Sunday, August 31, 2008

Alhamdulillah. Ramadhan datang lagi.


Esok 1st day kita berpuasa untuk tahun ni + tahun ni kali ke 2 aku berpuasa kat tempat keje aku ni. Yang beshnyer waktu balik diawalkan sejam setengah. Maknanya aku balik keje pukul 4.30 petang. Yeahooo!! Balik leh masak. Ni 1st time aku masak sendiri untuk berbuka. Sebelum2 ni asik beli jer.

Since esok cuti rasanya aku tak berbuka kat rumah. Plannyer nak berbuka kat IKEA. Mesti ramai giler orang tapi tak pe. Aku sanggup beratur panjang sebab worthit sangat berbuka kat situ.

Amboi.. Belum sahur lagi dah citer pasal berbuka la plakkan? Heh heh.. Biasa la tu kan??

Niat untuk bulan puasa yang aku amik dari blog AnjungTaqwa.







Selamat berpuasa pada korang yang sudi baca blog aku ni. Udah2 ler memonteng tu. Rugi woooo.. Heh heh.. Sama dengan la. Curik ayat bang bil.Hihihih..

Menu dinner sehari sebelum puasa.

Aku dah muak ngan McD so skang aku memang tengah gilerkan burger kat Wendy's ni. Float dia plak memang to die for. Layan habis. Dah terlanjur aku ke Sunway Pyramid aku singgah ler kat Wendy's ni.

Burger dalam bungkusan.

Yum yum.. I like!!!

Float yang to die 4. Aku suke giler ah!!

Sepetang di Sunway Pyramid.

Hari ni pegi Sunway Pyramid untuk beli bekalan pencuci muka + moisturiser kat Yves Rocher yang dah habis. Cam biasa beli 5 barang dapat 40% diskaun. Dah setahun lebih aku pakai produk ni. Memang sesuai ngan kulit muka aku. Aku secara kebetulan jer tau pasal produk ni bila aku menang pencuci muka + moisturisernyer masa Sloggi Party last year. Terus aku berkenan. Jadi ahli free jer pastu bila beli barang harga berapa ntah aku lupa akan dapat cop kat kad keahlian tu. Bila chop dah penuh dapat 1 barang free. Masa birthday plak boleh claim hadiah. Memang puas hatilah. (^^)

Dapat beg plastik kecik jer. Biasa dapat yang besar. Kira ok la.

5 barang dapat harga camni memang berpatutan sungguh pada aku.

Sample2 yang gerenti dapat tiap kali beli barang.

Menu lunch sehari sebelum puasa.

Hari ni kira last la aku masak lunch sebelum puasa start. Semalam dah beli dah stok makanan untuk disumbatkan ke dalam fridge + persediaan untuk masak berbuka. Menu ari ni simple jer. Gulai tauchu + sotong tepung goreng + cendawan masak merah. Tak lupa nasi putih. Heh heh.

Nampak cam tak menyelerakan jer kan? Tapi licin dah pun. Kih kih..

Ni 1st time aku masak menu2 kat atas. Gulai tauchu tak berapa nak kick sebab beli tauchu salah brand @ dalam erti kata lain brand tak sedap. Sotong tepung goreng plak ada banyak kaler sebab jangka waktu goreng yang tak sama. Sib baik tak de yang hangus.. Cendawan tu aku nak goreng ngan bawang putih + sos tiram jer. Ada plak orang suruh buat masak merah. Belasah jer la.

Saturday, August 30, 2008

Menu makan malam.

Nasi daun pisang kat Kanna Curry House Puchong. (^^) Aku makan dinner pukul 6 petang kat sini.

Ni sebelum bubuh kuah kari kat nasi lagi. Aku ske kari ikan. Yummy!!

Rasum. Peberet aku ni. Ntah betul ke tak eja gitu.

Obi + Uju dimandikan.

