Showing posts with label panasonic. Show all posts
Showing posts with label panasonic. Show all posts

Tuesday, July 13, 2010

Pilih satu jer...



Dulu masa study aku dah ada satu SLR sebab aku kena amik subject fotografi (2 semester amik dapat A+) tapi sayangnyer SLR Yashica kesayanganku itew (mau x sayang giler mahal nak beli masa tu) rosak... Abahku kata dia anto repair tapi sampai sekarang aku dah x nampak bayang SLRku itew... Huhuhuhu... Itu cerita 8 tawun sudah. Sejak dari hari tu la aku memang simpan impian nak sambar SLR balik.. Tapi asyik x de rezeki lebih nak sambar... the story of my life....

Skang alhamdulillah ada rezeki lebih sikit untuk sambar SLR tapi baik ku sambar DSLRkan.. Bila ada peluang nak sambar DSLR tetiba rasa cam tanak plak beli DSLR sebab koser nak bawak besar + berat merata².. Cam ada kata sorang kawan tu "kalau tengkuk ko batang besi then beli la DSLR itew.." LOL!!

So skang aku sudah tukar instead of sambar DSLR.. ku nak sambar camera kat bawah ni..

Tapi yang mana satu yang terbaek wookkk???

Panasonic Lumix DMC-GF1 (with 20mm lens)

Panasonic Lumix DMC-GH1K

Sony Alpha NEX-5 (black, with 18-55mm lens)

Canon PowerShot G11

Canon PowerShot S90

Sony Cyber-shot DSC-HX5V


Setakat yang aku search kat net memang 5 kat atas ni antara the best. Belum tau berapa harganyer lagi. Feature pun belum tilik habis²..

Cam beshkan?

Tuesday, July 29, 2008

aku berjaya masak kek!!

terima kasih kerana berkhidmat dengan baik masa aku sakit.

Apa kes citer pasal kek tapi letak gambar rice cooker?? Heh heh. Ari khamis lepas aku ada buat entry pendek. Ini la kisah sebenarnye. Aku baca kat net yang boleh masak kek dalam rice cooker. Aku pun tros la try masak guna rice cooker kat atas ni. Sekali hangus + lebur akunyer rice cooker tu. Rupanya rice cooker yang ada function untuk masak bubur jer yang boleh masak kek. Cisss.. Ni gara² excited terlebih la ni. Habis aku kena perli berhari² dek my other half tu. Huhuhu..

Since rice cooker tu dah 100% rosak sampai melebur. Kena la aku beli rice cooker baru sebab kalau nak masak atas dapur gas nasi jadi tak berapa nak sedap. Lain la kalau masak atas dapur arangkan? Tak sanggup la plak aku. Uhuk.. Uhuk..

Bermula la rice cooker hunting di merata tempat yang ada jual rice cooker. Cadang memang nak beli yang leh masak bubur tu sebab aku nak jugak masak kek. Aku sampai call Harvey Norman tanya berapa harga rice cooker tu. Kot² ada lesskan?? Sekali tak de la plak.

Cari punya cari. Akhirnya kitaorang decide beli rice cooker yang memang terus ada function untuk masak kek.

Presenting... Drum roll... Please welcome our new magical rice cooker!!






Puas hati dah beli rice cooker ni. RM299 investment masuk ke dalam akaun Jaya Jusco 1U. Oleh kerana dah ada rice cooker ni aku pun dah gatal tangan nak masak kek. Malam semalam lepas balik dari urut. Terus la aku memukul adunan kek tu dengan tangan aku yang kecik ni. Mixer tak beli lagi so kena la guna tangan.

Hasilnya.........
ni rupanya bila dah masak. dalam periuk lagi tu. tunggu sejuk sket..

ni dah letak dalam pinggan. cantik jer rupanyer.

hiasan atas tu kerak kat dalam periuk. konon nak bagi cantik sket. heh heh


sudah sedia untuk dingap ke dalam mulut. yum.. yum..
Tak sangka menjadi!! Sedap plak tu. Lembut. Moist. Gembira tak hengat aku dibuatnyer. Buah hati aku pun suka sebab kek tu sedap. Lepas ni memang confirm aku akan buat kek lagi dan lagi.

Alhamdulillah.