Monday, December 31, 2007
Sunday, December 23, 2007
Saturday, December 22, 2007
Punah harapan aku nak balik KL petang karang.
Jalan ke Dataran Merdeka ditutup, halang demonstrasi
21-12-2007 08:59:47 PM
KUALA LUMPUR: Polis akan menutup jalan menghala ke Dataran Merdeka di sini pagi esok bagi menghalang satu perhimpunan haram yang dirancang di situ pada malamnya.
Ketua Polis Daerah Dang Wangi ACP Zulkarnain Abdul Rahman memberitahu pemberita hari ini bahawa polis akan juga membuat sekatan jalan raya sebagai langkah berjaga-jaga.
Beliau memberi amaran kepada orang ramai supaya tidak menyertai perhimpunan itu kerana penganjurnya tidak mendapat permit.
"Kita tak akan teragak-agak untuk mengambil tindakan tegas terhadap mereka yang berdegil," katanya. BERNAMA
Oh tidak!!!!! Mesti KL jem teruk karang. Road block merata2. Aiseh!! Aku tanak balik ahad. Tensennyer aku!!!

ulu control macho.
Cucu mak aku.
Ini dua orang budak... Ya Allah tatau aku nak cakap macamana nakal lagi buasnya. Masa tecit2 harmless jer. Dah besar sikit ni. Fuh!! Tak terkawal. Especially si abang tu. Mak oiiii!! Memang tak sabar aku dibuatnyer. Sib baik la ko budak tecit + cucu mak aku. Kalau tak memang dah lama kena rendam dalam air basuh beras.
Abang + adik @ hafiz + hakeem..
ni la si abang @ muhammad zulhadfiz. umo 4 tawun. mulut dia memang patut kena ikat. sekali ngan kaki dia. mau pingsan kalau kena jaga sehari. sian mak aku.
ni plak si adik @ muhammad zulhakeem. umo 3 tahun. bijaknye bercakap sama cam abangnye. kes haru gak kalau nak kena jaga sehari sebab dia tanak berenggang ngan mak dia.
Aku sayang budak2 ni. Masa derang kecik dulu tiap kali aku balik kampung (selalunye derang pun balik gak time tu) aku mesti belikan derang memacam. Sekarang pun aku ada gak tapi cam jarang2 ler sebabnyer budak2 ni tak makan saman. Degil plak tu.
Aku balik kampung memang tensen selalu sebab budak2 ni memekak semedang. Kalau derang tak memekak, mak derang + mak aku yang memekak sebab terjerit2 dengan kerenah budak berdua ni. Tengok gambar cam budak baik jekan? Tapi sebenarnya mau tercabut bumbung rumah mak aku kalau dibiarkan tak dilarang.
Friday, December 21, 2007
Selamat Hari Raya AidilAdha.
Alhamdulillah tahun ni aku masih dapat sambut hari raya qurban. Biasanya aku tak balik kampung tapi tahun ni aku balik. Orang biasa masak rendang bagai sehari sebelum raya tapi aku + mak masak pagi raya tu. Bukan rendang pun tapi ayam masak kicap. Makan ngan lemang. Boleh? Hehehehe..
Sori ler aku tak snap gambar ayam masak kicap tu sebab bila kat kampung aku tak teringat langsung pasal blog sebab kat kampung line streamyx tak sampai. Huhuhu..

Tuesday, December 18, 2007
mau tukar kereta.
Setelah berfikir dengan masa yang lama (dalam 10 minit.. heheheh) aku bercadang nak tukar kancil aku ke kereta lain. Pilihan yang paling tepat pada aku ialah Myvi. Masalah utama sekarang ialah full settlement kancil aku yang sangatlah banyak. Huhuhu. Ni abah aku punya hal la ni. 4 tahun sudah nak gak suruh aku beli kancil 660 manual. Masa tu aku berkeras nak kancil 850 auto. Since masa tu abah aku yang nak kuar downpayment. Terpaksa la aku ikut cakap dia. Sekarangkan dah susah. Kancil aku tu ala² tak de value bila nak trade in. Uwaaaa..
Semalam konon nak naikkan sket value kete, aku dan dia polish kete tu. Kalau orang tengok (sebelum polish) orang memang tak sangka kete aku tu dah berumur 4 tahun. Bila dah polish semalam jangan cakap la. Nampak cam kete baru tu.
