Aku dapat voucher RM100 untuk dispendkan kat Jackie Chan cafe yang baru bukak tu. Cafenyer kat muse floor starhill. Kalau tak de voucher tu agaknyer tak de la aku sampai ke starhill tu. Tak kuasa aku nak gi KL. Sesak!!
logo cafe yang leh tahan dasat!!
menu.. poyo jer muka jackie.. huhu
Cheese + ham sandwich dia order.
Tuna sandwich. Aku order.
Frap choc. Blend sekali ngan brownies. Sedap.
Ice lemon tea yang pahit tapi ok la.
Bila makanan dah sampai. Aku dan dia pun makan la dengan separuh perasaan sebab sebelum sampai tadi expectation tinggi. Cafe tu depan lift. Pastu meja² kat sidewalk level tu. Orang yang lalu lalang dok pandang la aku dan dia ni makan. Apa kes??
Pisau tu sompeh.. Ape da..
Ni la totalnya.. Memang tak berbaloi.
Disebabkan voucher yang aku ada ni RM100 so memang bajet makan termasuk tax untuk RM100 lah. Air 2, sandwich 2, kek 3 + 1 apple pie. Sandwich tu aku buat pun leh dapat rasa yang sama @ lebih sedap. 3 kek tu memang tak dapat lawan secret recipe yang murah tu. Kek sepotong RM12. Lupa nak snap sebab yang tu aku tapau. Apple pie tak makan lagi. Ada dalam fridge. Air plak frap choc tu ok tapi ice lemon tea tu lagi sedap kat oldtown.
Untuk cafe ni aku kasi 2 bintang secara keseluruhan. Eceh! Cam rate movie plak. Lebih kurang sama la kan? May be cafe ni baru so tak de banyak makanan lagi untuk dicuba. Mungkin akan datang ada makanan yang sedap² kat sini. Kena la aku tunggu voucher lain plak.. Heh heh..
Dek kerna dah sampai ke starhill, aku dan dia pun pegi la melawat pavillion. Mak oii.. Mau lumpuh kaki kalau nak tour satu pavillion tu.. Acah jer. Tempatnyer memanglah untuk orang² yang banyak duit. Cam aku dan dia ni setakat bersiar² jer la. Nak usha panggung tapi belum bukak lagi. Sampai dah la aku ke starhill + pavillion. Tak de la nanti kot orang bercerita aku akan jadi cam orang ting tong tak penah jejak kaki ke situ. jadi laaa....