Friday, October 10, 2008

Confirm hilang.

Ntah kat mana la aku tercicirkan camera tu.. Camner la leh tercicir tu yang aku heran. Bukannyer camera latest model yang slim² tu tapi ni zaman ais punya camera. Jenuh aku cari sampai aku pusing car park masa tengahari rembang tadi. Kot memang tercicir kat situ memang sah takkan ada dah. Tapi aku just try my luck kot ada. Luck aku memang tak de nampaknyer. Try tanya kat tukang sapu kat situ tapi tak paham bahasa la plak. Huhuhu..

Maka aku kena bersedia kena bebel balik umah kang sebab cuai sangat boleh bagi camera tu hilang. Dah la roomate kesayangan tak bagi bawak gi opis sebab dia nak guna. Dek sebab aku degil + benda tu hilang plak. Mesti kena bebel kaw².. Padan ngan muka aku.

Ya Allah kuatkan la semangat aku nak menempuhnyer.

Amin.


ps: cam biasa bila ada rasa tensi.. akan gi JP untuk tenangkan fikiran..

mana la peginya??

Ishk bengang betul bila hilang barang ni. Rabu malam aku letak dalam beg nak gi keje siap² sebab takut terlupa bawak. Pagi khamis aku siap² gi keje pastu terus gi management pasal motor kena clamp. Beg keje aku tinggal dalam kete jer sebab bukan ada orang pun situ. Kete dah semestinya la aku kunci.

Lepas setengah jam sembang ngan management mintak bukakan clamp tanpa bayar denda + berjaya aku terus pecut gi keje sebab dah lambat.

Sampai tempat keje terpaksa la parking jauh sebab dah lambat tadikan so aku bawak beg tu cam biasa kat bahu sampai ke opis. Sampai opis aku letak beg dalam laci. Sebelum tu aku kuarkan apa yang patut dari beg. Masa tu aku tak perasan benda tu tak de.

Dah petang lepas call orang tersayang itu baru aku teringat pasal benda tu + cari dalam beg. Sekali tak de la plak. Eh?? Camner leh tak de??

Aku assume aku terletak benda tu dalam beg lain so tak per la. Balik rumah aku cari dalam beg lain. Tak de pun. Aduhhh!!! Jauh dalam kete ke? Malas plak nak turun gi check. Gi keje esok aku cari ler.

So aku pun tido dengan perasaan pelik. Mana plak peginya benda alah tu.

Pagi tadi lepas mandi bagai. Aku terus turun gi cari benda tu. Tak de jugak!! Ah sudah. Camner leh tak de dalam kete ni. Aku naik atas balik bagitau roomate kesayangan yang benda tu dah tak de. Kena bebel sekejap tapi aku terus cabut kata nak gi keje + rasa benda tu mungkin ada dalam laci. Tercicir dari beg.

Memecut la aku gi keje + dapat la parking dekat sebab sampai sebelum pukul 9. Kelam kabut aku naik tangga ke opis. Sampai jer terus melutut buka laci. Lacinyer rendah so terpaksa la melutut. TAK DE!!!

Ya Allah ya tuhanku. Camner leh jadi camni. Tang mana plak tercicirnya benda tu. Ishk!! Mati la kena bebel karang bila dia dapat tau benda tu tak de. Dah la dia nak guna benda tu.

Tensi! Tensi aku dibuatnyer. Ni yang rasa nak berkampung kat JP ni. Camner nak buat keje kalau dah susah hati camni.. Aduh....

Thursday, October 9, 2008

Super busy.

Hari ni belum super lagi tapi bila dah start Sehati Berdansa nanti. Aku rasa aku akan super duper busy. Huhuhuhu..


Wednesday, October 8, 2008

Angie's back!!!

A true beauty.

Her figure after 3 months giving birth to twins. Wow!!!

With her man.

I really adore angie. She is perfect to me.

Guess the belle.


Can you can who is she??

Tuesday, October 7, 2008

Shiloh + Suri.



Who is the cutest??

Masak kek ngan kawan sekolah.

Hari sabtu sebelum raya ari tu ada sorang kawan aku datang umah. Kebetulan umah adik dia kat tingkat 6 + umah aku kat tingkat 8. Dia dok Manjung tapi raya nak balik Labuan jumpa grandparents so kira dia transit kat umah adik dia sebelum terbang ke Labuan.

