Showing posts with label juju. Show all posts
Showing posts with label juju. Show all posts

Thursday, September 4, 2008

Obi + Uju gi vet.


Semalam petang balik dari keje aku + dia bawak anak² cicit ni gi vet sebab derang ada kurap. Kesian sungguh tengok derang tergaru² lagipun tak baik untuk kesihatan derang + aku gak. Aku rasa derang leh dapat kurap ni sebab masa aku masuk spital ari tu derang punya litter tak diuruskan dengan baik. Kot tak mana lagi derang nak dapat sebab umah aku mana de tanah @ tempat kotor. Ehem.. (^^)
Since aku tak de carrier, aku bawak derang dalam sangkar jer. Kain penutup sangkar aku tak bawak sebab basuh. Tercangak² gak tengok dunia luar sebab dah berapa lama derang terkurung dalam rumah. Huhuhu..


Kurap kat tinger Obi. Alahai..


Kena pegang sebab takut derang lari. Tu kaki doktor tengah tengok kurap under microskop.


Nak snap muka doktor tapi segan.. Hehehe..

Uju baik jer masa kena timbang.


Upacara utama cucuk!! Uju baik betul diam jer..



Aku bawak derang gi vet dekat area rumah aku jer St. Angel Veterina namanyer. Minggu lepas aku dah gi situ dah sebab nak beli ubat tido untuk cicit ni. Aku cadang nak bawak derang balik kampung last week so aku tanak derang bising aku beli la ubat tido untuk derang. Aman sket aku nak drive.

Masa aku sampai hujan la plak. Sib baik tak lebat sangat. Bising Obi dalam kete. Takut la tu. Sampai vet tak de orang tapi dengar bunyik zanjing tengah bising. Zanjing tu sakit kot. Huhuhu. Obi + Uju terus membatu dalam sangkar dengar suara zanjing tu.

Lepas isi details bagai kitaorang bawak dak cicit kat shining meja untuk doktor check. Tengok tinger Obi jer doktor dah tau dah. Pastu dia kikis kurap kat tinger Obi untuk tengok bawah microskop. Pastu doktor suruh aku tengok. Memang ada minatang yang hidup kat tinger Obi. Bergerak² benda tu, Geli tengok. Huhuhu..

Rawatannyer kena la cucuk ubat. Kena cucuk 4 kali + gerenti akan baik 100%. Bukan 4 kali sekali gus. 4 kali berturut². Kot sekaligus memang terus gol la cicit tu.

Masa kena cucuk Obi ngelejat sket + berbunyi. Sakit tu. Seram gak aku tengok jarumnyer. Si Uju plak cool jer dari dalam kete + masa kena cucuk dia relaks jer. Baik anak mama ni. Bagus!!

Masa nak cucuk tu doktor bebel² suruh buat vaccination bagai. Kelakar cara doktor tu cakap tapi apa dia cakap tu betul. Dah ler doktor tu cam muka Noni AF5. Cute!! Muka selamba jer. Pegang darag kat tinger Obi yang kena kikis tu selamba jer.

Dah selesai semua + buat appointment rabu depan. Masa untuk bayar. Berdebar gak aku sebab treatment untuk cats ni biasanya bukan murah. Sekali doktor tu sebut "RM39 ye." Terus lega aku rasa sebab aku bajet sampai seratus. Disebabkan RM39 jer aku beli bola menan untuk derang satu. RM1.50 jer. (^^)

Ohh.. Sebelum aku sampai rumah semalam aku singgah rumah sorang kawan yang dah agak lama aku kenal secara online ni. Dia nak sedekah aku makan kucing brand Blackwood sebab kitten dia jual mahal tanak makan makanan tu. Orang dah bagi tu aku amik jer la kan. Hehehe..


Regenyer RM45 kalau tak silap. Tak mampu ler mak nyah. Huhuhu

Uju tengah check it out.

Cam besh jer baunyerkan Uju?

Uju usha Obi tengah melompat.

Aku dah bagi cicit ni makan + nampaknyer derang suka. Especially Obi. High maintanance rupanyer kau Obi. Heh heh..


ps: thanks a lot Linda. jasamu akan ku kenang sampai bibila. mwah!!

Saturday, August 30, 2008

Obi + Uju dimandikan.