Petang ni aku balik umah mak aku + akan uruskan hal kete ni. Masa aku bagitau abah aku yang aku nak tukar kete dia tros kata suh tukar Daihatsu Aura. Aku pun search la kat net. Ya ampun abah aku ni. Ada ke suh aku tukar ke kete lagi tua. Tak patut sungguh! Aku bagitau mak aku pasal rancangan abah tu. Mak aku tros cakap hish! Tros setuju aku tukar myvi.
Mintak² urusan nak tukar kete ni berjalan lancar la. Amin.
Sunday, December 16, 2007
mengantuk tapi..
Aku ngantuk sangat ni tapi tak leh nak tido lagi sebab aku ter"render" satu klip. Gilerkan bawak balik keje ke rumah. Dah la cuti. Huhuhuhu..
Alamak.. Ada lagi 20 minit. Mau aku tersembam depan laptop ni. Oleh itu aku pun hapdet blog. Nyeh nyeh.. Sib baik kat umah dia ni ada wifi. Sonang idup den. Ihik. On jer laptop dah leh surf. Kalau la aku ada laptop behnye.. Bajet tak cukup nak beli plak.. Uwaaaa..
Malam semalam aku pegi kenduri kawen schoolmate dia. Meriah gak la. Cun gak kawan dia tu. Lakinya muda setahun orang Sabah. Kira sepadan gak la. Aku ada snap hidangan yang ok ok jer tu tapi malas plak nak tarik dari phone. Tak yah lah.
Tengok orang kawin cam hepi jer cam beh gak tapi tak per la. I think i can't commit to any marriage with any man. Huru hara jadinya nanti tapi dalam masa yang sama aku tetap pikir yang kalau dah sampai jodoh. Aku terima. InsyaAllah.
Lagi 10 minit tinggal so aku nak gi minum air dulu pastu titon!!

Saturday, December 15, 2007
the fog!
This was the view on North Highway yesterday morning. I'm on my way from KL to Perak. I am scared because the car in front of me kinda disappeared. Spooky!! Thank God it was not all the way home. If not I'll be driving 20kmj. Huhuhuhu. That is not my usual speed on highway. Heheheh.. Anyway alhamdulillah i reached home in one piece. (^^)
Friday, December 14, 2007
Saturday, December 8, 2007
TARA 2 Leg 3
Sori naik lori sangat sebab tak hapdet untuk leg 2. Ini adalah kerana time aku nak hapdet official website TARA tak upload gambar lagi. Tak besh la hapdet tak de gambarkan? Untuk leg 3 ni cepat plak derang hapdet gambar. Last week web developernyer demam kekura kot.
Anyway mari cerita pasal leg 3 semalam. Memang exciting sungguh leg 3 ni. Tak berenti² ngan exciting challenges! Memula jabs aku nak ingat. Ha.. Memula derang kena naik flight ke Hong Kong. Walaupun masa berbeza² tapi semua naik flight yang sama. Masa nak tunggu flight berlepas derang lepak² ler. Sekali si Terri tengking laki dia. Nangis laki dia kat situ. Sian plak aku tengok. Buruk pun ada sebab dah tua nangis bila kena tengking bini. Huhuhu..
Dah sampai Hong Kong berlari la semuanyer nak kena cari clue plak kat satu tempat tu.. Semua orang naik tren kecuali team Indon. Derang sampai dulu pastu derang kena gi Standard Chartered Bank untuk kira dulu selambak atas meja ikut currency HK. Kena bagi jumlah yang tepat. Team yummy mummy excited nak kira. Berkali² salah. Huhuhu.. Pening² derang kira duit tu sampai Rovilson cakap " I don't ever want to see money again." LOL. Team yang dapat jumlah yang tepat memula team adik beradik Jepun. Yang last sekali team S'pore. Gelabah derang.
Destinasi derang seterusnya ialah negara Kiwi!! Sekali lagi derang semua naik flight yang sama. Sampai airport kena cari kete yang ada flag plak. Dalam kete ada klue nak kena gi mana. Orang lain semua dah menggagau cari jalan team Indon tak jumpa kete lagi. Siannyer. Marc + Rovilson ngan team S'pore bernasib baik sebab dapat cari orang yang sanggup tunjukkan jalan. Kekadang aku rasa cam derang yang lain tu tak terpikir ke nak buat camtu padahal derang mesti dah tengok amazing race yang lain. Aper da..
