Since dah berusia (ehemm.. ehemm..) ni memang tak berapa nak rasa sangat la suasana raya tu. Lain le pada orang yang sebaya ngan aku tapi dah beranak-pinak. Mesti ada rasa nak raya sebab sibuk shopping baju raya anak2. Aku ada anak gak tapi anak aku tak ikut raya sama. Aku anto derang boarding kat St. Angels dekat ngan umah aku. Baju raya derang memang aku tak de belikan sebab derang tak ske pakai baju. Hehehhe..
Cakap pasal boarding tu risau gak aku. Leh ke derang bertahan terkurung dalam sangkar selama seminggu kat situ? Sian plak aku kat derang bila dikenang2kan tapi kalau nak bawak balik susah gak. Maklum le raya mesti la busy. Umah kat kampung cam kebiasaan rumah bawah bukan apartment. Ntah ke mana plak derang merayau nanti kalau dibiarkan. Tu yang aku amik keputusan nak hantar boarding. Tak pe la kalau terpaksa keluarkan duit lebih sket. Aku cuma risau aku balik nak amik derang nanti derang merajuk. Kalau merajuk monyok tak per lagi. Kot merajuk tanak makan plak. Jenuh la gitu. Harap2 semua ok la.
Sebelum aku bertolak balik kampung esok aku akan hantar derang ke situ. Rasanyer mesti aku nangis. Huhuhu. Tak pernah berpisah ngan derang skang nak berpisah seminggu. Sedihnyer.. 2, 3 hari ni cicit 2 ekor tu main bukan main buas lagi. Cam tau nak kena tinggal jer.
Since esok aku dah balik kampung + kat kampung aku tak leh nak online so tak dapat la aku nak update blog aku ni sampai isnin minggu depan. Tatau la kalau tersinggah kat memana cc leh la aku update.. Kalau cc bukan hari raya la.. Heheh..
Cam tahun lepas gak aku ada design kad raya untuk anto thru email kat kengkawan opis. Tahun ni aku buat gak tapi tak dapat nak design beria sebab buat gigiler punya last minute. Design kat bawah ni jer la yang takat aku mampu buat.
Di kesempatan ini (very common words digunakan dalam kad raya) aku nak minta maaf kepada korang yang sudi baca + singgah ke blog aku yang tak seberapa ni. Kot2 ada ayat@gambar yang offended korang tanpa aku sedari. Maafkan aku.
Time beraya tu ingat2 ler jugak orang yang tak bernasib baik (ingat time melantak menu raya, jangan pelahap sangat) + ingat la orang tersayang (ni dah tentu la masa korang racing kat jalan raya time nak balik kampung @ nak gi beraya).
Errr... Nak duit raya.. (^^)
No comments:
Post a Comment