Sangat la menyiksakan!! Masa nak balik Perak sabtu lepas punya la awal aku gerak tapi tetap ngadap jem. Pukul 5.30 pagi dari rumah taw!! Aduyai.. Aku agak tak de la jem sangat sebab jumaat malam tu dah jem tak hengat. Sekali jem jugak. Jem kat mana? Jem kat highway... Sesia jer bayo mahal. Sudahnyer sampai Tanjung Malim aku kuar amik jalan lama. Lapang sket dada sebab kete memang tak banyak. Ada la 2,3 bijik jer atas jalan tu tapi bila jumpa traffic light banyak la pulak ketenyer.. Tak kisah la tu janji bila bergerak tak tersangkut2. Memang stress dibuatnyer wehh!!
Kalau cerita panjang lagi pasal jem ni kang terselit pasal politik plak. Koserlah nak citer pasal politik.. Kang kalau kutuk lebey2 kang tak pasal polis sampai plak kat umah. Maklumlah derang dah ada team yang memantau di alam siber neh.. Bahye2..
Oleh kerana dah rasa nak pitam dekat 6 jam dari Seri Kembangan ke Batu Gajah hari sabtu lepas. Untuk balik KL aku plan gerak lagi lewat.. Lagi lewat ke lagi awal ek? Sebab aku gerak pukul 5.00 pagi tadi.. Kira awal tapi lewat la tu.. Alhamdulillah highway tak jem. Leh maintain bawak 110kmj all the way to KL. Makanyer sampai la kat Seri Kembangan pukul 8.00 pagi. Badan pun tak rasa letih langsung walaupun tido 4 jam malam tadi.
Pukul 9.30 pagi sampai opis. Ni gegara tertinggal barang kena patah balik tu yang lambat tu. Bajet mesti banyak parking kosong sebab sah2 ramai orang cuti lagi. Sekali hambik kau!! Semua parking dah tutup kecuali no mans land sebab sabtu ni ada Astro Fiesta.. Aduyai.. Ada ke lagi parking ni? Jauh nun kat court volleyball aku parking. Sib baik ada jugak kot tak kena parking kat luar RM2 terbang.
Harap2 ramai yang cuti sampai hujung minggu ni.. Tak de la nak berabut parking sangat.. Amin...