Tuesday, October 7, 2008
Masak kek ngan kawan sekolah.
Kengkonon nak masak bagai la aku nak jamu dia makan tapi tak jadi sebab katanya dia mungkin sampai dah dekat sangat nak berbuka @ terlepas waktu berbuka. Since aku tak jadi nak masak aku pun gi la shopping raya. Heheheh..
Kawan aku ni memang kamceng habis la ngan aku masa kat sekolah dulu. Kitaorang satu kelas masa form 4 + 5. Pastu kat asrama dok satu level. Dia ni sejak aku kenal memang la kelakar ya amatz budaknyer. Dia tak yah buka mulut pun dah boleh bagi aku gelak. Jalan laju jer. Maklum pelari terhandal kat sekolah. Pandai plak tu. Takat add maths tu memang leh tutup mata jer dia settlekan. Heheheh.. Udah2 ler aku puji ko yer yus..
Aku memang excited nak tunggu kawan aku ni datang tapi disebabkan aku keluar gi shopping hari sabtu tu terlambat la aku sampai umah. Kejikan? Konon beria nak tunggu kawan datang tapi leh plak balik lambat. Huhuhu..
Dekat pukul 9 lebih baru la aku sampai umah. Mesti tensen jer kawan aku tu sebab dia sampai umah adik dia beberapa minit sebelum berbuka. Ingat leh la terus lepak umah aku kan? Sekali aku tak de kat umah plak. Sori yus.. Jentiklah bulu mata aku. Aku rela.
Bila dah jumpa tu jangan dikenangkan bercerita. Sambil bercerita tu aku buat bancuh la adunan kek. Nak bagi kawan aku rasa kek yang aku masak guna rice cooker itew. Hehehe.. Sembang punya sembang boleh plak aku terlebih bubuh butter. Patut 125g jer tapi aku bubuh 250g. Patut ler berketul semacam jer.
Gelabah aku jabs sebab beria nak bagi orang rasa kek sekali salah bancuh daaa.. Nasib baik ada extra tepung. Jadi la 2 bacuhan kek. Risau gak kot tak jadi kek tu. Buat malu den yo..
Alhamdulillah kek tu menjadik dengan cantik sekalik. Bau pun harum.. Aku buat kek coklat buah. Udah siap masak aku nak bagi la kawan aku tu makan. Sekali dia on diet la plak. Adehh!! Nak tanak aku paksa gak dia makan. Lepas raya nanti ko gi gym tiap2 hari ye. Sikit jer dimakan kek tu. Tak kisah la tu sebab 3/4 dari kek tu aku suruh di bawak gi umah adik dia bagi anak,laki,mak + adik dia makan.
Ingat leh la lepak sampai pagi tapi lupa plak aku yang dia ada anak kecik. Ingatkan anak tu masih isap susu gantung rupanyer kalau nak tido kena ada susu gantung kat sebelah. Kot tak, tak leh tido. Hehehehe..
Seronoknyer dapat jumpa kawan lama. Excited gak nak jumpa kawan2 lain yang ada berterabur kat kl ni. Tu yang aku bercadang nak buat open house. InsyaAllah kalau berkesempatan memang aku nak buat open house for the 1st time.. Errr.. Ada ke orang nak datang nanti pun..
ps: Tadi aku dapat tau yang kek aku dia bawak sampai ke Labuan. Merasa kek aku sampai ke sana. Aku ni ntah bila plak. Huhuhu..
Monday, October 6, 2008
Idak gak beso lagi..
Abang senyum cover mulut sebab gigi rosak teruk sampai kena tampal.. gigi susu pun leh tampal.. baru aku tau.. huhuhu..
Adik gigi cantik tapi saje tanak tayang gigi yang cantik tu. Takut abang jeles pastu kena belasah ngan abang plak.. Ayakkk..
Abang memang suka posing. Adik kira nak makan + ngusik budak pompan yang lagi kecik dari dia. Amboi.. Tecit² dah gatai nooo...Bila lagi la nak jumpa cucu kesayangan mak aku ni sebab aku memang cemuih sungguh nak balik Tepen. Betul ke penggunaan cemuih tu? Main hentam suka suki aku jer.. Hohoho
Huhuhu...
Sunday, September 28, 2008
Selamat Hari Raya Aidilfitri.

Di kesempatan ini (very common words digunakan dalam kad raya) aku nak minta maaf kepada korang yang sudi baca + singgah ke blog aku yang tak seberapa ni. Kot2 ada ayat@gambar yang offended korang tanpa aku sedari. Maafkan aku.
