
Monday, September 8, 2008
Semoga Berkekalan Sehingga Nafas Terakhir.

Friday, September 5, 2008
TARA 3 - Khamis depan start.
Season 2 ari tu konon nak update everyweek la tapi gagal. Huhuh. So season 3 ni aku bertekad nak update everyweek.
Semalam dah tengok episode revealed cast season 3. Agak boring cast2 kali ni tapi who knows race kali ni akan jadi paling gempak. Katanya pun the toughest race ever gitu.. Will see what happen.. Aku cuma teruja tengok beauty queen tu masa derang pakai bikini jer. Mak ai body. Malatopssss!!! Tapi 2 kali pandang cam nyah pun ade.. hak.. hak.. Natalie tu cun ler dalam gambar. Maklumlah Miss Universe 2005. Tak heranlahkan..
Jom kita tengok cast2 kali ni.
Malaysian team 1 - Ida Nerina (44) + Tania Khan (36). Dalam gambar Tania nampak cam tua sket tapi tengok kat tv semalam tak nampak tua pun. Cantik! Paling besh tengok dia susukan anak kucing. How cute!! I definately rooting for her. Ida plak cam drama queen sungguh gayanyer semalam. She is a very talented actress tapi semalam nampak dia agak trying to hard. Ntah ler. Tak sabar gak nak tengok daya ketahanan dia.
Malaysian team 2 - Bernie (39) + Henry Chan (43). Team adik beradik yang nampak cool lagi bersungguh2 untuk menang. Aku memula kenal muka Bernie masa dia jadi model untuk Amway. Cun betul dia masa tu. Masa tu dia muda lagi sebab tu cun. Skang dah kurang sket cunnyer. Heheheh.. Henry ada buat reconstructive surgery kat jaw dia sebab eksiden teruk. Ouch!! Mesti sakit tak hengat.
Thailand team 1 - Pailin Rungratanasunthorn (25) + Natalie Glebova (26). The beauty queen in da house!!! Enuff said.
Philippines team - Geoff Rodriguez (26) + Tisha Silang (32). Tengok gambar Geoff tak hensem sangat tapi sebenarnya dia hensem. Delicious model. Sesuai sungguh ngan Tisha. Tisha plak penah menang Miss Philippines Universe tahun 1998 tapi kena pulang balik crown sebab dia warganegara Canada. Tengok rupa dia pun memang ada gaya beauty queen gak. Rasanya derang ni akan bagi cabaran yang kuat pada team lain. Mana nak dapat gambar yang derang kissing tu ek? Cantik!
Singapore team - A.D. Chan (34) + Faeza (Fuzzie) Sirajudin (34). Ermm.. No komenlah sebab cam team yang tak berapa nak menonjol.
Thailand team 2 - Visa Sarasas (Mai) (24) + Oliver Faivre (26). Mai nampak cute + Oliver pun cute gak. Bespreng katanyer. Heh heh. We'll see what happen after the race.
Hong Kong team - Vince Chung (32) + Sam Wu (32). Hmmm.. Sam obviously lembut so tak surelah derang ni couple @ tak. Vince nampak cam jejans biasa. Karekter derang berdua ni menarik + leh jadi joker untuk season ni.. hik hik..
Indian team 1 - Neena (24) + Amit Rai (27). Cam ada kemungkinan terkeluar awal jer derang ni. Tak tau naper aku pikir gitu. Sekali derang menang daaa. LOL. Last season tak de team dari India mungkin sebab masa season 1 derang buat salah yang memalukan sampai terkeluar. Padahal derang team yang kuat. Kuang kuang kuang..
*Alamak cc ni pasang lagu Close To You yang Cranberries nyanyi la. Beshnyer!!! Layan lagu jap sebelum habiskan entry ni. Aaaa.. Aaaaaa.. Aaaaa.. Close to you..
Indian team 2 - Niroo (53) + Kapil Asrani(25). Abah + anak yang aku harap tak terkeluar awal sebab aku ske tengok orang tua join race ni. Anak beranak plak tu. Lagi aku suka.
Korean team - William (26) + Isaac Hong (29). Team adik-beradik gak. Last season ada team dari Jepun. Kali ni dari Korea plak. Ni satu lagi team yang orang tak berapa nak ingat kecuali la nanti derang ada buat something special @ always sampai mat 1st. Kot tak memang orang takkan ingat la.. Sian..
Cam beria jer akukan buat komen bagai. Sekali tengok 1st episode derang race tak best plak. Harus la terkubur terus niat nak update everyweek.. Wakakakak...
Ikea's ramadhan buffet. I'll see you soon.
My usual attire to work is jeans + shirts. Oh and snickers. My torn out Nike @ New Balance snickers. I am so lucky that I don't have to wear typical office attire to work. I am so glad for that. (^^)
Since it's Ramadhan + friday. I wore baju kurunglah..
Haft an hour left for me to go home + rush to Ikea. Yeay!!!
Selamat berbuka puasa to all my readers. If I have any. Heheheh.. 25 days to go people. (^^)
Hujan..
Bila time hujan kat opis aku ni bukan la main sejuk. Semalam la hari paling sejuk aku rasa. Sejuk sampai ke tulang hitam. Err... Tang mana tulang hitam tu aku idak ler tau. Biasa orang guna ayat gitu so aku pun guna la.. Nyeh nyeh..
Semalam memang sejuk giler. Ada sampai tahap aku rasa nak pitam depan pc ni. Samada pitam sebab sejuk @ ngantuk tu tak pastilahkan.. heh heh.. Aku ada jaket tapi lately aku tak berapa suka nak pakai jaket tu. Haa.. Itu tandanya aku nak kena beli jaket baru. Lagipun jaket yang ada tu tak cukup tebal untuk panaskan badan aku. Kot hari biasa bila sejuk jer aku gi la jejalan kat tempat biasa aku tu. Since skang ni pose tak leh la nak gi situ. Kang terbuka pose plak. Uhuk..
KL kalau dah hujan usah dikenang la situasi jemnyer. Fuhhh!! Dasat!! Sib baik aku tak dok area KL.. Selamat aku dari menempuh situasi yang sangat² menyesakkan dada tu. Sempat la aku merasa 3 bulan ngadap jem masa aku dok Damansara dulu. Bila hujan jer aku rasa cam nak tido opis jer. Tak sanggup nak ngadap jem..
Since skang dari opis nak balik rumah aku tak de nak tempuh jem, aku leh snap gambar lagi masa tengah drive time hujan tu. Aksi ni jangan ditiru tau. Aku tak per sebab dah lepas dah pun. Takkan buat dah.
Jalan nak balik ke rumah. tak banyak ngat kete tapi jalan cam harem banyak lubang.
tu dia umah aku pandangan dari jauh.. yg ni aku berenti tepi jalan utk snap gambo..
Thursday, September 4, 2008
Obi + Uju gi vet.

