Monday, September 6, 2010

Iklan Raya: TV3 mohon maaf

Sila baca previous entry ---> Iklan Raya TV3

Oleh MUZLINA ABU BAKAR
muzlina.bakar@utusan.com.my

KUALA LUMPUR 5 Sept. - Sistem Televisyen Malaysia Berhad (TV3) hari ini memohon maaf kepada seluruh masyarakat Islam kerana penyiaran iklan yang dikatakan mempunyai unsur-unsur yang boleh memesong akidah terutama kanak-kanak.

Sehubungan itu, iklan tersebut yang ditayangkan sejak Khamis lalu telah pun dihentikan penyiarannya semalam.

Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Rangkaian Televisyen Media Prima Berhad, Datuk Seri Farid Ridzuan ketika dihubungi hari ini berkata, bagi pihak TV3 beliau meminta maaf kepada masyarakat Islam terutama penonton TV3 di atas kesilapan yang tidak disengajakan itu.

"Sebagai orang yang bertanggungjawab meluluskan iklan itu, tidak terlintas di fikiran saya untuk menyinggung perasaan mana-mana pihak sebaliknya hanya melihat itu sebagai daya kreativiti pengarahnya. "Dalam iklan selama seminit itu, ia menggambarkan impian seorang kanak-kanak dengan beca ajaibnya sesuai dengan tema TV3 tahun ini iaitu Sinari Lebaran,'' katanya.

Sejak Khamis lalu, TV3 menyiarkan iklan sempena hari raya yang menggambarkan seorang 'Pak Haji' mengajak kanak-kanak menaiki beca ajaib sehingga melintasi bulan.

Ia seolah-olah menyamai watak Santa Claus menaiki kereta salju yang dipacu oleh sekawan rusa kutub membawa hadiah Hari Natal untuk kanak-kanak.

Iklan tersebut juga menampilkan babak kemunculan pelita melalui bunga teratai yang dikatakan menyamai fahaman agama Buddha.

Iklan tersebut diterbitkan oleh Pengarah Kreatif TV3, Douglas Khoo Hong Seng dengan kos penerbitan RM200,000 dan banyak menggunakan teknik janaan pengimejan komputer (CGI). Menurut Farid, dengan mengambil kira rungutan dan rasa tidak senang penonton, iklan tersebut telah pun dihentikan pada pukul 9 malam tadi selepas lima kali disiarkan. ''Walaupun iklan itu baru lima kali ditayangkan, kami telah pun menarik penyiarannya demi memelihara keharmonian dan menghargai pandangan penonton. "Sebagai sebuah stesen televisyen yang sentiasa cuba memberikan yang terbaik kepada penonton, komen-komen begini sedikit sebanyak membantu kami untuk tidak melakukan kesilapan lagi," katanya.

Farid berkata, disebabkan kesuntukan masa, mulai esok sebagai menggantikan iklan tersebut, TV3 akan menyiarkan iklan raya tahun lalu iaitu 'Ikan di laut, asam di darat' arahan Allahyarham Yasmin Ahmad.

Sementara itu, Douglas ketika dihubungi mengenai iklan daripada idea kreatifnya itu akur dengan apa juga keputusan pihak TV3.

Katanya, sebagai Pengarah Kreatif TV3 beliau cuba melahirkan sesuatu yang menarik sesuai dengan tema kali ini iaitu Sinari Lebaran dengan menggambarkan keriangan kanak-kanak. "Semasa membuat iklan ini, apa yang saya fikir hanyalah untuk melahirkan Melayu milenium dan tidak pernah terlintas untuk menyinggung perasaan orang Islam. "Saya cuma mahu gambarkan impian dan keriangan kanak-kanak itu dengan beca ajaibnya untuk mencapai apa yang difikirkan kerana saya rasa ia cantik dan sesuai. "Saya benar-benar menyesal atas apa yang berlaku dan saya memohon maaf kepada masyarakat Islam di atas kesilapan yang tidak disengajakan,'' katanya.

Beliau berkata, komen dan pandangan pelbagai pihak akan dijadikan panduan dalam menghasilkan sesuatu karya pada masa depan.

Iklan Sinari Lebaran yang menelan kos sebanyak RM200,000 menjalani penggambaran tiga minggu lalu di Bukit Broga, Semenyih, Negeri Sembilan.

