Friday, October 12, 2007

Angkasawan pertama Malaysia : Dr Sheikh Muszaphar Shukor Sheikh Mustapha


Semalam pukul 9.21 pm seluruh rakyat Malaysia menyaksikan sejarah baru untuk negara kita. Kita dah ada angkasawan sendiri!!! Yeay!!! Memang cuak gak tengok kapal angkasa tu berlepas. Syukur alhamdulillah selamat. Esok baru derang sampai kat ISS.

Aku memang dah jangka yang ekspresi Dr Sheikh Muszaphar masa ni yang akan jadi gambar penghias suratkhabar hari ni. Manisnya senyuman dia. Sebelum tu nampak jelas mukanya yang agak panik selepas blast off tu. Tiba-tiba bila ada bahagian yang dilepaskan dari kapal angkasa tu Dr Sheikh tersentak dan boleh nampak mulutnya bergerak kata "wow" dan terus tersenyum. It will be the most memorable moment for him and for all the nation that been watching it. Bravo!!!

Aku penah bertegang leher pasal isu misi angkasa ni. Dengarnya angkasawan 2 orang ni hanya sebagai pelancong. Kita ada buat urusniaga dengan Rusia dan dapat ala² free voucher untuk hantar sorang angkasawan ke ISS. Jadinya angkasawan yang disebut² tu hanyalah "space traveller" bukan Astronaut. Kering gak tekak aku bertekak ngan dia dalam kereta masa tu. Maklumlah puasa. Dia tanya aku tak kecewa ke bila dapat tau angkasawan yang diheboh²kan rupanya hanya sebagai pelancong. Aku kata aku tak kecewa langsung. Ingat senang ke nak pergi ke angkasa lepas? Bayangkan dipilih daripada 11,275 orang yang memohon. Dah tu kena plak lulus dengan cemerlang macam² ujian untuk melayakkan diri. Bukan petik jari je tau. Katanya ujian² tu teruk dan orang biasa macam kita² ni takkan dapat merasa la nak lulus. Orang² yang luar biasa jer akan lulus ujian² tu. Sebab tu angkasawan selalu dipandang tinggi. It's not an easy shoe to fill.

Dia kata dia kecewa sebabnya banyak duit negara dilaburkan untuk misi ni. Semata² nak hantar pelancong ke angkasa. Hmm.. Jangan la pikir yang buruk². Negara kita ni kecik je. Siapa sangka negara kita ni ada orang yang layak untuk jadi angkasawan? Sejarah yang terukir semalam memang membukakan lagi mata rakyat dunia pada negara kita. Bukan kerja mudah nak harumkan nama negara. Terdiam juga bila dengar hujah aku. Heh heh.. Ini semua terpulang pada diri masing² nak pikir macamana. Sebaiknya pikir la secara positif. (^^)

Semalam masa tunggu kapal angkasa tu berlepas pengacara rancangan khas tu pun ada cakap yang mereka berdua, Dr Sheikh Muszaphar + Dr Faiz Khaleed ni memang dah ikhtiraf sebagai angkasawan kerana mereka lulus semua ujian dan mengikuti latihan seperti angkasawan² yang lain. So apa lagi yang tak betulnyakan...?

No matter what people say, Dr Sheikh Muszaphar you've done it and we a very proud of you. May Allah bless you always.

29th ramadhan + dah cuti raya dah!!

Hmm.. Rasa macam baru semalam start puasa. Hari ni dah tinggal lagi sehari jer puasa tahun ni. MasyaAllah.. Cepat betul masa berlalu.

Dah berapa hari aku tak up date blog ni sebabnya aku tak boleh nak login kat opis. Tatau apsal. Tensen btol rasanya. Gmail pun tak leh bukak. Apa hal ntah. Last friday ada technician installkan Vegas 3.0 kat pc aku sebab nak buat keje tapi ada benda yang tak cukup so dia kena donlodkan. Masa tu dah pukul 4.30 plak. Aku ni memang akan balik on time punya bulan puasa ni. Tambah la dia dah tunggu aku. Kisahnya aku tatau la apa technician tu buat kat pc aku sampai tak leh login blogger + gmail. Ciss!! Banyak perkara dah jadi weekend ari tu tapi dah jadi basi aku nak citer skang..

Hari ni aku start cuti raya dah. Subuh tadi pukul 6.00 aku bertolak dari rumah. Sampai rumah dia pukul 9.00. Alhamdulillah perjalanan sangat lancar. Skang dia tengah tidur sebab tak sihat. Dapat la aku update blog aku ni. Kalau tak jenuh la berebut sebab PC ada satu jer. Sian dia.. Sakit plak dah nak dekat raya ni. Tadi dia kena cucuk kat montot. Huhuhuhu