Derang kena pegi satu tempat cam nak kata muzium pun bukan tapi cam tempat yang derang kumpulkan benda bersejarah tapi dalam satu kawasan. Ntah tatau nak cakap camner. Kat situ derang kena snap 3 gambar pastu bawak kat sorang judge tu. Judge tu cam patung siot. Serem aku tengok.
Time ni ramai yang bekerjasama swap gambar. Bagus gak derang ni. Dah dapat snap semua 3 gambar kena buat roadblock. Kena buat bungee kat Auckland Bridge. Dalam kete si Terri dah nangis dah sebab dia tatau nak kena buat bungee. Ha tu la tadi kasik hasben nangis skang ko plak nangis. Hehehehe.
Team M'sia yang terjun Ann + Vanessa. Cambesh jer buat bungee nikan? Tapi aku ni penakut ya amatz. Mungkin boleh pingsan bila terjun tu. Hohohohoho..
Dah buat bungee ada detour plak. Nak buat rock climbing @ kayaking. Ramai pilih rock climbing tapi rata²nyer tak berdaya nak buat. Yang berjaya jejans macho jer. Team Pinoy macho + team S'pore. Yang lain² mmg try gak nak buat. Hancus!! Yang paling teruk dah tentu la team HK. Aurelia kena marah kaw² ngan Sophie sebab konon boleh buat tapi tak boleh. Dah buang masa. Huhuhuhu..
Bila semua dah selesai berrock climbing + kayaking tinggal team Indon yang lambat dapat kete tadi pastu masih kat tempat nak snap gambar. Alahai. Apa la nasib. Pastu nak try buat rock climbing plak tu. Adeh la. Nangis si Kinar yang seksi tu.
Untuk sampai pit stop seterusnyer derang kena cari hospital sakit jiwa yang dah jadi rumah berantu. Jauh gak kot sebab sesat larat derang dibuatnyer. Masa tengah cari jalan team hot chick M'sia kena langgar kete. Tergezut aku tengok. Aku pun tak sure salah siapa tapi orang yang langgar tu siap report polis bagai. Last season pun ada melibatkan polis gak tapi sebab langgar speed limit. Masa ni team hot chick dah rasa cam derang akan kalah sebab dah terbuang masa yang banyak.
Sampai kat umah antu tu memang kelakar campur seram masa tengok. Ada yang jerit. Ada yang buat bodo jer. Team yummy mummy memang selamba habis. Sikit pun tak terkejut. Hahahah.. Team S'pore jangan cakap la sebab si Adriankan pekak so camne nak terkejut. sabo jer la. Terri ngan Henry siap peluk lagi takut. Bila dah hujung ada sorang antu kasik klue. Terri gi peluk antu tu. Guling² aku gelak.
Pit stop mat ada kat belakang bangunan tu rupanyer. Kena lalu jalan yang seram gak sampaikan sapa ke nama pengacara tu pun cakap bisik². Takut la tu. Team hot chick M'sia dapat no 7. Terkejut derang sebab ingat dah terkeluar. Nangis si Vanessa yang cun melecun tu. Vince kat umah melompat agaknyer. Hehehehe. Team Hong Kong pun sama gak. Sophie + Aurelia tu. Ingat dah terkeluar. Tak percaya ada orang lagi suck dari derang. Aurelia tu memang funny la.
Bila semua dah sampai kat mat baru la tunjuk team Indon Kinar + Brett yang gagal nak buat rock climbing nak gi buat kayaking tapi tempat tu dah tutup. So derang diumumkan terkeluar. Tata!!
Gambar kat bawah ikut urutan team yang sampai.

yummu mummy!!
Paulaku cayang dapat no 4. not bad!!
sophie + Aurelia.. sian sophie.. huhuhu
brett + kinar terkeluar..
Hambik kau!! Panjang giler citer pasal leg 3 ni.. Aku kat opis lagi ni. Sunyi sepi dah. Huhuhu
Year end.
Memang rasa cam mimpi jer tiba² dah Disember. Maknanyer aku dah keje kat company ni almost a year sebab aku start as a temp on march. Jadi permanent staff august. Ye la almost a year. Bulan ni orang yg dah confirm dapat bonus 2 bulan tapi aku next month baru confirm so no bonus for me. Huhuhuhu. Tak kisah la tu. Yang pentingnyer aku ada keje. Bertahun² aku dok tanam anggur sampai dah jadi vineyard dah kat belakang umah tu. Hahaha. If only la kan.
