Friday, August 1, 2008

3rd cake.

Sila rujuk gambar ikut urutan.













6 gambar terawal aku amik dari net cara² nak masak kek ni. Selebihnya gambar kek yang dah siap aku masak. Cam rupa cheese kek pun ada. Lembut jer.

8-9 pagi @ 8-9 malam @ 2-3 pagi.


Itu la waktu tayangan rerun Friends kat Starworld skang. Every monday to friday. Dah tentu la aku takkan lepas tengok. Ini one from many tv series peberet aku. Selalunya memang aku tengok yang time awal pagi tu sebab time² lain tak sempat nak tengok. Maknanya hari² aku tido pukul 3 pagi ke atas.

Demi friends. (^^)

Susuk The Movie.


Sekian lama aku tunggu filem ni kuar kat panggung. Sampai dah habis tayang siri tv Susuk kat tv dah. Dengarnya nak ada season 2 lagik. Baru filem ni lepas tayang kat panggung. So far review² yang aku baca memang memberangsangkan + wajib tonton. Hmmm.. tapi aku dah tak berapa berani nak tengok filem seram skang ni. Masuk official websitenyer pun dah serem..


Camner ni??

Cicit.


3 minggu sudah aku + dia decide nak bela kucing. Memang cadang nak bela jer Sherry tapi dah 2 minggu tak nampak si sherry tu. Ntah mana la dia pegi. Jadinyer aku + dia sibuk la tanya sana sini sapa yang ada anak kucing untuk bagi kat kitaorang. Rata²nya nak bagi kucing yang dah besar. Siap ada yang nak bagi 7 sekeluarga lagik. Alamak tak mampu nak bela reramai. Huhuhu.

Tanya punya tanya ada orang nak bagi. Yeahooo!! Tapi dak tu dia balik kampung so nanti bila dia dah balik sini baru dia nak snap gambar untuk kitaorang tengok + pilih. Cam pilih apa jer bunyiknyer. Huhuhu..

Seminggu aku tunggu dak tu contact aku. Risau pulak aku dia tak contact² sebab janjinya hari senin. Sampai semalam tak de berita. Akhirnyer dah lewat nak balik keje semalam lepas aku meeting baru dia contact + send sekali gambar dak² tu. Lahai comel² belaka. Tengok gambar derang kat bawah ni..

Jaja Bink

Clay

Puteh

Didi

Dumu

Aku memang tros jatuh chenta tengok si Jaja Bink tu. Tiut nak mamps!! Sekor lagi si Puteh. Ala manjanyer muka dia. Kitaorang nak amik 2 jer. Cadangnya nak amik jantan jer sebab tanak jadi breeder tapi dalam reramai kat atas ni ada sekor jer jantan. Si Clay yang rupa ngantuk jer tu. So mungkin kitaorang akan amik Clay + Jaja Bink @ Puteh. Tatau lagi. Ahad nanti aku akan gi s.alam untuk amik anak² baru ni.

Tak sabarnyer tunggu ahad!!

Thursday, July 31, 2008

Matriks ITM.

Entry bawah citer pasal sekolah. Entry ni citer pasal tempat belajar lepas sekolah plak. 4 tahun lebih aku jadi dak ITM. Time aku tu belum jadi ITM tau. Dah nak hujung² baru jadik UITM. Ingat nak letak logo ITM yang lama kaler ijau tu. Tak jumpa plak. Huhuhu.

Apa kes la plak nak citer pasal ITM plak ni. Sama kes cam entry kat bawah. Sabtu ni pun ada gathering gak tapi budak² 1st batch Matriks ITM je. Buat kat restoran seafood kat titiwangsa. Ni pun aku berat hati nak pegi gak sebabnye ada orang yang aku tak suka bebeno akan pegi gath tu. Aku memang tak suka gigiler minah tu sampai nampak bayang dia jer pun dah leh buat aku menyumpah.

Tapi kengkawan besh aku pegi belaka. Dilemma aku dibuatnya. Pikir² dah jadi cam aku ni anti sosial. Memang pun sebenarnya. Ala² serik nak campur ngan orang sangat. Kalau bersosial kat alam siber ni memang aku ske la. Tapi nak jumpa + lepak² memang dah lama terkeluar dari list apa yang aku nak buat.