Kengkonon nak masak bagai la aku nak jamu dia makan tapi tak jadi sebab katanya dia mungkin sampai dah dekat sangat nak berbuka @ terlepas waktu berbuka. Since aku tak jadi nak masak aku pun gi la shopping raya. Heheheh..

Kawan aku ni memang kamceng habis la ngan aku masa kat sekolah dulu. Kitaorang satu kelas masa form 4 + 5. Pastu kat asrama dok satu level. Dia ni sejak aku kenal memang la kelakar ya amatz budaknyer. Dia tak yah buka mulut pun dah boleh bagi aku gelak. Jalan laju jer. Maklum pelari terhandal kat sekolah. Pandai plak tu. Takat add maths tu memang leh tutup mata jer dia settlekan. Heheheh.. Udah2 ler aku puji ko yer yus..

Aku memang excited nak tunggu kawan aku ni datang tapi disebabkan aku keluar gi shopping hari sabtu tu terlambat la aku sampai umah. Kejikan? Konon beria nak tunggu kawan datang tapi leh plak balik lambat. Huhuhu..

Dekat pukul 9 lebih baru la aku sampai umah. Mesti tensen jer kawan aku tu sebab dia sampai umah adik dia beberapa minit sebelum berbuka. Ingat leh la terus lepak umah aku kan? Sekali aku tak de kat umah plak. Sori yus.. Jentiklah bulu mata aku. Aku rela.

Bila dah jumpa tu jangan dikenangkan bercerita. Sambil bercerita tu aku buat bancuh la adunan kek. Nak bagi kawan aku rasa kek yang aku masak guna rice cooker itew. Hehehe.. Sembang punya sembang boleh plak aku terlebih bubuh butter. Patut 125g jer tapi aku bubuh 250g. Patut ler berketul semacam jer.

Gelabah aku jabs sebab beria nak bagi orang rasa kek sekali salah bancuh daaa.. Nasib baik ada extra tepung. Jadi la 2 bacuhan kek. Risau gak kot tak jadi kek tu. Buat malu den yo..

Alhamdulillah kek tu menjadik dengan cantik sekalik. Bau pun harum.. Aku buat kek coklat buah. Udah siap masak aku nak bagi la kawan aku tu makan. Sekali dia on diet la plak. Adehh!! Nak tanak aku paksa gak dia makan. Lepas raya nanti ko gi gym tiap2 hari ye. Sikit jer dimakan kek tu. Tak kisah la tu sebab 3/4 dari kek tu aku suruh di bawak gi umah adik dia bagi anak,laki,mak + adik dia makan.

Ingat leh la lepak sampai pagi tapi lupa plak aku yang dia ada anak kecik. Ingatkan anak tu masih isap susu gantung rupanyer kalau nak tido kena ada susu gantung kat sebelah. Kot tak, tak leh tido. Hehehehe..

Seronoknyer dapat jumpa kawan lama. Excited gak nak jumpa kawan2 lain yang ada berterabur kat kl ni. Tu yang aku bercadang nak buat open house. InsyaAllah kalau berkesempatan memang aku nak buat open house for the 1st time.. Errr.. Ada ke orang nak datang nanti pun..



ps: Tadi aku dapat tau yang kek aku dia bawak sampai ke Labuan. Merasa kek aku sampai ke sana. Aku ni ntah bila plak. Huhuhu..

Monday, October 6, 2008

Idak gak beso lagi..

3 bulan lebih aku tak jumpa dak² sebab tak balik Tepen. Raya ni baru jumpa. Sib baik derang ingat lagi kat mak long kesayangan derang ni. Kot tak memang nak kena rotan. Hahahah. Mak long yang jarang balik dah tu nak rotan derang plak. Hik hik..

Abang senyum cover mulut sebab gigi rosak teruk sampai kena tampal.. gigi susu pun leh tampal.. baru aku tau.. huhuhu..

Adik gigi cantik tapi saje tanak tayang gigi yang cantik tu. Takut abang jeles pastu kena belasah ngan abang plak.. Ayakkk..

Abang memang suka posing. Adik kira nak makan + ngusik budak pompan yang lagi kecik dari dia. Amboi.. Tecit² dah gatai nooo...

Bila lagi la nak jumpa cucu kesayangan mak aku ni sebab aku memang cemuih sungguh nak balik Tepen. Betul ke penggunaan cemuih tu? Main hentam suka suki aku jer.. Hohoho

Huhuhu...