Lepas lunch + berehat kejap terus mandikan Obi + Uju. Ni 2nd time mandikan dak 2 ekor ni. Comot tak hengat! Padahal main dalam rumah jer. Ayakkk.. Tengok la gegambar kat bawah ni yer.. Err.. Aku tukang snap gambo jer.. Tak berapa reti nak mandikan toten. Heh heh..

Obi bising betul bila dimandikan.

Kasik cuci tinger dia yang comot iteww..
Dah selesai + tgh perah bulus dia. Hik hik..
Badan dah kering Obi jadik ngantuk tros. Badan dah bersih la katakan.
Uju plak kena mandia. Dia kurang berbunyi sangat.
Pasang air paip tu pelan jer. Kot tak mengelejat dia takut.

Uju rajin bersihkan badan berbandingkan Obi tu. Kucing betina mmg pembersih.
Dah kering badan kena la dok dalam sangkar.
Muka Obi bengang sebab kena mandi. Hahahhaah..
Uju terai pujuk Obi supaya tak bengang.
Kan cantik bila dah mandi.
Uju makin cumil bila dah mandi.
Gambar Obi paling cumil abad ini.. Heh heh..
Uju ni tak mau diam. Susah nak snap gambar dia.
Aksi bermanja-manjaan.
Ala manjanyer..

Masa kecik memang tak susah sangat nak mandikan toten ni. Bila dah besar nanti memang jenuh sket la. Tetambah kalau badan dah besar. Berat satu hal. Mengelejat satu hal lagi. Bila dah mandi muka memasing dah suci lagi murni jadinyer. Lepas mandi bagi makan + toten2 ni akan tido berjam2 lamanya. Badan dah sedap la katakan.

Menu belasah jer apa yang ada.



Ni menu lunch hari ni sebab barang dapur tak beli lagi. Aku masak apa jer yang ada kat dalam fridge tu. Heh heh..

Bubur nasik semalam. Ada orang tak sihat kat umah tu yang buat bubur nasi tu.


Fries peberet.


Pizza daging instant . Dap gak..


Pizza ayam instant. Tak sedap + tak habis. Membazir jer beli..

Sekian.

Wednesday, August 27, 2008

5+1 DVD = RM40.


Semalam lepas makan tom yam kat kedai perebet, aku online sejam kat cc. Kendiannyer nyinggah plak kat kedai DVD citak rumpak selang 2 kedai dari cc. Konon nak usha jer sebab tak penah masuk kedai tu. Sekali amik kau aku beli sekali 5 DV. Dapat satu free.
Citer yang aku beli tu semua dah terang gambarnyer. Ingat nak beli SATC sebab katanya dah ada yang terang. Memang ada tapi bukan master copy so tak jadik la. Ingat nak tengok la satu semalam tapi terlayan CasinoRoyale plak kat Cinemax. Huhuhu..

Malam kang la aku layan salah satu DVD yang aku beli tu.


Senarai tajuk DVD yang aku beli semalam :
1. 21
2. Kungfu Panda
3. Forgetting Sarah Marshall
4. The Love Guru
5. Zohan
6. Meet Dave

Semua citer baru kecuali Kungfu Panda. Aku tak sempat nak gi tengok kat panggung ari tu. 5 Dari citer² kat atas semuanya tengah tayang kat panggung skang. Jimat duit aku gi tengok wayang. Layan kat umah jer le. Heh heh heh..

Monday, August 25, 2008

leizi mandei.


Hari pertama kije selepas 3 minggu cuti. Tak de apa yang berubah pun. Cuma boss kecik gunting rambut pendek jer. Terkejut aku tengok rambutnyer itew. Tak sesuweilah. Huhuhu. Since aku 3 minggu cuti jadinya minggu ni aku kena siapkan keje 3 minggu tu ler. Aiyakk.. Rasa nak keras dah montot aku tak bangun² dari kosi ni tadi. Dalam pada banyak kije nak mamps tapi masih sebab hapdet blog lagi tu. Miahahahaha..

ps: jap lagi gaji masuk. yeahooo + huhuhuh.. yeahoo sebab dah ada duit balik. huhuhuh sebab bajet bulan ni kena detailkan sebab last month dah terlebih bajet sebab masuk spital. cobaan...

