Wednesday, September 24, 2008
Susu untuk orang yang hampir tua cam aku..
Aku memang sedar diri yang aku ni bukan la muda lagi so untuk menjaga tulang supaya tak cepat reput, aku minum susu ni sekotak sehari. Sedappp!! I likeeee!!
Agak2 aku leh ker buat aksi cam Michelle Yeoh cam dalam iklan tu?? heh heh heh..
Garment Rack Cover With Window.
Memang menarik btol benda alah ni. Especially untuk orang2 cam aku yang tak de lemari normal. Heheh.. Bukan aku tanak beli lemari tapi since aku dok umah sewa yang ada kontrak, tak rajin ler aku nak mengangkut lemari normal ke sana ke mari. Kalau guna lemari kain@plastik senang jer. Nak pindah cabut besi pastu lipat simpan dalam kotak. Selamat lemari aku tu + senang nak angkat2.
Suka la aku benda ni. Naper aku tak jumpa dari dulu lagi @ benda ni baru ada sekarang? Tak kisah la janji seluar aku selamat dari habuk. Sekali pandang cam kedai sushi pun ada sebab ada pintu. Heheheh.. Nice..
Minyak turun seposen..
PUTRAJAYA: Harga petrol dan diesel mengalami penurunan sebanyak 10 sen berkuat kuasa esok (tengah malam ini).
Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi mengumumkan harga runcit petrol RON97 turun sebanyak 10 sen seliter kepada RM2.45 seliter daripada RM2.55.
Harga RON92 juga diturunkan sebanyak 10 sen kepada RM2.30 daripada RM2.40 berkuat kuasa mulai esok. Diesel juga turun 10 sen seliter kepada RM2.40 seliter daripada RM2.50 juga berkuat kuasa mulai esok.
Pagi tadi, mesyuarat Kabinet telah membincangkan perkara berkenaan.
Ini merupakan kali kedua harga runcit bahan api itu diturunkan selepas mengalami peningkatan besar pada Jun lalu.
Jun lalu, kerajaan menaikkan harga petrol kepada RM2.70 seliter dan diesel kepada RM2.58 seliter ketika harga minyak mentah dunia meningkat sekitar AS$125 setong.
Pada 23 Ogos lepas harga petrol dikurangkan sebanyak 15 sen kepada RM2.55 seliter daripada RM2.70.
Semalam, Perdana Menteri berkata, adalah menjadi harapannya harga petrol dan diesel dapat dikurangkan daripada harga semasa berikutan harga minyak mentah dunia yang kini berada pada paras kira-kira AS$100 setong.
Bagaimanapun, Perdana Menteri berkata, perkara tersebut perlu dibincangkan terlebih dahulu di dalam mesyuarat Kabinet hari ini.
Sabtu lalu, Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna Datuk Shahrir Abdul Samad berkata, keputusan sama ada kerajaan akan menurun atau mengekalkan harga runcit petrol dan diesel bakal diketahui pada mesyuarat Kabinet.
Ini jer yang mampu kabinet bagi pada rakyat?? Seposen jer??
Apartment untuk cicit.
Dah siap pasang seronok obi + uju turun naik tangga. Lega aku derang suka duduk dalam tu..