Time beraya tu ingat2 ler jugak orang yang tak bernasib baik (ingat time melantak menu raya, jangan pelahap sangat) + ingat la orang tersayang (ni dah tentu la masa korang racing kat jalan raya time nak balik kampung @ nak gi beraya).
Errr... Nak duit raya.. (^^)
Friday, September 26, 2008
TARA 3 ~ Leg 3
Roomate aku kata leg 3 ni memang tough giler task2 derang sampai derang rasa tersiksa. Siannyer. Nasib derang la kan? Dah la hadiah USD100K jer. Tak patut btol.
Natalie dah tak tahan dah.. Alahai..
Tata beauty queen.. Gonna miss u girls..
Muka Pailin menahan sabar bila Natalie kata dia dah tak tahan dah nak teruskan..
Pailin tertonggeng sebab tak berapa nak reti kontrol beca.. Sakit tu..
Udah tak daya bebeno teman wehh!!
Geoff menghempuk padi cam orang ilang akal..
Abah dari India tgh mintak tolon nak settlekan detour..
Semangat semacam jer Geoff..
Dua beradik yang selalu gado tapi bertekad untuk menang. Chayokk!!
Oliver buat muka geram tapi kiut sebab kena naik bas 25 jam.. Keje gile btol!!
Ayokk!! Cam blow up doll plak si Ida.. Heh heh..Minggu depan dapat ke tengok ek sebab hari tu raya ke 2... Tengok ulangan jer la.. Dah le yang minggu ni langsung tak tengok.. Kena cari kat youtube la gini..
Hantu kambing!!!
warghhh kah kah.. kelako giler!!! kambing yang lain tanak kawan ngan hantu kambing tu... berulang² aku tengok sambil gelak guling² atas meja.. Hhahahah
Hari orang dah start cuti ke?
Thursday, September 25, 2008
Wednesday, September 24, 2008
Susu untuk orang yang hampir tua cam aku..
Garment Rack Cover With Window.
Gini rupa plastotet covernyer.
Zoom dekat sket.
Bahagian atas bila dah siap pasang.
Ni bahagian bawah plak.
Ni pandangan dari sisi.Memang menarik btol benda alah ni. Especially untuk orang2 cam aku yang tak de lemari normal. Heheh.. Bukan aku tanak beli lemari tapi since aku dok umah sewa yang ada kontrak, tak rajin ler aku nak mengangkut lemari normal ke sana ke mari. Kalau guna lemari kain@plastik senang jer. Nak pindah cabut besi pastu lipat simpan dalam kotak. Selamat lemari aku tu + senang nak angkat2.
Suka la aku benda ni. Naper aku tak jumpa dari dulu lagi @ benda ni baru ada sekarang? Tak kisah la janji seluar aku selamat dari habuk. Sekali pandang cam kedai sushi pun ada sebab ada pintu. Heheheh.. Nice..
Minyak turun seposen..
PUTRAJAYA: Harga petrol dan diesel mengalami penurunan sebanyak 10 sen berkuat kuasa esok (tengah malam ini).
Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi mengumumkan harga runcit petrol RON97 turun sebanyak 10 sen seliter kepada RM2.45 seliter daripada RM2.55.
Harga RON92 juga diturunkan sebanyak 10 sen kepada RM2.30 daripada RM2.40 berkuat kuasa mulai esok. Diesel juga turun 10 sen seliter kepada RM2.40 seliter daripada RM2.50 juga berkuat kuasa mulai esok.
Pagi tadi, mesyuarat Kabinet telah membincangkan perkara berkenaan.
Ini merupakan kali kedua harga runcit bahan api itu diturunkan selepas mengalami peningkatan besar pada Jun lalu.
Jun lalu, kerajaan menaikkan harga petrol kepada RM2.70 seliter dan diesel kepada RM2.58 seliter ketika harga minyak mentah dunia meningkat sekitar AS$125 setong.
Pada 23 Ogos lepas harga petrol dikurangkan sebanyak 15 sen kepada RM2.55 seliter daripada RM2.70.
Semalam, Perdana Menteri berkata, adalah menjadi harapannya harga petrol dan diesel dapat dikurangkan daripada harga semasa berikutan harga minyak mentah dunia yang kini berada pada paras kira-kira AS$100 setong.
Bagaimanapun, Perdana Menteri berkata, perkara tersebut perlu dibincangkan terlebih dahulu di dalam mesyuarat Kabinet hari ini.
Sabtu lalu, Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna Datuk Shahrir Abdul Samad berkata, keputusan sama ada kerajaan akan menurun atau mengekalkan harga runcit petrol dan diesel bakal diketahui pada mesyuarat Kabinet.
Ini jer yang mampu kabinet bagi pada rakyat?? Seposen jer??
