Wednesday, July 30, 2008

Wudhuk zahir dan batin.

Seorang ahli ibadah bernama Isam Bin Yusuf, sangat warak dan khusyuk solatnya. Namun, dia selalu khuatir kalau-kalau ibadahnya kurang khusyuk dan selalu bertanya kepada orang yang dianggapnya lebih ibadahnya, demi untuk memperbaiki dirinya yang selalu dirasainya kurang khusyuk.

Pada suatu hari, Isam menghadiri majlis seorang abid bernama Hatim Al-Assam dan bertanya, "Wahai Aba Abdurrahman, bagaimanakah caranya tuan solat?"

Hatim berkata, "Apabila masuk waktu solat, aku berwudhuk zahir dan batin." Isam bertanya, "Bagaimana wudhuk zahir dan batin itu? " Hatim berkata,"Wudhuk zahir sebagaimana biasa iaitu membasuh semua anggota wudhuk dengan air". Sementara wudhuk batin ialah membasuh anggota dengan tujuh perkara :-

* Bertaubat
* Menyesali dosa yang telah dilakukan
* Tidak tergila-gilakan dunia
* Tidak mencari/mengharap pujian orang (riya ' )
* Tinggalkan sifat berbangga
* Tinggalkan sifat khianat dan menipu
* Meninggalkan sifat dengki."

Seterusnya Hatim berkata, "Kemudian aku pergi ke masjid, aku kemaskan semua anggotaku dan menghadap kiblat. Aku berdiri dengan penuh kewaspadaan dan aku rasakan:

1. aku sedang berhadapan dengan Allah
2. Syurga di sebelah kananku
3. Neraka di sebelah kiriku
4. Malaikat Maut berada di belakangku
5. aku bayangkan pula aku seolah-olah berdiri di atas titian

' Siratal mustaqim' dan menganggap bahawa solatku kali ini adalah solat terakhir bagiku, kemudian aku berniat dan bertakbir dengan baik." "Setiap bacaan dan doa didalam solat, aku faham maknanya kemudian aku rukuk dan sujud dengan tawadhuk, aku bertasyahud dengan penuh pengharapan dan aku memberi salam dengan ikhlas. Beginilah aku bersolat selama 30 tahun." Apabila Isam mendengar, menangislah dia kerana membayangkan ibadahnya yang kurang baik bila dibandingkan dengan Hatim.

Table lamp special.

Apa yang specialnya? Kalau korang gi Ikea korang try cari sarung lampu yang kat bawah ni.



Sarung lampu ni untuk lampu gantung tapi telah dikreatifgunakan (ada ke word ni?) oleh buah hati aku untuk jadi sarung lampu meja..


Jadilah table lamp tu special. Kalau korang nak cari kat Ikea @ kat mana² kedai lampu memang tak de la. Unless korang gi rumah aku @ buat sendiri.

(^^)

23 tahun sudah punya mixer.

Semalam aku gi Subang umah kakak buah hati nak hantar multicooker yang kitaorang pinjam sebelum beli dapur. Lewat gak gi sebab tanak tempuh jem. Pukul 10 lebih baru gerak dari rumah. Alhamdulillah jalan clear walaupun banyak kete. Sejam kendian baru sampai umah kakak dia.

Ingat nak singgah kejap jer tapi sebab dah lama tak jumpa kakak dia macam² la kitaorang sembang + for sure la citer pasal rice cooker yang dah cair disebabkan nak masak kek tu. Huhuhu. Bila citer yang aku pukul adunan kek tu ngan tangan kakak dia tros bagitau yang dia ada mixer yang tak digunakan. Maklumlah orang dah 7 bulan ngandung. Anak kecik ada 2 orang. Tak de masa de nak masak² kek ni. Dia pun offer la nak bagi kitaorang mixer tu. Seronok la aku!!

Buah hati aku tak sangka yang mixer tu wujud lagi dalam bumi tu sebab dia ingat lagi masa memula mak dia beli mixer tu masa dia tadika. Lama giler tuh! Ingatkan mak dia dah campak ke mana dah mixer tu. Rupanya dah sampai ke rumah kakak dia.

Fuhhh!! Memang dasat. Mixer zaman paleolitik tu masih berfungsi dengan baik + cantik lagi. Jimat duit aku nak beli baru. Aku memang respek la famili derang ni. Barang² semua dijaga dengan baik sampai leh tahan bertahun². Kalau gi rumah dia memang dah rupa muzium pun ada. Heheheh.




cantikkan mixer ni? i like!!

Pasni makin rajin la aku buat kek. Yeslah!!!