Penggambaran selama seminggu itu mengabadikan babak beca ajaib dari Pulau Pinang, Perak dan Bukit Broga dengan menggunakan CGI dengan lagu latar hari raya ciptaan komposer Jerry dan Bijay dan dinyanyikan oleh Atilia.

DUH!!!

Sunday, September 5, 2010

Astaqfirullahalazim.. Iklan Raya 2010 TV3..

Astaqfirullahalazim.. Aku baru tau pasal iklan ni lepas tengok berita kat TV3 tadi. Pembaca berita minta maaf jika menyinggung perasaan orang ramai + menarik balik iklan tersebut. Apa lagik aku terus la gunakan khidmat pokcik google!!

Sungguh aku terlambat 2 hari rupanyer...





Dah tengok video kat atas tu?? Amacam?? Rasa okkah?? Meh baca kat link bawah ni.. Meremang bebulus membaca menerangan secara detail maksud tersirat iklan tu..


Astaqfirullahalazim.. Terus aku urut dada terkejut membacanyer.. Ini la akibatnyer bila taksub sangat dengan 1Malaysia sampaikan agama pun nak dicampuradukkan.

Siapa la yang buat iklan ni? Siapa yang approvekan iklan untuk di TX kat tv? Kalau orang yang buat + approvekan iklan ni orang Islam... Tatau la nak cakap apa...

Ni ada link2 lagi untuk jadi rujukan..



Thursday, September 2, 2010

1st attempt bakar kuih raya guna oven butterfly..

Tawun ni disebabkan aku dapat oven butterfly pree jadiknyer dengan rajin + semangat aku cuba untuk bakar kuih raya sendiri. Setelah sekian lama asik bawak balik kampung kuih tunjuk semedang. Tawun ni baek punya berangan nak bawak balik kuih sendiri bikin. Yihawwww!!

Aku dah siap buat 1 jenis kuih yang tak yah bakar so ni 1st attempt untuk buat kuih yang perlu dibakar di dalam oven. Aku siap beli buku masakan kuih raya tuh.. Walaupun leh guna khidmat percuma pokcik google tapi refer buku memang lagik besh. Hik hik..

Disebabkan kali pertama bakar kuih raya aku pilih kuih yang aku bajet senang nak buat + bahan2 tak berapa banyak.

Butter shortbread jadik pilihan aku.

Sila la refer pada gegambar kat bawah untuk tindakan selanjutnya..






















Net cam haram malam ni... Nak upload gegambo punya jenuh.. Caption aku sambung nantilah...


Tuesday, August 31, 2010

Biskut raya!!!

Sempena cuti Merdeka ni aku nak buat biskut raya!!

Wednesday, August 25, 2010

www.tonton.com.my

Pergggghhhh!! Memang terbaek wokkk!!!

Monday, August 23, 2010

Puding roti caraku..

1. Step last² tu bakar 20-30 minit pada suhu 180.

2. Roti yang dah disapu ngan butter + potong + susuh dalam loyang

3. Telur + gula pukul sampai kembang yer.

4. Susu dutch lady full krim 450ml dipanaskan jangan sampai mendidih.

5. Telur + gula yang dah dipukul sebati lagik kembang + masukkan susu panas tadi.

6. Tuang gula + gula + susu dalam loyang yang dah tersusun roti sapu butter.

7. Camni la rupa dia... gebus...

8. Tabur la coklat chip ke... Raisin ke.. Ayam golek ker.. Ikut selera tekak..

9. Masukkan dalam oven.. (ku guna oven butterfly jah)

10. 30 minit dah leh angkat.

11. Potong buh dalam pinggan + tuang susu Ideal + makan.


Selamat mencuba.

(^^)

Gulai Asam pedas cara bondamu..

Ini antara gulai yang aku selalu masak sebab senang + sungguh menyelerakan bila makan dengan nasi panass....

Bahan²nya

1. Ikan kembung sekor
2. Bawang merah 5 ulas
3. Cabai merah 3 biji
4. Daun kunyit
5. Asam keping
6. Belacan
7. Serbuk kunyit
8. Garam secukup rasa
9. Air


1. Cabai merah dipotong utk ditumbuk bersama bahan2 lain

2. Cabai, bawang, belacan + garam sedia utk ditumbuk

3. Ikan dah cantek landing dalam periuk

4. Ini la rupa daun kunyit kot pada yg x kenal. 50sen kat Tesco. Mahal!!

5. Upacara menumbuk pun bermula

6. Dah siap ditumbuk. X perlu lumat sgt. Jangan blender tau. Tak besh

7. Ikat gitu jer daun kunyit + masuk dalam periuk bersama bahan yg dah ditumbuk

8. Boh la air.

9. Air kira hapus ikan tu la. Lebihkan sket.

10. Nak bagi besh letak sikit serbuk kunyit.

11. Nampak cantik tak? Ada kaler kuning tu?

12. Letak periuk atas api yang sederhana perlahan.

13. Ni belum ngelegak

14. Dalam 15 minit siap la gulai ni + leh makan dah.


Selamat mencuba!!

