Thursday, April 8, 2010

Exam perkhidmatan awam Sabtu neh!!


Minggu lepas aku dapat 2 surat dipanggil untuk amik peperiksaan perkhidmatan awam gred 41 untuk jawatan Pegawai Penerangan. Weekend aritu aku dah usha dah kat mana aku nak amik exam tu. Dekat jer ngan rumah. Kat MARDI. So minggu ni cam nak giler la aku study. Hohohoho. Pitam gak rasanyer nak study balik setelah sekian lama meninggalkan bidang mentelaah neh. Cuba jugak cari soalan contoh online tapi kebanyakannya soalan untuk cikgu-cikgi tapi sib baik SPA dah bagi guideline. Kot tak mau arwah baca segala mak nenek yang patut dibaca.

Sebenarnya aku ada perasaan yang bercampur tentang exam ni yang aku tak tau nak explainkan camner.

Oh well.. Harap aku dapat jawab semua soklan dengan tepat nanti. InsyaAllah.

Tiada lagi pagi yang menggelikan hati...

Mior Ahmad Fuad Mior Badri

2 April 2010 merupakan hari yang sedih untuk peminat² Din Beramboi kerana di telah kembali kepada penciptanya kerana menghidapi 'Dengue Shock Syndrome'. Aku juga merupakan salah sorang peminat allahyarham.

Semoga rohnya dicucuri rahmat + bersama dengan orang² yang beriman.

Al-Fatehah.