Wednesday, October 3, 2007

pembuka selera berbuka


Macam biasa pukul 3pm time² bulan ramadhan ni aku akan langkahkan kakiku ke cafe. Time tu makanan untuk berbuka dah dihidangkan untuk dijual. Kalau ikutkan aku memang tak berminat pun nak pegi tapi rugi la tak guna meal cardkan? So hari ni aku guna 2 chop (5 inggit) untuk beli kuih je. Banyak gak tu sampai memula aku tak tau nak beli kuih apa.


Dah lama sangat dah aku tak makan roti jala rasanya. Tu yang aku beli 2 inggit tu. Harap² kuah kari tu tak mengecewakanlah. Amin. Dedulu opah aku selalu masak roti jala ni + aku memang selalu tolong. Benda² yang melibatkan api ni aku memang suka sangat masa kecik² dulu. Tak kisah la memasak sekali pun. Janji ada api. Ishk! Tiba² teringat plak kat opah + tok. Lama gak tak menjenguk depa kat kampung tu. Bila last sekali pun aku dah lupa. Apa punya cucu la aku nikan?? Huhuhuhu


Harap² opah + tok sihat² selalu walaupun usia dah lanjut dah. Tak sabar plak rasanya nak balik beraya ni. Nak jumpa opah, tok, mak ina + acu. Lama giler aku tak jumpa depa sampaikan mak ina dah tambah anak sorang lagi dah. Huhuhuhu..


Dari cerita roti jala dah tukar pada citer nak balik raya plak. Aku memang betul² laparlah hari ni.. Tak leh minum coklat shake jer untuk sahurlah gini.. uhuk..

America's Next Top Model Cycle 9


Horeee dah ada cycle baru!! Aku pun tak tau la kenapa aku ala² obses dengan reality tv yang ni. Dia cukup menyampah bila aku kata nak donlod @ tengok rancangan ni. Jangan la gitu sayang.. Tapi untuk cycle terbaru ni dia yang tolong donlodkan 2 espisode terawal tu. Sayang dia!! Mwah!!

Cycle terbaru ni nampak promising gak contestant² yan dah tyra pilih. 1st photoshoot pun menarik + aku mmg suka sangat orang yg memula terkeluar. Bukan suka kat dia tapi suka dia keluar. Heran sungguh camner dia leh terpilih top 13.. Buang masa je amik dia..

Aku harap kali ni tema² photoshoot besh² belakalah. Tak larat dah nak tengok tema yang bukan². Di tambah ngan contestant yang tak paham² bahasa @ tak reti² nak pose. Bosan.

Untuk cycle 9 ni aku suka Chantal, Lisa, Janet.. Ermm.. Sapa lagi ye?? Ambreal kot.. Harap² antara derang berempat yang aku suka ni ada yang akan jadi juara kali ni..

Alamak!!! Cane nak donlod episode terbaru ni??? Tengok youtube jer la nampak gayanye.. huhuhuhu

20th Ramadhan

10 hari je lagi. TIDAK!! Aku tanak Ramadhan berlalu tinggalkan aku secepat ini. Nampaknya tak sempat la aku nak khatam gini. Baru baca berapa ain jer. Huhuhu..

Alhamdulillah pagi tadi opis mate aku dah kembali ke asal. Tegur cam biasa. Walaupun aku ada rasa sikit aura tak besh gak ari ni tapi tak sedasat semalam. Alhamdulillah semua dah back to normal. Ye ke?? Heh heh heh..

ni la rupa aku di waktu pagi. tengah wat keje. aku rajin tau. ihik


Hmm.. Susah hati gak aku kenang²kan pasal keje ni. Bos masih tak de bagi kata putus apa yang perlu dibuat so hari ni + esok ala² terbazir gitu jer. Bukan tak de keje tapi kurang. Lagipun machine untuk buat keje tu antar service. Ntah bila nak dapat balik tu. Opis mate aku confident jer Sony akan amik masa kurang dari seminggu. Semalam aku dengar dia call technician yang sepatutnya hantar machine tu ke kilang belum pun hantar lagi. Hai ntah la.. Aku menurut perintah je la. We will see what happen.

Tetiba aku teringat buffet Ramadhan kat Ikea. Dah 2 kali aku pegi. Jumaat + ahad lepas. Bayar RM15.99 sorang dan boleh makan buffet kat restaurant Ikea kat atas tu. Dia + aku memang suka makan kat situ so apa lagi. Masakan kat situ memang sedap². Sumpah tak tipu.

amacam? banyak tak makanan yang dia + aku amik??


Banyak giler dia + aku makan buffet kat Ikea tu. Fuhhh sedap semuanya!! Berbaloi sungguh RM15.99 tu. Aku rasa cam nak ajak dia pegi lagilah weekend ni. Kalau tak de aral. Hari ni pun aku rasa nak pegi tapi tak sanggup plak nak menempuh jem ke sana tu.