Saturday, April 26, 2008
WWF vs MAKNA
Korang pernah tak masa jejalan kat shopping complex tetiba ada orang approach bagi brochure untuk derma pada badan2 kebajikan kat atas ni? Mesti pernahkan? Kalau tak pernah tu maknanyer korang jarang2 le gi shopping complex la tu. Heh heh..
Aku bukan nak pertikaikan pasal badan2 kebajikan ni cuma skang derang dah sediakan skim untuk potong gaji kita tiap2 bulan untuk didermakan pada derang + kita akan dapat potongan cukai berapa percent yang ntah berapa aku tak ingat.
Aku dah di approach ngan MAKNA lebih dari 2 kali + aku terpaksa tolak sebab masa tu aku belum keje lagi. Camner nak potong gaji akukan? Early this year yang aku tak ingat bulan berapa (uhuk) aku gi The Curve ngan buah hati pengarang jantung. Kalau korang biasa pegi kat ruangan tengah The Curve tu memang selalu ada jer aktiviti + time tu derang buat pameran pasal haiwan2 yang hampir pupus. Disebabkan aku ni boleh la dikirakan pencinta haiwan (thanks to my darling dear) aku pun dengan berminatnye tengok la senarai haiwan2 yang dah nak pupus tu. Bila tengok gambar rimau tingat kucing aku kat kampung. Huhuhu..
Time tu ada sorang ah beng approach aku + tanya samada aku nak potong gaji untuk didermakan untuk kebajikan haiwan2 yang dah pupus tu dibawah WWF. Aku terus la teringat kat MAKNA. Skang aku dah keje so gaji aku dah boleh dipotong tapi aku tak terus register time tu sebab nak pikir dulu. Ah beng tu kata no problem sebab kalau nak register anytime jer.
Lepas blah dari pameran tu aku + buah hati pengarang jantung pun create satu argument. Kalau kita nak potong gaji kita rasanyer tak mampu untuk didermakan pada 2 badan kebajikan ni secara serentak. Jadinyer nak pilih badan yang mana satu??
Soalan aku - Nak selamatkan haiwan @ manusia?
Kalau nak selamatkan haiwan pilih la WWF. Kalau nak selamatkan manusia pilih la MAKNA. Buah hati pengarang jantung aku terus jawab tanpa pikir panjang nak selamatkan manusia. Aku pulak nak selamatkan binatang. Kat sini la mulanya argument tu. Buah hati pengarang jantung aku heran kenapa pulak aku pilih nak selamatkan haiwan plak?
Reason aku simple jer. Haiwan yang dah nak pupus tu adalah disebabkan manusia amik tempat derang + derang tak boleh nak buat apa untuk halang tindakan manusia tu. Kot la haiwan2 tu cuba nak halang memang sah la kena tembak.
Kalau manusia yang kena kanser, memang kebiasaannya kita tau yang (kalau aku salah fakta maaf ye) ianya diwarisi @ dihidapi atas tindakan2 yang manusia itu sendiri lakukan. Tidak semestinya tindakan2 itu dia sendiri yang lakukan tapi dilakukan oleh manusia dan rasanya bukan haiwan. Errr.. Faham tak? Huhuhu.. Jadinya manusia boleh jauhi kanser atas kehendak sendiri. Maknanya ada tindakan yang boleh manusia lakukan untuk elakkan kanser.
Berbeza dengan haiwan2 yang dah pupus tu. Tak de apa yang boleh derang lakukan. Untuk reason ini haiwan2 lah perlu diberi keutamaan untuk diselamatkan berbanding dengan manusia. Mungkin orang akan anggap apa hal nak selamatkan binatang. Aku pegang satu jer. Allah jadikan setiap makhluk ciptaannya dengan tujuan2 tertentu dalam sistem hidup kita. Setiap makhluk ada peranan masing2 didunia ni so kalau ada haiwan2 yang pupus, tidakkah ini akan mengganggu sistem hidup tu???
Buah hati pengarang jantung aku diam sekejap + setuju jugak dengan pendapat aku tu yang dia pun tak terfikir.
Korang plak nak pilih yang mana??
ps: sampai skang aku masih belum sempat nak register kat mana2 badan kebajikan untuk potong gaji aku. ini akan masuk dalam senarai resolusi yang perlu aku laksanakan tahun ni jugak. InsyaAllah.
Subscribe to:
Posts (Atom)