Ikan bilis segenggam
3. Bawang kecik 3 ulas
4. Tepung gandum satu cawan
5. Telur sebijik
6. Serbuk kunyit
7. Garam + gula secukup rasa
8. Air masak
Ikut jer steps kat bawah ni yer..
Tumbuk ikan bilis. Tak yah lumat sangat tapi jangan kasar sangat.
Mayang bawang merah tu.
Masukkan ikan bilis yang ditumbuk.
Masukkan tepung + serbuk kunyit.
Masukkan bawang yang dimayang.
Pecahkan telur.
Masukkan garam + gula secukup rasa.
Masukkan air + gaul sampai sebati semua bebahan tu.
Sampai la jadi gini.
Panaskan minyak.
Api kecik jer. Besar kang hangus plak.
Jemputkan guna tangan @ sudu ikut saiz korang suka.
Ni dah nak masak dah.
Bila dah kekuningan, angkat + hidang.
Senang je kan? Peberet aku ni.. Yummyyyyy!!!