Sunday, September 28, 2008

Selamat Hari Raya Aidilfitri.

Since dah berusia (ehemm.. ehemm..) ni memang tak berapa nak rasa sangat la suasana raya tu. Lain le pada orang yang sebaya ngan aku tapi dah beranak-pinak. Mesti ada rasa nak raya sebab sibuk shopping baju raya anak2. Aku ada anak gak tapi anak aku tak ikut raya sama. Aku anto derang boarding kat St. Angels dekat ngan umah aku. Baju raya derang memang aku tak de belikan sebab derang tak ske pakai baju. Hehehhe..

Cakap pasal boarding tu risau gak aku. Leh ke derang bertahan terkurung dalam sangkar selama seminggu kat situ? Sian plak aku kat derang bila dikenang2kan tapi kalau nak bawak balik susah gak. Maklum le raya mesti la busy. Umah kat kampung cam kebiasaan rumah bawah bukan apartment. Ntah ke mana plak derang merayau nanti kalau dibiarkan. Tu yang aku amik keputusan nak hantar boarding. Tak pe la kalau terpaksa keluarkan duit lebih sket. Aku cuma risau aku balik nak amik derang nanti derang merajuk. Kalau merajuk monyok tak per lagi. Kot merajuk tanak makan plak. Jenuh la gitu. Harap2 semua ok la.

Sebelum aku bertolak balik kampung esok aku akan hantar derang ke situ. Rasanyer mesti aku nangis. Huhuhu. Tak pernah berpisah ngan derang skang nak berpisah seminggu. Sedihnyer.. 2, 3 hari ni cicit 2 ekor tu main bukan main buas lagi. Cam tau nak kena tinggal jer.

Since esok aku dah balik kampung + kat kampung aku tak leh nak online so tak dapat la aku nak update blog aku ni sampai isnin minggu depan. Tatau la kalau tersinggah kat memana cc leh la aku update.. Kalau cc bukan hari raya la.. Heheh..

Cam tahun lepas gak aku ada design kad raya untuk anto thru email kat kengkawan opis. Tahun ni aku buat gak tapi tak dapat nak design beria sebab buat gigiler punya last minute. Design kat bawah ni jer la yang takat aku mampu buat.



Di kesempatan ini (very common words digunakan dalam kad raya) aku nak minta maaf kepada korang yang sudi baca + singgah ke blog aku yang tak seberapa ni. Kot2 ada ayat@gambar yang offended korang tanpa aku sedari. Maafkan aku.

Time beraya tu ingat2 ler jugak orang yang tak bernasib baik (ingat time melantak menu raya, jangan pelahap sangat) + ingat la orang tersayang (ni dah tentu la masa korang racing kat jalan raya time nak balik kampung @ nak gi beraya).

Errr... Nak duit raya.. (^^)

Friday, September 26, 2008

TARA 3 ~ Leg 3

Minggu ni aku terlepas tengok lagi sebab tido gak. Huhuhu. Tapi aku dah tau sapa terkeluar + roomate tercinta dah citerkan dari A-Z sampai aku rasa aku tengok gambo pun dah cukup. Hehhehe.. Aku memang dah agak beauty queen tak tahan lama sebabkan former miss universe punya peel last week. Jadinyer memang la derang terkeluar minggu ni.

Roomate aku kata leg 3 ni memang tough giler task2 derang sampai derang rasa tersiksa. Siannyer. Nasib derang la kan? Dah la hadiah USD100K jer. Tak patut btol.

Natalie dah tak tahan dah.. Alahai..

Tata beauty queen.. Gonna miss u girls..

Muka Pailin menahan sabar bila Natalie kata dia dah tak tahan dah nak teruskan..

Pailin tertonggeng sebab tak berapa nak reti kontrol beca.. Sakit tu..

Udah tak daya bebeno teman wehh!!

Geoff menghempuk padi cam orang ilang akal..

Abah dari India tgh mintak tolon nak settlekan detour..

Semangat semacam jer Geoff..

Dua beradik yang selalu gado tapi bertekad untuk menang. Chayokk!!

Oliver buat muka geram tapi kiut sebab kena naik bas 25 jam.. Keje gile btol!!

Ayokk!! Cam blow up doll plak si Ida.. Heh heh..

Minggu depan dapat ke tengok ek sebab hari tu raya ke 2... Tengok ulangan jer la.. Dah le yang minggu ni langsung tak tengok.. Kena cari kat youtube la gini..