Saturday, December 22, 2007

Punah harapan aku nak balik KL petang karang.

Jalan ke Dataran Merdeka ditutup, halang demonstrasi
21-12-2007 08:59:47 PM

KUALA LUMPUR: Polis akan menutup jalan menghala ke Dataran Merdeka di sini pagi esok bagi menghalang satu perhimpunan haram yang dirancang di situ pada malamnya.

Ketua Polis Daerah Dang Wangi ACP Zulkarnain Abdul Rahman memberitahu pemberita hari ini bahawa polis akan juga membuat sekatan jalan raya sebagai langkah berjaga-jaga.


Beliau memberi amaran kepada orang ramai supaya tidak menyertai perhimpunan itu kerana penganjurnya tidak mendapat permit.

"Kita tak akan teragak-agak untuk mengambil tindakan tegas terhadap mereka yang berdegil," katanya. BERNAMA

Oh tidak!!!!! Mesti KL jem teruk karang. Road block merata2. Aiseh!! Aku tanak balik ahad. Tensennyer aku!!!

ulu control macho.




Uwaaaaaaaaaaaa!!! Sedihnya aku nak tinggalkan ulu lagi. Uwaaaaaaaaaaaa!! Aku sayang giler kat ulu ni tapi aku tak leh bawak dia gi kl. Uwaaaaaaaaaaaaa!!

Cucu mak aku.



Ini dua orang budak... Ya Allah tatau aku nak cakap macamana nakal lagi buasnya. Masa tecit2 harmless jer. Dah besar sikit ni. Fuh!! Tak terkawal. Especially si abang tu. Mak oiiii!! Memang tak sabar aku dibuatnyer. Sib baik la ko budak tecit + cucu mak aku. Kalau tak memang dah lama kena rendam dalam air basuh beras.

Abang + adik @ hafiz + hakeem.. 



ni la si abang @ muhammad zulhadfiz. umo 4 tawun. mulut dia memang patut kena ikat. sekali ngan kaki dia. mau pingsan kalau kena jaga sehari. sian mak aku.



ni plak si adik @ muhammad zulhakeem. umo 3 tahun. bijaknye bercakap sama cam abangnye. kes haru gak kalau nak kena jaga sehari sebab dia tanak berenggang ngan mak dia.

Aku sayang budak2 ni. Masa derang kecik dulu tiap kali aku balik kampung (selalunye derang pun balik gak time tu) aku mesti belikan derang memacam. Sekarang pun aku ada gak tapi cam jarang2 ler sebabnyer budak2 ni tak makan saman. Degil plak tu.

Aku balik kampung memang tensen selalu sebab budak2 ni memekak semedang. Kalau derang tak memekak, mak derang + mak aku yang memekak sebab terjerit2 dengan kerenah budak berdua ni. Tengok gambar cam budak baik jekan? Tapi sebenarnya mau tercabut bumbung rumah mak aku kalau dibiarkan tak dilarang.