Saturday, December 8, 2007

TARA 2 Leg 3

Sori naik lori sangat sebab tak hapdet untuk leg 2. Ini adalah kerana time aku nak hapdet official website TARA tak upload gambar lagi. Tak besh la hapdet tak de gambarkan? Untuk leg 3 ni cepat plak derang hapdet gambar. Last week web developernyer demam kekura kot.

Anyway mari cerita pasal leg 3 semalam. Memang exciting sungguh leg 3 ni. Tak berenti² ngan exciting challenges! Memula jabs aku nak ingat. Ha.. Memula derang kena naik flight ke Hong Kong. Walaupun masa berbeza² tapi semua naik flight yang sama. Masa nak tunggu flight berlepas derang lepak² ler. Sekali si Terri tengking laki dia. Nangis laki dia kat situ. Sian plak aku tengok. Buruk pun ada sebab dah tua nangis bila kena tengking bini. Huhuhu..

Dah sampai Hong Kong berlari la semuanyer nak kena cari clue plak kat satu tempat tu.. Semua orang naik tren kecuali team Indon. Derang sampai dulu pastu derang kena gi Standard Chartered Bank untuk kira dulu selambak atas meja ikut currency HK. Kena bagi jumlah yang tepat. Team yummy mummy excited nak kira. Berkali² salah. Huhuhu.. Pening² derang kira duit tu sampai Rovilson cakap " I don't ever want to see money again." LOL. Team yang dapat jumlah yang tepat memula team adik beradik Jepun. Yang last sekali team S'pore. Gelabah derang.

Destinasi derang seterusnya ialah negara Kiwi!! Sekali lagi derang semua naik flight yang sama. Sampai airport kena cari kete yang ada flag plak. Dalam kete ada klue nak kena gi mana. Orang lain semua dah menggagau cari jalan team Indon tak jumpa kete lagi. Siannyer. Marc + Rovilson ngan team S'pore bernasib baik sebab dapat cari orang yang sanggup tunjukkan jalan. Kekadang aku rasa cam derang yang lain tu tak terpikir ke nak buat camtu padahal derang mesti dah tengok amazing race yang lain. Aper da..

Derang kena pegi satu tempat cam nak kata muzium pun bukan tapi cam tempat yang derang kumpulkan benda bersejarah tapi dalam satu kawasan. Ntah tatau nak cakap camner. Kat situ derang kena snap 3 gambar pastu bawak kat sorang judge tu. Judge tu cam patung siot. Serem aku tengok.

Time ni ramai yang bekerjasama swap gambar. Bagus gak derang ni. Dah dapat snap semua 3 gambar kena buat roadblock. Kena buat bungee kat Auckland Bridge. Dalam kete si Terri dah nangis dah sebab dia tatau nak kena buat bungee. Ha tu la tadi kasik hasben nangis skang ko plak nangis. Hehehehe.

Team M'sia yang terjun Ann + Vanessa. Cambesh jer buat bungee nikan? Tapi aku ni penakut ya amatz. Mungkin boleh pingsan bila terjun tu. Hohohohoho..

Dah buat bungee ada detour plak. Nak buat rock climbing @ kayaking. Ramai pilih rock climbing tapi rata²nyer tak berdaya nak buat. Yang berjaya jejans macho jer. Team Pinoy macho + team S'pore. Yang lain² mmg try gak nak buat. Hancus!! Yang paling teruk dah tentu la team HK. Aurelia kena marah kaw² ngan Sophie sebab konon boleh buat tapi tak boleh. Dah buang masa. Huhuhuhu..

Bila semua dah selesai berrock climbing + kayaking tinggal team Indon yang lambat dapat kete tadi pastu masih kat tempat nak snap gambar. Alahai. Apa la nasib. Pastu nak try buat rock climbing plak tu. Adeh la. Nangis si Kinar yang seksi tu.

Untuk sampai pit stop seterusnyer derang kena cari hospital sakit jiwa yang dah jadi rumah berantu. Jauh gak kot sebab sesat larat derang dibuatnyer. Masa tengah cari jalan team hot chick M'sia kena langgar kete. Tergezut aku tengok. Aku pun tak sure salah siapa tapi orang yang langgar tu siap report polis bagai. Last season pun ada melibatkan polis gak tapi sebab langgar speed limit. Masa ni team hot chick dah rasa cam derang akan kalah sebab dah terbuang masa yang banyak.

Sampai kat umah antu tu memang kelakar campur seram masa tengok. Ada yang jerit. Ada yang buat bodo jer. Team yummy mummy memang selamba habis. Sikit pun tak terkejut. Hahahah.. Team S'pore jangan cakap la sebab si Adriankan pekak so camne nak terkejut. sabo jer la. Terri ngan Henry siap peluk lagi takut. Bila dah hujung ada sorang antu kasik klue. Terri gi peluk antu tu. Guling² aku gelak.

Pit stop mat ada kat belakang bangunan tu rupanyer. Kena lalu jalan yang seram gak sampaikan sapa ke nama pengacara tu pun cakap bisik². Takut la tu. Team hot chick M'sia dapat no 7. Terkejut derang sebab ingat dah terkeluar. Nangis si Vanessa yang cun melecun tu. Vince kat umah melompat agaknyer. Hehehehe. Team Hong Kong pun sama gak. Sophie + Aurelia tu. Ingat dah terkeluar. Tak percaya ada orang lagi suck dari derang. Aurelia tu memang funny la.

Bila semua dah sampai kat mat baru la tunjuk team Indon Kinar + Brett yang gagal nak buat rock climbing nak gi buat kayaking tapi tempat tu dah tutup. So derang diumumkan terkeluar. Tata!!

Gambar kat bawah ikut urutan team yang sampai.

cutenyer marc ni. rasa cam nak makan!! heh heh


adrian + collin (S'pore)


yummu mummy!!


Paulaku cayang dapat no 4. not bad!!

henry + terri yang kecoh..


Japanese sibling.
hot chick nangis pun lawa ingat dah terkeluar.


sophie + Aurelia.. sian sophie.. huhuhu



brett + kinar terkeluar..


Hambik kau!! Panjang giler citer pasal leg 3 ni.. Aku kat opis lagi ni. Sunyi sepi dah. Huhuhu

No comments: