Friday, October 31, 2008
Ku penat.
Rindunyer nak berblog cam biasa tapi cam tak sempat jer. Ditambah plak ngan rasa cam tak berapa nak rajin update blog. Ngape ntah. Minggu ni boleh tahan bizi gak aku. Maklumlah Sehati Berdansa 2 dah start. Kerja editing pun bermulalah.
Minggu lepas bukan turn aku untuk record behind the scene Sehati Berdansa so lega alhamdulillah tapi minggu ni kena la jugak. Ikutkan rasa cam nak claim OT tapi 5 kali jer sepanjang rancangan so aku amik keputusan datang lambat on that day yang aku kena kerja lebih masa tu. Aku bajet la 8 jam aku keje ari tu. Semalam sebenarnya kena buat keje tu. Jadi aku datang pukul 12.30 tengahari + balik pada 11.30 malam. 11 jam tu.. Lebih 3 jam aku keje.. Sedap jugak kalau nak claim OT tapi mengenangkan nak mengelaim tu agak leceh tu yang aku bajet masa keje tu. Janji 8 jam.
Masa memula aku nak record cam tak sedar jer tangan menggeletar.. Apa kes?? Derang ni bukannyer makan orang pun. Setakat selebriti M'sia jer. Huhuhu.. Ye la itu 1st time aku buat keje tu. Bukan dalam job description pun tapi dah tak de orang. Apa nak buat. Boleh la tambah pengalaman.
Minggu ni temanyer Tarian Melayu Kontemporari. Ape kebendenya pun aku tak tau tapi aku tengok costume derang.. Mang aii.. Dasat² + cantik². Koreografer memang all out ala² final week plak dah. Aku tengok derang prektis sikit² sebelum naik stage pun dah kagum. 3 hari prektis leh buat tarian cam gitu. Hebat²!! Tak sabar aku nak tengok TXnyer esok..
Disebabkan semalam aku keje. Tak dapat la aku tengok TARA3. Ingat nak tengok rerun pukul 12. Tak sempat gak sebab lepas balik keje tros gi makan. Lapau tak hengat. Dah la tangan aku lenguh sebab dok angkat videocam tu. Nampak jer kecik + ringan tapi cuba try angkat selama 4 jam. Mau tak sakit lengan aku. Dah la panas kat belakang tu. Ingatkan sejuk. Nyesal pakai baju tangan panjang. Ciss..
Dalam dok sibuk keje tu sempat gak call kekasih tanya pasal TARA 3. Tensennyer aku bila dapat tau team adik-beradik Malaysia sudah kena eliminated!! TIDAK!!! Dah team Pinoy yang cam haram tu dapat no 1 lagik. Ayakkk!!!!! Yang gembiranya Aida + Tania terselamat lagi. Nyaris dapat no 1 lagik.. Salah pilh task jer.. Pastu terpaksa terima ngan tempat ke 3 sebab kena panelty. Cayalah!!!!
Minggu lepas gak cuti Deepavali. Konon nak balik Tepen tapi tak sampai pun. Stuck kat Batu Gajah.
Cuti ke Batu Gajah tu aku bawak la Obi + Uju sekali. Siap kasik makan ubat tido tu sebab tanak bagi derang kacau aku bawak keta. Maklum la Obi tu mulut dia ya ampun bising ya rabbi.. Tak pasal aku eksiden kang. Dek kerana terasa badan tak berapa sihat pagi tu kitaorang bertolak ke Perak tengahari. Keje giler + keje bodoh. Ada ke nak travel tengahari. Ni semua sebab ikut kepala aku la ni. Ishk.. Ishk..
Patut makan ubat tido cicits tu tido la kan? Tapi boleh Obi tu tahan ngantuk. Dilawannya ubat tido tu. Ya Allah dah cam kucing kena sawan sebab mata terangkat ke atas. Sepanjang perjalanan balik tu dia tak tido. Susah hati aku. Sib baik mengiyaunyer tak kuat. Tobat dah tak nak bagi ubat tu lagi. Masa balik ke KL tawakkal jer bawak cicits tak bagi ubat tido. Alhamdulillah Obi tak bising sebab Uju pujuk dia. Sayang Uju.. (^^)
Panjang dah ni. Ala² nak wrap up cite 2 minggu yang ada macam² peristiwa berlaku. Bahu dah lenguh nak menaip ni. Mata pun dah nak kero dek kerana buat editing. Terpaksa la stop kat sini jer..
Aku harap aku dapat la update blog aku hari² walaupun aku tau aku bizi..
Amin..
Subscribe to:
Posts (Atom)