Syukur alhamdulillah aku masih bernyawa ketika menyambut kedatangan Ma'al Hijrah 1430 hari ni. Banyak perkara yang perlu aku capai untuk tahun baru ni. Aku perlu buat perancangan yang lebih terperinci dalam setiap perkara yang akan aku lakukan. Hidup aku perlu lebih sistematik + teratur.
InsyaAllah aku akan laksanakannya tahun ini.
Tokoh Ma'al Hijrah 1430 jatuh kepada mufti kesayangan ramai (perhaps), Mufti Perak Datuk Seri Harussani Zakaria dan Cendekiawan Islam dari Syria Dr Wahbah AlZuhaili.
Wahbah, 79, yang juga tenaga pakar di Akademi Antarabangsa Fiqh AlIslami di Syria, dipilih berdasarkan sumbangan beliau dalam dunia Islam menerusi karya-karya tulisannya yang banyak digunakan sebagai rujukan oleh universiti-universiti di negara ini selain dijadikan sumber rujukan ahli ekonomi di bidang perbankan.
Harussani,69, pula dipilih bukan sahaja berdasarkan sumbangan beliau sebagai mufti Perak tetapi juga dalam badan-badan Islam termasuk sebagai Pengerusi Lembaga Pengawalan dan Pelesenan Percetakan Teks al-Quran.
Kedua-dua tokoh itu menerima hadiah wang tunai RM100,000 termasuk wang tunai RM20,000 sumbangan Yayasan Ubaidi, pingat dan plak yang disampaikan Timbalan Yang di-Pertuan Agong Tuanku Abdul Halim Mu'adzam Shah pada sambutan Ma'al Hijrah peringkat kebangsaan di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC).
Datuk Seri Harussani berkata "Terima kasih atas pengurniaan yang diberikan...ternyata pendapat dan pandangan yang disuarakan selama ini dihargai dan sudah tentu anugerah itu akan dijadikan penguat semangat untuknya meneruskan perjuangan yang masih jauh dan belum selesai," katanya. Ditanya apakah yang akan dilakukan selepas ini, beliau yang sememangnya dikenali sebagai seorang mufti yang tegas berkata, tegas atau tidak bukan persoalan.
"Saya hanya menyatakan yang benar kerana saya takut sekali kalau menyatakan perkara yang tidak benar dan jika sesuatu perkara itu salah, saya akan kata ia salah tak kira dengan siapa saya berdepan walaupun terpaksa menerima kecaman kerana itu adalah tugas dan tangunggjawab saya," tegas beliau.