Bila dah cecah year end semua memang sedia maklumlah busy macam nak mati kat tempat keje. Jadinyer blog aku pun tersadailah almost 2 minggu. 2 minggu jugak la dia tak de kat sisi aku. Lagi la hidup jadi huru hara. Balik keje pegi keje. Itu jer la aktiviti hari². Dinner pun dah jadi tak rajin. Tak kuasa sungguh nak makan sengsorang. Baik tak yah makan. Kononlah. Padahal dah 2 kali aku lepak sorang² kat mcD equine tu sengsorang makan eskrem sambil baca paper. Macam besh jer tapi tak besh langsung sebenarnyer. Rasa cam loser ya amatz sebab duduk tempat lepak sorang².
Hari ni ada berita gumbira tahap ke bintang!! Dia nak balik sini. Yeahooo!! Excited tak ingat aku dibuatnyer. Malam tadi patut aku kemas apa yang patut tapi dek kerana penat sangat gi swimming. Aku bantai tido ngan tv, lampu, tingkap semua terbuka. Pukul 6 pagi terjaga. Mati la aku kena marah ngan dia nanti kalau dia baca entry ni.
Citer pasal swimming. Semalam officemate aku sorang ni beria² ajak aku swimming kat bukit jalil tu. Kena bayar RM4 jer katanyer. Nyesal plak aku tak suruh dia bayarkan semalam sebab dia yang ajak. Huhuhu. Anyway memang seronok giler pegi swimming kat situ walaupun hujan. Bukan seronok apa. Seronok sebab tak ramai orang. Biasanyer public swimming pool penuh dengan orang tapi kat situ tak. Aku bet sikit lagi ramai la orang kat situ sebab biasanyer kalau aku jumpa tempat yang besh memula memang aman damai tapi akhirnyer akan dipenuhi orang. We'll see betul atau tak telahan aku ni.
Sebelum gi swim semalam aku memang bajet mesti aku semput giler punya sebab dah la tak excersice langsung. dah 6 bulan tak berenang. Di tambah plak dengan kuantiti isap rokok yang agak banyak. To my surprise, aku tak semput pun. Kalau aku ada goggle semalam memang aku leh buat lap banyak. Sikit semput pun tak. Amazing sungguh rasanyer. May be sebab naik turun tangga opis + kat rumah sikit sebanyak pay off kot. Alhamdulillah. Opismate aku plak yang ala² mengah. Heh heh heh. Satu lagi yang besh kat situ klorin tak de la kuat sangat. Kalau swimming pool kat kondo lama aku dulu jangan cakap la klorinnyer. Boleh membunuh!!
Nampaknyer bulan ni punya bajet kena la ubah sebab ada tambahan barang yang nak dibeli. Aku nak beli swimming suit!! Yeay!!! Year end ni dah la banyak sale. Yeahooo!! Tak sabar nak gi beli.
Panjang ke entry ni? Tak kot. Rasa jer cam panjang tapi tak denyer panjang mana. Entry kat bawah ni testing leh letak gambar ker tak sebab dari ari tu aku nak letak gambar asyik gagal semedang.
Aku nak sambung keje balik ni. Patutnyer aku kena pick dia up pukul 7.30 kang so aku ada masa lagi nak selesaikan apa yang patut.
Seronoknyer sayang nak balik!!!! Rindu tak hengat aku kat dia.

Wednesday, November 28, 2007
Saturday, November 24, 2007
8th anniversary.
TARA 2 Leg 1
Kali ni race dimulakan kat singapore. Tahun lepas kat KL. Memula derang kena pegi cari 2nd clue kat dalam teksi. Ni kira nasib gak ni. Dah dapat clue tu pegi cari 3rd clue. 3rd clue dapat nokia n95. Kena follow gps yang diberi. Menarik!! Detour plak. Kena pilih naik tangga @ guna tali seberang bangunan. Bangunan paling tinggi kat s'pore kot ntah. Dah tentu la semua pilih guna tali. Sapa nak naik tanggakan?
Dah tu derang kena gi filipina. Melompat la team dari pinoy nun. 2 team terlepas kapal tebang. Team no 9 + no 10. Sampai sana dah malam. Hujan plak tu. Kena cari kotak clue. Cluenya kena makan telur bilut 8 biji. Mak oi!!! Ramai la yang termuntah² tapi vanessa + pam makan cam makan telur ayam siot!!
