Showing posts with label delicious. Show all posts
Showing posts with label delicious. Show all posts

Sunday, April 8, 2018

Menu Oiso kat IOI City Mall

Assalamualaikum gais.

Kali ni kita tengok plak menu restoran Korea yang baru buka kat IOI City Mall.
Restoran ni located kat L1 sebelah kedai Pancake House.

Menu yang aku order ofkoslah Jajangmyeon sebab memang masih tak jumpa yang sedap.

Nindia. Beso wey mangkuk tu leh makan 3 orang. Yang paling penting SEDAP!

Yang ni plak chicken bbq marinated dengan sos gochujang pun sedap jugak.

Meh la tengok menunya ye..





















Tuesday, July 30, 2013

Nutella muffin

Resepi brownies yang amat sedap ini hanya memerlukan tiga bahan iaitu Nutella, tepung gandum dan juga telur. Bagi anda yang teringin makan brownies mudah ni, bolehlah mencuba resepi ini! Ia juga sesuai untuk dihidangkan semasa minum petang ataupun semasa jamuan Aidilfitri nanti!


Bahan-bahan :

1 cawan Nutella

10 sudu tepung ( atau ikut citarasa anda )

2 biji telur



Cara-cara membuat :

1. Campurkan ketiga-tiga bahan di atas.

2. Masukkan ke dalam bekas muffin atau brownies.

3. Masak di dalam ketuhar bersuhu 180 darjah Celcius selama 30 minit ataupun sehingga masak. Nak tahu dia masak ke tak, cucuk brownies dengan garpu ditengah-tengah. Kalau tiada adunan melekat pada garpu, maknanya brownies anda sudahpun masak.

Hidangkan panas-panas begitu sahaja ataupun dimakan bersama aiskrim.

Tips : Anda bole menghias brownies dengan kekacang walnut atau hazelnut ataupun marshmallow.



Will try to bake this very very soon!! *excited*