Semalam ada orang bagitau aku yang esok cuti sempena Nuzul Al-Quran. Aku terkejut sebab camner aku leh tak tau bila cuti. Aku bab cuti² ni memang suka jer. Sapa tak cuka cuti meh bagitau cepat. Bohong la tu.
Jadinyer bila dah tau esok cuti aku pun plan la memacam. Hari ni wat keje pun cam lemau jer sebab semangat nak cuti esok. Wakaka. Tapi tadi aku dapat keje yang datelinenyer hari jumaat. Aku cam buat muka pelik kat boss kecik aku. Giler apa nak buat editing untuk promo nak siap hari jumaat. Dah la esok cuti. Itu la makna ekspresi muka aku kat boss kecik + obviously dia tak faham cam biasa.
Aku jadi heran. Mengarut apa minah ni? Betul ke dak esok cuti ni? Aku pun search kat net. Ayakkk!!! Mana ada cuti esok sebab opis aku ni kat KL.
Uwaaaaaaaaaaaaaaaaaaa!! Punah la segala rancangan aku. Huhuhu...
ps: lain kali kompenkan dulu pasal cuti tu baru buat plan. Skang dah sedey. Camner nak wat kije? Erk... Alasan lagik..