Sunday, August 24, 2008

Esok kije!!

Hari ni last aku cuti sakit. Maknanyer esok aku dah start keje. Rasa tak sabar tapi ada rasa tak rajin jer nak gi keje sebab lama beno cuti..

Boleh??

teddy bear.

Aku memang suka teddy bear dari dulu lagi. Rasanya mungkin sejak lahir. LOL. Tido siap peluk teddy tu. Ihik.. Tapi skang aku dah tak de satu pun. Teddy kesayangan aku dah aku bagi kat orang masa grad ari tu. Dan aku tak de pun rasa nak beli teddy dah. Ala2 cam tak sesuai plak. Adakah ini tanda yang aku dah tua? Nyeh nyeh..

Masa aku sakit ari tu ada orang bagi aku teddy bear tapi aku tak berapa nak happy dapat teddy tu sebabnyer orang yang bagi tu cam tak berapa nak sesuai nak bagi teddy kat aku dah. Sudahnyer teddy tu jadi mainan Juju + Obi. Hehehe..

Hari tu aku pegi Tesco kat Ampang + kat situ ada Living Cabin. Salah satu kedai peberet aku. Kat situ memang melambak teddy. Cumil2 belaka + tak mahal pun. Rasa cam nak beli jer tapi dari beli teddy baik aku beli tepung untuk buat kek. Heheheh..

Sempat la aku snap gambar teddy tu sebab awek yang jaga kedai tu tido. Wakakakak.

ala cumilnyerrrrrrrr....

yang belah kanan tu muka cam Ulu ler..

MAHA 2008

Jumaat lepas balik dari spital aku terus gi MAHA yang memang agak dekat ngan umah aku. Dah berhari2 bercadang nak pegi tapi asik ujan jer bila petang. Akhirnyer sampai gak aku ke situ. Pukul 6 baru sampai kat situ + baru lepas hujan. Aku hanya sempat round 1/4 jer daripada keseluruhan tempat pameran yang besar ya amat tu.

Sejam jer aku kat situ. Aku beli barang mainan untuk Juju + Obi, rambutan + aiskrim susu kambing. Sempat gak aku naik gajah yang di bawa dari Melaka. RM4 jer bayar untuk naik gajah tu. Nyesal gak lepas tu sebab kesian tengok gajah tu. Huhuh..

Pastu sempat tengok kuda2 untuk dijual. Cantik2 kudanya + ada sekor tu dia punya anu terkeluar. Tergezut aku tengok. Tengah stim la plak. Huhuhuhu.

Yang lamanyer aku kat tempat jual pasir kucing + barang2 mainan kucing. Ada satu stall jer tapi memang dia jual murah. Sayang fulus kureng kot tak memang aku dah borong memacam kat situ. Melepas aku nak tengok pertandingan kucing esoknyer sebab aku gi sloggi party tu.

ini la gajahnyer.. cutekan?
pandangan dari atas gajah. huhuh..
kosi atas gajah yang leh muat 3 orang duduk.
macho jer kuda ni.
kuda stim. umang ai!!
barang2 cicit yang murah2 belaka. huhu
rusa yang nampak manja siap ada aircon kat situ. tak tahan panas kot.
rabbit yang cute giler tapi kena bayar kalau nak tengok dedekat.
cantik kambing ni. i like!!
traktor cute!! hehehe..

Sedih gak tak dapat nak lawat semua tempat. Mesti ada banyak jual produk2 keluaran tempatan pastu harga murah2. Alahai tak per la. Next year aku takkan miss pegi.

ps: syah kata next year tak de plak.. uwaaaaa...

anak sedara baru.







Agak2 dak ni laki ke perempuan?? (^^) Umur dia baru 3 hari + tak de nama lagi.