Lepas lunch + berehat kejap terus mandikan Obi + Uju. Ni 2nd time mandikan dak 2 ekor ni. Comot tak hengat! Padahal main dalam rumah jer. Ayakkk.. Tengok la gegambar kat bawah ni yer.. Err.. Aku tukang snap gambo jer.. Tak berapa reti nak mandikan toten. Heh heh..

Obi bising betul bila dimandikan.

Kasik cuci tinger dia yang comot iteww..
Dah selesai + tgh perah bulus dia. Hik hik..
Badan dah kering Obi jadik ngantuk tros. Badan dah bersih la katakan.
Uju plak kena mandia. Dia kurang berbunyi sangat.
Pasang air paip tu pelan jer. Kot tak mengelejat dia takut.

Uju rajin bersihkan badan berbandingkan Obi tu. Kucing betina mmg pembersih.
Dah kering badan kena la dok dalam sangkar.
Muka Obi bengang sebab kena mandi. Hahahhaah..
Uju terai pujuk Obi supaya tak bengang.
Kan cantik bila dah mandi.
Uju makin cumil bila dah mandi.
Gambar Obi paling cumil abad ini.. Heh heh..
Uju ni tak mau diam. Susah nak snap gambar dia.
Aksi bermanja-manjaan.
Ala manjanyer..

Masa kecik memang tak susah sangat nak mandikan toten ni. Bila dah besar nanti memang jenuh sket la. Tetambah kalau badan dah besar. Berat satu hal. Mengelejat satu hal lagi. Bila dah mandi muka memasing dah suci lagi murni jadinyer. Lepas mandi bagi makan + toten2 ni akan tido berjam2 lamanya. Badan dah sedap la katakan.

Wednesday, August 20, 2008

Juju + Bobi semalam.

Semalam Juju + Bobi supernakal. Main cam cicit hilang akal. Fuhh!! Penat melayannyer.. Ayakkk!! Cam gini pingsan la mama.. Huhuhu..

Tengok jer la gegambar kat bawah ni. Gaya odo yang pelbagai + aksi2 manja. Bobi ni mulut dia bising ya amatz!! Kengkadang memang kena penampo ngan mama tapi tak serik. Sabo jer la. Juju plak cool jer tapi buasnyer mengalahkan cicit jantan. Huh!!

Baru 2 minggu lebih jer cicit ni dok kat umah aku. Tengok la badan Juju dah panjang kat gambar n0 3 + 4 tu. Dah cam cicit beso jer rupanyer padahal baru 3 bulan ++. Ni gara2 asyik melantak jer. Bobi yang selalu bising mintak makan tu badannyer tak de plak panjang sangat tapi dah berisi la.

Skang ni cicit ni tengah stage main cam nak giler. Berlari sana. Terkejar sini. Melompat. Mengokak. Mencakar. Macam2 men lagilah.

Paling besh tengok gaya tido. Cam nak terpatah belakang pun ada. Hahahaha..




















Tuesday, August 19, 2008

juju + bobi memula sampai.

Entry aku Cicit ada letak gambar cicit yang bercadang nak adopt. Akhirnya aku adopt Juju + Clay yang aku tukar nama dia kepada Bobi. Aku amik derang ni dari Ati kat Shah Alam 2 hari sebelum aku admit masuk spital. Masa aku kat spital derang kena tinggal kat umah tapi buah hati aku balik umah untuk uruskan makan minum + toilet derang. Sian Juju + Bobi kena tinggal ngan mama. Mesti takutkan?

Gambar2 kat bawah ni masa derang bebaru sampai kat umah. Malam masa tu + aku letak derang dalam sangkar sebab risau derang nyuruk sampai tak jumpa sebab umah aku memang banyak tempat untuk 2 ekor ni nyuruk.


Juju muka pucat jer.
Bobi plak tak puas hati nak kuar dari sangkar.
Ala cumilnyer Juju cayang mama ni. Takut yer? Mama tak makan cicit ler sayang. hehe
Sangkar ni last minit beli. Sib baik beli. RM49.90 kat Ikano.
Mamam time!! Bobi tu lapar sungguh gayanyer. Tangan masuk dalam mangkuk!!
Juju kehausan.
Dah makan odo la.. Apa lagikan?
Gaya tido cicit yang penat + takut.
Cam tipu jer Bobi odo..
Juju memang pingsan tros!!

Ni plak bebarang aku beli untuk Juju + Bobi. RM150 termasuk sangkar.

Memang seronok ada kucing kat umah. Meriah suasana!!!

ps: nanti2 aku citer pasal aku dok spital yer..