Kurap kat tinger Obi. Alahai..

Kena pegang sebab takut derang lari. Tu kaki doktor tengah tengok kurap under microskop.

Nak snap muka doktor tapi segan.. Hehehe..
Uju baik jer masa kena timbang.
Upacara utama cucuk!! Uju baik betul diam jer..
Aku bawak derang gi vet dekat area rumah aku jer St. Angel Veterina namanyer. Minggu lepas aku dah gi situ dah sebab nak beli ubat tido untuk cicit ni. Aku cadang nak bawak derang balik kampung last week so aku tanak derang bising aku beli la ubat tido untuk derang. Aman sket aku nak drive.
Masa aku sampai hujan la plak. Sib baik tak lebat sangat. Bising Obi dalam kete. Takut la tu. Sampai vet tak de orang tapi dengar bunyik zanjing tengah bising. Zanjing tu sakit kot. Huhuhu. Obi + Uju terus membatu dalam sangkar dengar suara zanjing tu.
Lepas isi details bagai kitaorang bawak dak cicit kat shining meja untuk doktor check. Tengok tinger Obi jer doktor dah tau dah. Pastu dia kikis kurap kat tinger Obi untuk tengok bawah microskop. Pastu doktor suruh aku tengok. Memang ada minatang yang hidup kat tinger Obi. Bergerak² benda tu, Geli tengok. Huhuhu..
Rawatannyer kena la cucuk ubat. Kena cucuk 4 kali + gerenti akan baik 100%. Bukan 4 kali sekali gus. 4 kali berturut². Kot sekaligus memang terus gol la cicit tu.
Masa kena cucuk Obi ngelejat sket + berbunyi. Sakit tu. Seram gak aku tengok jarumnyer. Si Uju plak cool jer dari dalam kete + masa kena cucuk dia relaks jer. Baik anak mama ni. Bagus!!
Masa nak cucuk tu doktor bebel² suruh buat vaccination bagai. Kelakar cara doktor tu cakap tapi apa dia cakap tu betul. Dah ler doktor tu cam muka Noni AF5. Cute!! Muka selamba jer. Pegang darag kat tinger Obi yang kena kikis tu selamba jer.
Dah selesai semua + buat appointment rabu depan. Masa untuk bayar. Berdebar gak aku sebab treatment untuk cats ni biasanya bukan murah. Sekali doktor tu sebut "RM39 ye." Terus lega aku rasa sebab aku bajet sampai seratus. Disebabkan RM39 jer aku beli bola menan untuk derang satu. RM1.50 jer. (^^)
Ohh.. Sebelum aku sampai rumah semalam aku singgah rumah sorang kawan yang dah agak lama aku kenal secara online ni. Dia nak sedekah aku makan kucing brand Blackwood sebab kitten dia jual mahal tanak makan makanan tu. Orang dah bagi tu aku amik jer la kan. Hehehe..
Regenyer RM45 kalau tak silap. Tak mampu ler mak nyah. Huhuhu
Uju tengah check it out.
Cam besh jer baunyerkan Uju?
Uju usha Obi tengah melompat.
Tensi!!