Dah habis makan kena pegi satu church kat filipina gak. Mungkin yang sampai last akan disingkirkan. Berambat la semuanya. Sekali tak de yang disingkirkan cuma team last tu kena penalty 30 minit kalau tak sampai 1st.
Yippieyayyooooooooooooooo!!! Hot chicks dari Malaysia yang dpt 1st place untuk 1st leg semalam. Salute habis aku kat budak berdua tu. Nampak cam gebu² + tak leh mengganas. Sekali mengganas sampai menang + dapat nokia N95 lagik. Congratulation!!! Sayangnyer tak de plak AXN snap + share gambar derang ni menang semalam. Jom la tengok gambar yang lain. Meh.. Meh tengok..
si pam tu mmg sebijik cam abang dia.. huhu.. kagum tengok derang makan bilut. macam lazat jer sampai aku teringin nak makan.. ada tak kat Malaysia? heh heh
mamat pinoy ni plak memang macho sungguh gayanye tapi bengang ngan vanessa + pam sebab leh kalahkan derang. hek eleh!! tapi marc tu memang hot gile!!! fuhhh!!

yummy mummy ni memang lasak. leh cakap tak de hal nak seberang bangunan tinggi guna tali sebab beranak lagi teruk tapi bilut derang tak lalu nak makan. wakakaka..
kapel dari indon ni leh tahan gak tapi cam tak berapa nak menonjol sangat cam adik-beradik dari indon last year.
awek 2 orang ni tak habis bergaduh. time makan bilut si awek perancis (aurelia) leh membebel tak berenti. tercekik kang baru tau. tensen jer sophie. sebenarnya aurelia ngelat tanak makan bilut tu yang cakap tak berenti tu. kui kui

my dearest paula. why are you so pretty? oh.. oh.. ihik..
walaupun adrian tu pekak tapi cekap lagi pantas woo.. sebelum kena makan bilut siap cakap "i am hungry. I want to eat!" sekali time makan bilut muntah ruah.. nyeh nyeh.. sian team ni nasib baik tak sampai last. dapat pemandu teksi tak berapa nak faham arahan. huhuhu
akak lagi hebat dari adik. adik takut tempat tinggi sampai tak bukak mata cross bangunan tu. adik dia the only person yang afraid of high kalau tak silap. yang lain semua main redah je.
Tengok auditio tape derang hari tu pun aku dah guling² gelak. Memang funny couple sungguh la. Tahan la si henry kena tengking ngan bini dia. Slow gak warga emas ni. Aku nak derang stay lama.
tu la.. belagak lagi.. kan dah last. awek tu nampak sangat tak de hati nak race. minggu depan bakal out la couple ni.
Gambar² di atas disusun ikut kedudukan sapa yang sampai dulu sampai last. Ada lagi gambar yang aku dah save dari official website TARA ni tapi tak sempat la aku nak upload sebab aku dah nak balik dah ni..
Bila tengok Pam + Vanessa tu lasak gile aku terpikir yang Vince pun cam gitu gak ke? Cam tak jer... heh heh heh..
Wednesday, November 21, 2007
Jambans di rumahku.
Weekend ari tu housemates aku balik kampung belaka so aku pun amik kesempatan menyenap gambar jamban derang. Ya ampun!! Kalau tengok dalam gambar ni memang tak berapa nak nampak tapi dengan sedihnya aku nak bagitau yang housemates aku tak rajin cuci jamban belaka. Huhuhu
Jamban di atas dibawah pemuliharaan housemate aku yang perasan dia la yang paling lawa dalam dunia. Camera phone aku dah la cikai pastu over expose plak. Nampak cam bersih jer la jamban dia.. tapi tengok la lantai + dinding tu. Sah tak penah berus. Berus atas tangki tu untuk hiasan je. Dia ni duk kat level 1 bilik paling besar. Jamban dalam bilik.
Anugerah jamban terkotor jatuh kepada jamban di atas ni. Orang yang bertanggungjawab memelihara jamban ni baru je duduk sebulan lebih kat umah sewa aku tu. Sejak dia masuk tak penah sekali pun dia cuci bilik air apatah lagi jamban tu. Memang rasa nak pitam aku snap gambar jamban ni. Atas tangki tu kotak sabun yang dah lenjun + kotak kosong. Susah sangat ke nak buang? Ayokk!! Dia ni duduk bawah. Bilik kat dapur so dia assume semua orang guna jamban dia sebab kat bawah tu yang tak kuasa dia nak cuci tu. Memalukan sungguh!