(^^)

Saturday, August 21, 2010

LV Monogram Delightful

I WANT THIS PLEASE!!


Louis Vuitton Monogram Delightful

On June 2010, Louis Vuitton will launch a delightful new Monogram bag… the Monogram Delightful. This practical shoulder bag with an extra-supple hobo shape would definitely make a great casual-chic purse perfect for everyday use.

Available in 3 sizes:

PM (18.1″ X 10.2″ X 7.1″)
MM (20.5″ X 11.8″ X 7.9″)
GM (22.8″ X 12.6″ X 8.3″)

Our Price: PM – RM2,475, MM – RM2,775 & GM – RM3,565


source - http://luxe-box.com/

Tuesday, August 17, 2010

@ yang ni..


Serve this mushroom quiche for a special brunch to really impress your guests.

Ingredients:
One prepared pie crust.
4 medium eggs.
½ lb of sliced mushrooms.
¼ lb of shredded Swiss cheese.
2 cups of heavy cream.
¼ cup of butter.
2 tablespoons of green onion, minced.
1 tablespoon of butter, softened.
½ teaspoon and ¼ teaspoon of salt.
Pinch of pepper.

Preparation Instructions:
Preheat your oven to 425°F (220°C).

Spread the pie crust evenly with the butter, then chill.

With a wire whisk, beat the eggs, heavy cream, and ½ teaspoon of salt. Stir in the shredded Swiss cheese.

Melt the butter in a skillet over medium-high heat.

Add the sliced mushrooms, ¼ teaspoon of salt, minced green onions and pepper. Cook for 5 minutes or until the vegetables are tender, stirring frequently.

Stir the mushroom mixture into the cream mixture.

Pour into the pie crust and bake for 15 minutes at 425°F (220°C).

Reduce heat to 325°F (160°C), and bake for another 35 minutes.

Allow to stand for 10-15 minutes before serving.

www.saidaonline.com/en

Nak try resepi ni...

Chicken and Mushroom Quiche

Recipe by Amy Beh

Ingredients

  • 255g plain flour, sifted
  • 150g butter, diced
  • 1 egg yolk
  • 2 tbsp iced water, approximately

    Filling
  • 100g chicken fillet, shredded
  • 100g button mushrooms, sliced
  • 50g straw mushrooms, sliced
  • 2 tbsp butter or margarine
  • 1/2 tsp chopped garlic
  • 2 tbsp diced green capsicum

    Custard filling
  • 120ml UHT milk
  • 2 eggs, lightly beaten
  • 1/4 tsp pepper
  • 1/4 tsp salt or to taste

    Method
    To make the pastry, put sifted flour into a mixing bowl and rub in butter (or process flour and butter until mixture resembles breadcrumbs). Add egg yolk and enough water to make ingredients cling together (or process until ingredients just come together).

    Press the dough into a ball and knead lightly on a floured surface until smooth. Wrap in plastic and refrigerate for 30 minutes. Roll out the pastry dough between 2 sheets of baking paper until large enough to line a lightly greased loose base flan tin. Trim the edges and refrigerate for 30 minutes. Cover pastry with baking paper and fill with dried beans or rice. Bake in preheated oven at 200°C for 10 minutes. Remove beans or rice and paper; bake further for 10 minutes or until lightly browned. Cool.

    To prepare the filling, heat butter or margarine, add garlic and fry until fragrant. Add chicken and button mushrooms and fry until cooked through.

    Dish out and mix with straw mushrooms and capsicum. Drain on a colander and leave aside to cool. Spread this mixture onto the pastry case.

    For the custard filling, combine egg, milk, pepper and salt well together. Pour into the pastry case to cover the mushroom filling. Bake in preheated oven at 180°C for about 25–30 minutes or until mixture is set and cooked. Serve quiche hot.