Tensinyer bila dapat mesej cam gini. Arghhh!!!! Dah semalam langsung tak leh nak login ke blogger. Camner nak update blog gitu? Ni mesti gara² Chrome la ni. Tak dapat aku nak donlod browser Google yang baru tu semalam. Jap ni tadi baru aku donlod. Menariks!! Tapi aku still tensi sebab mesej kat atas tu masih keluar gak. Arrrgggghhhhhh!!!!
Monday, September 1, 2008
Selesai sudah 1 ramadhan.
Cam yang aku kata semalam aku bercadang nak berbuka kat Ikea. Jadinyer memang la aku berbuka kat situ hari ni. 5.45 ptg aku sampai kat situ. Tak ramai orang sangat kat Ikea. Rasanya 1st day puasa ni mesti la orang nak berbuka kat rumahkan? Cuti plak tu. Line beratur untuk masuk ke cafe pun pendek jer. Yang ramai beratur tu pun chinese. Derang ni mengalahkan orang nak berbuka. Huhuhuhu..
Makanan aku amik untuk berbuka. Giler banyak!!
Buah hati pun leh tahan makanan yang di amik.
Pemanis untuk aku.
Pemanis untuk dia.
Minuman aku amik air tebu + teh panas.
Harga yang perlu dibayar untuk 2 orang.Puas hati aku bayar RM16.60 sorang. Udang segar + sedap. Leh amik banyak mana termampu. Aku amik 2 jer. Ayam masak butter tak silap yang sangat menyelerakan lagi lazat. Ayam masak merah. Kerabu sotongnyer pun sedap. Daging rendang tok pun not bad. Sayur plak aku amik kubih bungo + kacang botol. Nasi aku amik sesenduk jer. Kuetiaw gorengnyer pun enak. Limau + tembikai yang manis. Air jer kureng sket sebab terlampau manis. Huhuhu.. Kuih plak aku tak sempat makan sebab aku bawak balik. Hihihih. Ni gara2 minum sebelum habis makan. Aku ni memang pantang minum kalau tak habis makan lagi. Gerenti takkan habis makan.
Esok apa plak menu berbuka aku ye? Hmm... Oh.. Esok keje la. Kena bangun awal dari biasa sebab masuk keje pukul 8.30 pagi. Tak kisah la sebab balik keje awal. Yeahooooo!!!
Sunday, August 31, 2008
Alhamdulillah. Ramadhan datang lagi.

Esok 1st day kita berpuasa untuk tahun ni + tahun ni kali ke 2 aku berpuasa kat tempat keje aku ni. Yang beshnyer waktu balik diawalkan sejam setengah. Maknanya aku balik keje pukul 4.30 petang. Yeahooo!! Balik leh masak. Ni 1st time aku masak sendiri untuk berbuka. Sebelum2 ni asik beli jer.
Since esok cuti rasanya aku tak berbuka kat rumah. Plannyer nak berbuka kat IKEA. Mesti ramai giler orang tapi tak pe. Aku sanggup beratur panjang sebab worthit sangat berbuka kat situ.
Amboi.. Belum sahur lagi dah citer pasal berbuka la plakkan? Heh heh.. Biasa la tu kan??
Niat untuk bulan puasa yang aku amik dari blog AnjungTaqwa.
Selamat berpuasa pada korang yang sudi baca blog aku ni. Udah2 ler memonteng tu. Rugi woooo.. Heh heh.. Sama dengan la. Curik ayat bang bil.Hihihih..



