Sunday, August 15, 2010

Resepi Kailan Ikan masin yang aku nak cuba.

Dengan pertolongan pokcik google aku nak try masak ikut resipi kat bawah ni..


Bahan-bahan ( untuk 2 org )

  • sayur kailan-dipotong
  • 1 keping ikan tenggiri masin(yang dijeruk dlm botol)-potong kecik2
  • 1 sd(k) air dr botol ikan masin td
  • 1 bj bwg besar-dimayang bulat
  • 1 inci halia-diketuk
  • bwg putih-diketuk
  • 1 sd(b) sos tiram
  • 1 sd(b) sos ikan
  • sedikit air asam limau nipis
  • myk untuk menggoreng

Cara-cara

  1. panaskan myk.tumis ikan masin tenggiri td hingga naik bau
  2. kemudian tumis bwg putih,bwg besar dan halia.masukan sos tiram.
  3. masukkan sayur dan tambah air dr botol ikan masin td,masukkan sos ikan kacau rata.
  4. masukkan sdkt air-2 sd(b).biarkan seketika.angkat
  5. dlm pinggan tabur sdkt lada sulam dan perah air asam limau td

Harap2 berjaya.

Amik dari sini.

Ramadhan ke 5.

Jatuh pada hari ahad. Semalam dah gi berbuka kat Ikea. Oh tak menariknya buffet ramadhannyer. Last year harga sekepala RM15.99++ dan menunya sungguh banyak pilihan. Tahun ni harga naik ke RM25++ tapi menu semakin sikit pilihan so semalam is 1st + last aku gi berbuka kat situ.

Hari ni sungguh la lazy sunday. Tak de merancang ke mana2 tapi akan masak untuk berbuka. Menu untuk berbuka hari ni cadangnya nak masak ayam masak merah, sup ayam + kailan ikan masin.

Ayam masak merah + sup ayam tu memang aku dah biasa masak so insyaAllah x de masalah tapi kailan ikan masin memang x pernah. Jadiknyer apa lagikan? Mintak tolong pokcik googlelah untuk dapatkan resepi. Bersyukur giler aku hidup di zaman informasi dihujung jari ni. Alhamdulillah.

Jap g nak g jusco beli barang untuk masak petang kang. Berapa harga ayam skang ek?

Ramadhan datang lagi..

Alhamdulillah... Aku masih bernyawa untuk bersama-sama berpuasa di bulan Ramadhan tahun ni. Bila Ramadhan datang Yok Sahur Murai akan bermula + aku takkan lepaskan peluang bersama join program yang aku dah join setiap minggu masa Ramadhan tahun lepas.

Jumaat kelmarin aku ikut Yok Sahur Murai pertama tahun ni di Rumah Silaturrahim Nurul Qanaah di Batu Caves. Ini kediaman anak yatim. Daif sungguh keadaan dalam tempat tinggal derang. Nak menangis aku tengok. Dah la anak yatim. Tinggal tempat camtu plak. Kesal aku x sediakan duit raya awal2.

InsyaAllah kalau x de aral aku akan bagi derma kat derang kalau ada rezeki lebih nanti.

Minggu depan aku akan pastikan dah sediakan duit raya untuk budak2 nak.