Ntah ler. Esok aku decide la nak pegi ke tak.

Hmmmm....

SMRPB.


Ini la badge yang aku kena pakai selama lima tahun dari 1990-1994. Apsal tetiba nak buat entry pasal sekolah plakkan? Sebenarnya sabtu ni ada reunion alumni kat sekolah aku. Ada keluar notis kat harian metro 3 minggu sudah. So ada la kawan² yang call tanya nak pegi ke tak. Aku teringin gak nak pegi tapi ntah ler...

Bukan sebab aku tak kawen lagi ke apa tau. Walaupun boleh dikatakan 90% kawan² aku dah kawen + ada anak 2,3 orang. Tengok kat FB kan main letak gambar anak macam² gaya + aksi. Tapi ntah la. Kalau gath untuk batch tahun aku jer mungkin aku akan berlari pegi tapi ini semua yang dah jadi alumni. Berkemungkinan lagi ramai tak kenal dari kenal yang datang. Tu yang jadi tak rajin tu. Lagipun kena balik perak. Hati aku tak rasa nak balik kampung lagi.

Wednesday, July 30, 2008

Wudhuk zahir dan batin.

Seorang ahli ibadah bernama Isam Bin Yusuf, sangat warak dan khusyuk solatnya. Namun, dia selalu khuatir kalau-kalau ibadahnya kurang khusyuk dan selalu bertanya kepada orang yang dianggapnya lebih ibadahnya, demi untuk memperbaiki dirinya yang selalu dirasainya kurang khusyuk.

Pada suatu hari, Isam menghadiri majlis seorang abid bernama Hatim Al-Assam dan bertanya, "Wahai Aba Abdurrahman, bagaimanakah caranya tuan solat?"

Hatim berkata, "Apabila masuk waktu solat, aku berwudhuk zahir dan batin." Isam bertanya, "Bagaimana wudhuk zahir dan batin itu? " Hatim berkata,"Wudhuk zahir sebagaimana biasa iaitu membasuh semua anggota wudhuk dengan air". Sementara wudhuk batin ialah membasuh anggota dengan tujuh perkara :-

* Bertaubat
* Menyesali dosa yang telah dilakukan
* Tidak tergila-gilakan dunia
* Tidak mencari/mengharap pujian orang (riya ' )
* Tinggalkan sifat berbangga
* Tinggalkan sifat khianat dan menipu
* Meninggalkan sifat dengki."

Seterusnya Hatim berkata, "Kemudian aku pergi ke masjid, aku kemaskan semua anggotaku dan menghadap kiblat. Aku berdiri dengan penuh kewaspadaan dan aku rasakan:

1. aku sedang berhadapan dengan Allah
2. Syurga di sebelah kananku
3. Neraka di sebelah kiriku
4. Malaikat Maut berada di belakangku
5. aku bayangkan pula aku seolah-olah berdiri di atas titian

' Siratal mustaqim' dan menganggap bahawa solatku kali ini adalah solat terakhir bagiku, kemudian aku berniat dan bertakbir dengan baik." "Setiap bacaan dan doa didalam solat, aku faham maknanya kemudian aku rukuk dan sujud dengan tawadhuk, aku bertasyahud dengan penuh pengharapan dan aku memberi salam dengan ikhlas. Beginilah aku bersolat selama 30 tahun." Apabila Isam mendengar, menangislah dia kerana membayangkan ibadahnya yang kurang baik bila dibandingkan dengan Hatim.

Table lamp special.

Apa yang specialnya? Kalau korang gi Ikea korang try cari sarung lampu yang kat bawah ni.



Sarung lampu ni untuk lampu gantung tapi telah dikreatifgunakan (ada ke word ni?) oleh buah hati aku untuk jadi sarung lampu meja..


Jadilah table lamp tu special. Kalau korang nak cari kat Ikea @ kat mana² kedai lampu memang tak de la. Unless korang gi rumah aku @ buat sendiri.

(^^)

23 tahun sudah punya mixer.