Haa.. Ni jamban bersih sket walaupun berkerak. Uhuk! Uhuk! Memang dia ni aku penah nampak cuci jamban tu tapi jarang² la. Tengok atas tangki tu siap ada lilin wangi lagi. Ada buat mandian romantis la tu. Disebabkan jarang² mencuci lantai dekat² jamban tu pun leh tahan berkerak gak tapi kira ok la jamban dia. Berani la aku nak tumpang guna. Heh.. Heh.. Dia ni pun duduk level 1 sebelah bilik tuan jaga jamban yang atas sekali tu. Kawan baik tau derang ni. Nyampess.. Bilik dia kecik + jamban tu bakal dikongsi dengan penyewa baru kat umah aku tu. Habis la ko. Budak baru tu nampak cam tak peduli jer pasal bersih membersih ni..
Last sekali dah tentu la gambar jamban aku yang duduk kat atas sekali. Ala² loteng gitu + ada jamban. Ruang jamban ni yang paling kecik antara ruang² jamban yang ada kat umah ni. Amacam? Bersih tak? Ni aku belum cuci lagi tau. Atas tangki tu ada bekas sabun untuk upacara rendam merendam sebelum basuh + shampu aku. Macam tak adil jer gambar jamban aku tu cam disnap jarak jauhkan? Bukan per ruang kecik. Nanti aku snap dekat sket. Baru leh banding.
Ini baru jamban tau. Belum masuk sinki + lantai lagi. Belum kira katil, almari, bantal. Macam tak caya aku duduk dengan perempuan semuanya. Hmmm... Kalau ada kesempatan lagi aku akan snap lagi. Apa yang pasti budak² kat umah aku ni memang la tak leh dibuat bini. Melaram pandai la derang tu. Nak ngemas? Jangan harap!!

Tuesday, November 20, 2007
jackie chan cafe
Aku dapat voucher RM100 untuk dispendkan kat Jackie Chan cafe yang baru bukak tu. Cafenyer kat muse floor starhill. Kalau tak de voucher tu agaknyer tak de la aku sampai ke starhill tu. Tak kuasa aku nak gi KL. Sesak!!
logo cafe yang leh tahan dasat!!
menu.. poyo jer muka jackie.. huhu
Cheese + ham sandwich dia order.
Tuna sandwich. Aku order.
Frap choc. Blend sekali ngan brownies. Sedap.
Ice lemon tea yang pahit tapi ok la.
Bila makanan dah sampai. Aku dan dia pun makan la dengan separuh perasaan sebab sebelum sampai tadi expectation tinggi. Cafe tu depan lift. Pastu meja² kat sidewalk level tu. Orang yang lalu lalang dok pandang la aku dan dia ni makan. Apa kes??
Pisau tu sompeh.. Ape da..
Ni la totalnya.. Memang tak berbaloi.
Disebabkan voucher yang aku ada ni RM100 so memang bajet makan termasuk tax untuk RM100 lah. Air 2, sandwich 2, kek 3 + 1 apple pie. Sandwich tu aku buat pun leh dapat rasa yang sama @ lebih sedap. 3 kek tu memang tak dapat lawan secret recipe yang murah tu. Kek sepotong RM12. Lupa nak snap sebab yang tu aku tapau. Apple pie tak makan lagi. Ada dalam fridge. Air plak frap choc tu ok tapi ice lemon tea tu lagi sedap kat oldtown.
Untuk cafe ni aku kasi 2 bintang secara keseluruhan. Eceh! Cam rate movie plak. Lebih kurang sama la kan? May be cafe ni baru so tak de banyak makanan lagi untuk dicuba. Mungkin akan datang ada makanan yang sedap² kat sini. Kena la aku tunggu voucher lain plak.. Heh heh..
Dek kerna dah sampai ke starhill, aku dan dia pun pegi la melawat pavillion. Mak oii.. Mau lumpuh kaki kalau nak tour satu pavillion tu.. Acah jer. Tempatnyer memanglah untuk orang² yang banyak duit. Cam aku dan dia ni setakat bersiar² jer la. Nak usha panggung tapi belum bukak lagi. Sampai dah la aku ke starhill + pavillion. Tak de la nanti kot orang bercerita aku akan jadi cam orang ting tong tak penah jejak kaki ke situ. jadi laaa....
Subscribe to:
Posts (Atom)