Semalam aku gi Subang umah kakak buah hati nak hantar multicooker yang kitaorang pinjam sebelum beli dapur. Lewat gak gi sebab tanak tempuh jem. Pukul 10 lebih baru gerak dari rumah. Alhamdulillah jalan clear walaupun banyak kete. Sejam kendian baru sampai umah kakak dia.

Ingat nak singgah kejap jer tapi sebab dah lama tak jumpa kakak dia macam² la kitaorang sembang + for sure la citer pasal rice cooker yang dah cair disebabkan nak masak kek tu. Huhuhu. Bila citer yang aku pukul adunan kek tu ngan tangan kakak dia tros bagitau yang dia ada mixer yang tak digunakan. Maklumlah orang dah 7 bulan ngandung. Anak kecik ada 2 orang. Tak de masa de nak masak² kek ni. Dia pun offer la nak bagi kitaorang mixer tu. Seronok la aku!!

Buah hati aku tak sangka yang mixer tu wujud lagi dalam bumi tu sebab dia ingat lagi masa memula mak dia beli mixer tu masa dia tadika. Lama giler tuh! Ingatkan mak dia dah campak ke mana dah mixer tu. Rupanya dah sampai ke rumah kakak dia.

Fuhhh!! Memang dasat. Mixer zaman paleolitik tu masih berfungsi dengan baik + cantik lagi. Jimat duit aku nak beli baru. Aku memang respek la famili derang ni. Barang² semua dijaga dengan baik sampai leh tahan bertahun². Kalau gi rumah dia memang dah rupa muzium pun ada. Heheheh.




cantikkan mixer ni? i like!!

Pasni makin rajin la aku buat kek. Yeslah!!!

Tuesday, July 29, 2008

aku berjaya masak kek!!

terima kasih kerana berkhidmat dengan baik masa aku sakit.

Apa kes citer pasal kek tapi letak gambar rice cooker?? Heh heh. Ari khamis lepas aku ada buat entry pendek. Ini la kisah sebenarnye. Aku baca kat net yang boleh masak kek dalam rice cooker. Aku pun tros la try masak guna rice cooker kat atas ni. Sekali hangus + lebur akunyer rice cooker tu. Rupanya rice cooker yang ada function untuk masak bubur jer yang boleh masak kek. Cisss.. Ni gara² excited terlebih la ni. Habis aku kena perli berhari² dek my other half tu. Huhuhu..

Since rice cooker tu dah 100% rosak sampai melebur. Kena la aku beli rice cooker baru sebab kalau nak masak atas dapur gas nasi jadi tak berapa nak sedap. Lain la kalau masak atas dapur arangkan? Tak sanggup la plak aku. Uhuk.. Uhuk..

Bermula la rice cooker hunting di merata tempat yang ada jual rice cooker. Cadang memang nak beli yang leh masak bubur tu sebab aku nak jugak masak kek. Aku sampai call Harvey Norman tanya berapa harga rice cooker tu. Kot² ada lesskan?? Sekali tak de la plak.

Cari punya cari. Akhirnya kitaorang decide beli rice cooker yang memang terus ada function untuk masak kek.

Presenting... Drum roll... Please welcome our new magical rice cooker!!






Puas hati dah beli rice cooker ni. RM299 investment masuk ke dalam akaun Jaya Jusco 1U. Oleh kerana dah ada rice cooker ni aku pun dah gatal tangan nak masak kek. Malam semalam lepas balik dari urut. Terus la aku memukul adunan kek tu dengan tangan aku yang kecik ni. Mixer tak beli lagi so kena la guna tangan.

Hasilnya.........
ni rupanya bila dah masak. dalam periuk lagi tu. tunggu sejuk sket..

ni dah letak dalam pinggan. cantik jer rupanyer.

hiasan atas tu kerak kat dalam periuk. konon nak bagi cantik sket. heh heh


sudah sedia untuk dingap ke dalam mulut. yum.. yum..
Tak sangka menjadi!! Sedap plak tu. Lembut. Moist. Gembira tak hengat aku dibuatnyer. Buah hati aku pun suka sebab kek tu sedap. Lepas ni memang confirm aku akan buat kek lagi dan lagi.

Alhamdulillah.